:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, March 10, 2009

Bz dan Bz dan Bz...

Bz.. itu je yang mampu anim luahkan.. tapi terasa kosong andai tiada entri di post kan dalam blog ni.. walaupun tiada pembaca yang selalu menjengah blog ini, tapi dah terasa 'wajib' untuk update blog banyak kali sehari atau sekali sehari atau dua hari sekali.. hehe.. walaupun banyak kerja yang perlu dibereskan, tetapi syukur alhamdulillah, setiap langkah kerja yang anim buat dipermudahkan oleh ALLAH.. mungkin kerana doa dimakbulkan..

Disebabkan minggu ni anim bz, so entri tak de laa panjang2 sangat.. just coretan hati sahaja.. tetapi ade bagusnya anim selitkan sekali kalam-kalam Allah untuk pengisian rohani kan.. teringat anim dengan perbualan sahabat pada petang tadi.. dia bercerita tentang kisah kakaknya dan calon suami kakaknya yang terlalu merendah diri..

Masa anim sedang membelek tafsir Al-Quran, terjumpa laa satu ayat tentang perkahwinan.. surah An-Nur, ayat 32.. ayat itu bermaksud:

" Dan berkahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA. Dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui.."

Ya.. betul.. ALLAH Maha Penyayang dan Maha Pemurah.. ALLAH akan membantu setiap hamba yang berusaha untuk ke jalan yang diredhai-NYA..

Sekadar renungan...

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online