:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, May 23, 2009

Kerja Pagi Tadi..

Pagi tadi aku fill in borang jadi tukang kebun haji mustaphy.. tanpa sijil kelulusan dalam pertanian, akhirnya aku di ‘approve’kan bekerja sebagai tukang kebun rumah haji mustaphy nih.. pembantu aku puan zainun merangkap sebagai SU haji mustaphy.. hikhik.. penat sih.. maklum la hari pertama kerja nih habis lemak2 dalam tubuh aku jadi sawan.. meronta2 tak nak jadi cair.. nak stay dalam tubuh aku konon, sorry yea lelemak ku.. plez keluar dari tubuh ku dengan rela hati oke?

Al kisahnya, aku buat la ala2 taman mini kat depan rumah aku tuh.. bukan taman mini sangat pun, saje aku angkat batu bata, buat semi bulatan dan aturkan pasu sekelilingnya.. angkat pasu tuh, rase nak terpeliot habis urat2 tangan.. hikhik.. jarang angkat kerja2 berat ni, maklum la tak der pengalaman bekerja sebagai buruh binaan.. hehe..

So, mak aku duk cabut rumput2, aku duk angkat pasu.. tengah2 aku duk ‘kemas’ kan taman mini aku tuh, mak panggil..

“ni tolong tarik akar bunga nih.. nak buang dah nih.. susah.. dari tadi mok buat dok leh..”

Erm.. aku dengan sehabis tenaga tarik dengan sekuat hati.. tenaga lebih sikit pagi ni sebab dah minum kopi radix kan.. hikhik.. akhirnya dapat la aku tarik akar tuh.. hasilnya..

+ lawa kan.. aku yang sedikit jakun terkesima tengok akar pokok ni berlingkar2.. ala2 ubat nyamuk tu.. hikhik.. ALLAH Maha Kuasa, pasu tu kecik jea, tapi pokok ni still boleh hidup dengan selesa sebab akar dia berlingkar2.. aku sayang nak buang akar nih, tapi takkan aku nak letakkan dalam frame pulakkan? ^_~ .. so, kesudahannya terpaksa la aku angkut ke belakang rumah untuk ayah aku bakar petang nanti..+

+ Aku main sekejap dengan akar ni.. hikhik.. untuk hilangkan kepenatan aku.. main macam spring tu.. best wooo.. hehe.. memang betul2 macam spring la.. elastic.. ada inner potential untuk dia return pada original shape dia.. huhu.. memang macam spring la akar pokok ni.. hehe.. +

Dan hasil yang paling ‘best’, aku dapat 2 anugerah jalur merah.. pokok bunga kertas tu boikot aku sebab aku nak buang negeri dia.. so, dia bagi la ‘anugerah’ jalur merah kepada aku.. sakit woo.. tapi tak leh di publishkan la kat blog ni sebab aurat.. kui3...kene dekat lengan aku.. tu la, sape suh pakai t-shirt lengan pendekkan? Padan muka aku jugak.. ngeh3..

Jadinya, esok aku akan pertontonkan kepada encik zubir taman mini aku tu.. esok dia nak datang sebab nak hantar barang.. aku pun rase la nak berbangga2 dengan dia sebab aku dah hasilkan taman mini nih dengan harapan supaya dia cakap,

“rajinnya anim tolong mak...” =]


2 Comments:

alzinkie said...

Salam ziarah dari bumi anbia buat teman berdua.Semoga perkahwinan ini menjadi wasilah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah serta meningkatkan kesyukuran kalian terhadapnyer.Undangan ke blog saya semoga ia dapat menambahkan pengetahuan teman terhadap ilmu agama. http://alzinki.blogspot.com/

ANIEMZ said...

syukran ya alzinkie

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online