05.05.09
~Dengan rasminya anim telah menamatkan pengajian tahun tiga di Universiti Pendidikan Sultan Idris.. so, hanya tinggal 1 semester lagi untuk anim menadah ilmu2 dari pensyarah2, membaca kitab2 yang tebalnya 3 4 inci atau menggendong buku yang beratnya 5 6 kilo kt library itu.. seterusnya untuk semester yang terakhir, anim akan ke sekolah untuk praktikal.. waa, sudah bersediakah diriku untuk menjadi cikgu?? ~
+ Ni teacher Haniem.. oke? saje letak gambar kabur2.. ahaks..+
+ Miss Nurrul Haniem bt Mustaphy.. dulu Miss, nanti tahun depan masuk sekolah dah jadi Puan ek..Puan Nurrul Haniem bt Mustaphy.. kihkih..+
+ Ni golongan2 yang menjadi anak murid pertama anim masa jadi cikgu ganti.. korang jangan bangga lak gambar masuk dalam internet eh.. tak der maknanya teacher nak letak gambar kamu dalam blog teacher.. ngeh3..+
*************************************************************************************
+ Miss Nurrul Haniem bt Mustaphy.. dulu Miss, nanti tahun depan masuk sekolah dah jadi Puan ek..Puan Nurrul Haniem bt Mustaphy.. kihkih..+
+ Ni golongan2 yang menjadi anak murid pertama anim masa jadi cikgu ganti.. korang jangan bangga lak gambar masuk dalam internet eh.. tak der maknanya teacher nak letak gambar kamu dalam blog teacher.. ngeh3..+
*************************************************************************************
~Jadi anim, manfaatkan lah masa ketika anda menadah ilmu2 dari pensyarah.. jangan usha2 lagi ke tingkap mengintai itu dan ini.. atau berusaha merehatkan mata ketika dalam dewan kuliah.. ataupun jangan lah dikau turut ber'lecture' di belakang seperti lecturer ber'lecture' di hadapan.. atau pun duduk la dengan diam, membuka telinga seluas2 nya walaupun cuping telinga kecik untuk menadah ilmu2 yang dicurahkan oleh lecturer bak air terjun yang mencurah2 itu kerana hanya 1 SEMESTER lagi anda akan menginap di UPSI..~
~Berbangga la mempunyai Perpustakaan Tuanku Bainun tu walaupun anda jarang menjejak kan kaki ke dalamnya.. walaupun anda hanya jumpe pintu library ketika ada assignment ataupun ketika anda sedar buku yang dipinjam sudah tamat tempohnya.. waktu itu anda baru nak cari pintu library.. kihkih.. walaupun buku2 Fizik kebanyakkan tebalnya 3 4 inci yang sememangnya 2 3 bulan tak kan habis anda baca, berbangga la kerana anda takkan jumpe lagi buku2 setebal itu ketika masuk ke sekolah nanti..~
~Adakalanya anda memerlukan minyak panas dek kerana tangan yang lenguh menggendong buku yang beratnya 5 6 kilo itu, tapi tak pe... itu satu ketahanan kepada anda untuk membawa buku latihan pelajar2 yang satu kelasnya 40 orang, 4 kelas jadinya 160 buah.. rite? hehe.. jadi pesanan penaja, sila la berlatih membawa buku2 fizik yang beratnya 5 6 kilo itu di library dari tingkat 3 ke tingkat 1 seterusnya ke tingakt 4 dan ke tingkat 3 untuk meletakkan kembali di rak yang asal.. [hanya budak UPSI je yang faham kedudukan buku2 yang disusun.. harap maklum..].. ada bagus ka cadangan ku itu??~
p/s: jiwaku sudah merdeka.. tapi hati belum selagi result tidak kuar2.. jadi result, sila kuar secepat mungkin supaya daku dapat berkahwin dengan senang hati..
p/s 2: tahniah cu.. senyuman meleret dapat jawab EM dengan jayanya.. anim?? pepatah yang ringkas, " hanya orang yang berusaha akan mendapat kejayaan.." ada kaitan kah dengan diri ini?
0 Comments:
Post a Comment