" Sue, muna kena cucuk.. banyak kali.. 4 kali Dr cucuk muna.."
Luahan hati seorang anak kecil pada anim.. kesian.. muna kene tahan wad sejak Isnin baru2 ni dan semalam baru dibenarkan pulang.. asalnya hanya demam sahaja dan bila ke hospital, Doktor tahan muna dan stay la muna bersama abi dan umminya selama 4 hari di hospital.. Doktor cakap muna ada jangkitan kat hati.. dan disebabkan itu muna kene lalui semua check up utk tubuhnya.. Doktor cek buah pinggang dan lain2 lagi la..
Bila anim tanya kan pada bakal suami sejauh mana bahayanya jangkitan kuman pada hati, dia cakap memang bahaya terutamanya pada kanak2.. tapi jika dikesan awal, insya ALLAH boleh dicegah dan diubati.. darah muna mungkin sama dengan darah umminya dan darah umminya sama dengan darah anim.. mengapa dengan darah kami??
Darah anim dan kak maa 'kurang' sempurna sikit sebenarnya.. sel2 darah merah kami mudah pecah dan disebabkan itu kami cepat merasa letih.. buat kerja sikit, tapi rehatnya kene banyak.. hehe.. ade nama penyakitnya tapi lupe dah.. anim tau bile anim buat medical check up kat BP lab 2 tahun lalu.. maka ter'list' lah semua masalah2 dalam tubuh anim dan dibukukan dalam buku kecik oleh BP lab dan senag dibawa ke mana2.. hehe.. tapi buku itu telah disimpan oleh bakal suami anim sebab hari tu dia pegi tanye Doktor penjelasan secara detail tentang semua maklumat yg terkandung dalam buku tu..
Tapi, darah anim dan kak ma ni tidak laa terlalu bahaya sebenarnya.. cakap bakal suami anim, yang jadi bahaya jika darah tu dominant.. dan senang laaa dapat penyakit.. kalu mengikut perubatannya, kabarangkalian anak2 anim nanti akan ader darah mcam anim jugak.. tapi kuasa ALLAH kita tak tau kan.. semoga bakal anak2 anim nanti tidak memiliki darah seperti ibunya..
Dan harapan anim untuk muna, semoga muna cepat sembuh.. dalam masa umur 4 tahun ni, dah banyak kali muna masuk hospital dan ditahan wad.. kalah sue nya yang tak pernah sekali kene tahan wad.. petah cakapnya tak kira waktu sakit dan sihat.. hehe.. rindu pulak kat muna..
0 Comments:
Post a Comment