:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, March 17, 2009

Kasih Si Kecil..

Weekend baru2 ni menemukan anim dengan kakak2 dan anak2 buah anim yang cumil2 sume nye.. tapi sebab nak uruskan banyak menda2 yang penting, so tak terlayan sangat la anim pada mereka.. just tolong pasang VCD player utk along sebab dia nak tengok CD.. maklum la, ibunya buat balik album CD satu bandle.. bulih jual semula.. hehe..

Antara anak2 buah anim yang seramai 11 orang tuh, rase nye Muna yang paling rapat dengan anim.. mungkin sebab anim selalu jugak pergi ke rumahnya atau kakak anim yang datang ke Tanjong Malim ni.. yang anak2 ibu [anak kakak anim kedua] anim memang jarang2 jumpe since anim duk asrama sejak Form 1 hingga laa ke Matric dan U susah untuk jumpe mereka.. jumpe bile balik ke Trg sahaja..

Anak2 mama [kakak anim pertama] pun jarang2 jumpe.. selalu jumpe mase anim kat Matric N9 je sebab dah dekat kan antara Kuala Pilah dengan Seremban.. dengan kak long je kot anim rapat sebab kak long tuh macam adik anim je.. hehe.. maklum laa tak der adik dan tak merasa ade adik.. mak, bulih beranak lagi tak?? hehe..

So, weekend baru ni ibu [kakak ke2] dan ummi [kakak ke3] sahaja yang ade kat kampung.. mama [kakak sulung] tak balik sebab anak2 sedara anim tuisyen dan abang anim pun tak dapat balik sebab uruskan hal master nya.. malam anim nak naik bas tu, ibu yang hantar anim ke stesen bas.. mase nak tinggalkan rumah tu, anak2 buah anim ni sedang seronok laa main2 same2 mereka.. jumpe2 pun mase cuti sekolah je kan..

Bile anim angkat beg nak turun ke bawah, Muna datang kt anim ;

" su nak balik dah ke?"

" yela.. su kene blaja.."

" su, tunduk jap.."

Anim pun tunduk.. dan terkesima.. dihadiahkan anim ciuman kasih seorang si kecil.. banyak pulak tu.. kat pipi kanan, pipi kiri, dahi, hidung, mulut, mata dan dagu.. aduhai Muna.. terharu anim di buatnya.. dan akhir sekali dia memeluk anim seerat2 nya.. lagi bertambah haru biru.. hehe.. so, tanpa mengecewakannya, anim pun cium dia semula.. dan ayat last utk nak usik dia;


" muna busuk laa.. tak gosok gigi.. hehe.."

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online