:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, March 21, 2009

Surat Untuk Government..

Memandangkan untuk berkahwin ni anim terpaksa tulis surat ke KPM, so dalam dewan tadi memikirkan laa ayat ape nak tulis ni.. then, balik dari slot yang kedua, anim pun mesej la pada bakal suami.. cakap la kat dia yang anim kene tulis surat ke KPM untuk nak kawen ni.. dia pun reply mesej anim dan membuatkan anim gelak.. rupenye dia pun kene tulis gak surat ke JPA untuk minta kawen.. hehe..

Nampaknya perkahwinan kami ni kene kelulusan dari government dulu.. adus.. belek2 kontrak, haaa memang dah dinyatakan dah pun..

"Saudara/saudari mendapat persetujuan dan kebenaran daripada ibu bapa, penjamin-penjamin dan Bahagian Biasiswa, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA"

Dan daripada bakal suami pulak, lebih kurang je ayatnya..

"Saudara/saudari mendapat persetujuan dan kebenaran daripada ibu bapa, penjamin-penjamin dan Bahagian Biasiswa, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM"

So, kami sudah sedia maklum.. huhu.. dan dikesempatan ini, kami menjemput pihak2 KPM dan JPA untuk ke majlis perkahwinan kami yang diadakan pada 6 Jun 2009 bertempat di 952, Kampung Pulai Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang, Trg.. datang jangan tak datang.. hehe

1 Comment:

FarhanaLicious said...

Salam, boleh saya tau. macam mana isi untuk surat kebenaran penjamin tu? perlu ke bagi tau yg penjamin akan bertanggungjawab? ke bagitau penjamin membenarkan saja?

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online