:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, May 31, 2009

Akhirnya Selesai..

[Sambungan dari entri di bawah oke..]


Aku ni cerita la seringkas mungkin yang mak zubir bukan senang nak lepaskan anak dia kawen.. satu per satu.. ade yang perlu ditapis aku tapis.. tapi selembut mungkin aku bercite supaya mak Baizura dapat memahami perasaan anak dia yang betul2 nak kawen..

“ooo.. gitu.. same la dengan cerita makcik ni anim.. makcik dengan mak zubir tuh rase same jea.. makcik ni bukan apa, adik beradik makcik, makcik sorang je perempuan.. 5 orang lagi adik beradik makcik semua oversea.. bile makcik tengok pak sedare2 dia nih boleh kawen lepas blaja, kenapa dia tak leh.. makcik pertimbangkan jugak reason abang ngah ni.. reason dia sebab dia nak praktikal dah.. kalu boleh nak mintak hospital yang same.. lagipun Jakarta ni kos hidup tinggi.. budak medic posting kt pedalaman Indonesia..so, dia nak sekali dengan perempuan tu.. alasan dua, sebab dia ni ketua bahagian agama2 kat U dia.. kalu dia nak dakwah orang tak leh la sebab dia sendri yang kapel.. makcik fikir dah semua.. betul jugak kata2 dia ni..”

“Anim pun tak tau la makcik.. mungkin dia fikir apa yang terbaik untuk dia camtu jalannya.. makcik fikir apa yang terbaik untuk anak makcik, tapi bercanggah dengan dia.. bagi la dia kawen makcik.. kesian dia..tak tenang blajo nanti.. duk fikir jea hal ni..”

“Makcik ni nak bagi dah.. tapi makcik tak tau nak kabo gane ke adik beradik makcik.. mok makcik.. dorng semua tak bagi.. suh abang ngah habis belajar dulu.."

“Gini makcik.. memang susah kita nak tutup mulut orang.. macam anim kata tadi la.. dia fikir lain, orang lain fikir lain.. makcik mak dia, mesti makcik lagi faham dia kan.."

Pagi tuh aku sembang dengan mak baizura ni hampir setengah jam.. dan dia plan nak bagi anak dia kawen akhir tahun ni.. aku sebenarnya tak der la pandai nak menyelesaikan masalah orang.. tapi aku suke dengar masalah orang.. sebab aku jadikan masalah orang tuh sebagai panduan untuk aku.. if aku ade masalah yang sama, aku dah ade penyelesaiannya..

Selang beberapa hari, mak Baizura mesej aku lagi..

“Makcik nak call anim sekali lagi boleh dok?”

“Boleh2..”

Mase tuh aku pun sibuk wat gubahan jugak.. hehe.. maklum la, sorang2 diri wat gubahan tanpa pembantu, lambat la sikit kerjanya nak dibereskan..

“Anim, makcik nak tanye se.. last doh ni.. mase ma zubir tak bagi kawen, zubir ad rase nak bunuh diri tak?”

Aku gelak jea dalam phone tuh.,. jauh bena makcik ni fikir.. dia bimbang akan keselamatan anak dia kot.. dah la duk jauh kan..

“Makcik bukan ape... makcik mesej abang ngah tuh, dia tak balas2 pun.. ngajuk kot..”
makcik takut la dia bunuh diri.. dah la duk negara orang.."

“Zubir tak pernah pun rase nak bunuh diri.. tapi duk fikir sokmo la gane la care lagi nak mintak dengan mak ayah untuk kawen ni.. blaja pun tak berapa nak tenang.. hehe..ke makcik nak cakap dengan zubir sendiri?.. mane tau kot2 bile cakap dengan zubir, makcik lebih faham ape yang anak makcik rase sebb zubir pernah rase..”

“Dia nak cakap ke? Kan malu pulak dengan makcik..”

“nanti anim tanye dia neh.. dia pun ade exam minggu depan.. tak balik pun lagi besut..”

Selesai cakap dengan makcik tuh, aku tepon zubir berbincang dengan dia.. mula shy2 cat jugak dia nak cakap dengan makcik tuh, tapi aku pujuk2 dia, akhirnya dia stuju..so, aku pun mesej makcik tuh bagi no tepon zubir..akhirnya, makcik tu wat jugak keputusan.. membenarkan anaknya kawen.. Alhamdulillah, terbina lagi masjid ALLAH ni.. Cuma apa yang zubir pesan kat makcik tu,

“camni la makcik.. kalu adik beradik makcik kata macam2, suh anak makcik cakap sendiri dengan pakcik2 dia.. makcik diam je la.. lagi kite fikir, lagi stress kan..”

Suke sangat aku sembang dengan makcik tuh.. tapi ade jugak satu dua ayat yang aku agak terasa.. tapi aku fikir2 balik, ‘itu adalah fikiran mak ayah kita.. mereka lebih makan garam dulu kan..’ so,bile fikir camtu, ade baiknya jugak.. tapi kata2 yang aku ingat la, makcik ni cakap kat aku,

“Kita mak ayah ni tak nak bagi kawen mase blaja bukan sebab nak makan duit gaji anak kalu dia dah kerja pun.. sebab nak tengok anak kerja dulu dan mampu nak tanggung anak orang.. kekgi kalu anim jadi mak nanti, anim tau la camne perasaaan makcik..”

Isy, pedas gak tuh bagi aku.. mungkin bakal mak mentua aku pun berfikiran seperti tu jugak..then, aku cakap kat zubir,

“Kalu anak mintak nak kawen awal pun bagi je la.. kite pun kawen awal gak.. dalam blaja gak..Cuma, biar dorang usaha sendiri cari duit nak tanggung anak orang pun sebab zubir kawen pun tak harap duit mak ayah gak kan.. =P”

Ancaman awal utk anak aku yang ntah bile akan lahir ke dunia ni.. ngeh3...lagipun zaman sekarang yang sangat mencabar untuk membesarkan anak dalam keadaan negara canggih itu dan ini.. fikiran aku, ade baiknya ibu bapa berbalik pada zaman dulu, mengahwinkan anak pada usia yang muda.. =D


1 Comment:

Chanana said...

salam anim..
uu..sowi lmbt balas ur "comment" line digi kat temerloh tak kuat.. kne tgu balik KL baru dpt ber-online sepuasnya..hehe.. ada lagi 2 minggu posting kat hosp temerloh :) yeyyyy!!
wahh.. dia menghitung hari yer.. mesti bdebar2.. dulu syaz tak rase pape pun..seriously mcm main masak2 je..haha..
lepas ni anim bole laaa join club ngan syaz..hehe..
nak ucap awal2 "selamat pengantin baru" n rmmbr.... alam perkahwinan sgt berbeda dengan alam bujang tau.. tp xpe, anim and future hubby student lagi..hehe..stress org bekerja lain dgn stress seorg student (my hubby sgt sibuk ngan kije TT )
ok lah, syaz pnat ni esok pagi kne kejar bus balik temerloh..hehe..harini pnat kat dapur buat biskut utk jiran nak kawin mgu dpn..nak amik order boleh je..heee..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online