:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, December 12, 2008

Sultan Mahmud International Airport

Baru2 ni anim berpeluang pegi ke Sultan Mahmud International Airport.. sebenarnya, sepanjang airport ni di'upgrade' kan, anim tak pegi2 pun lagi.. last anim naik flight mase form 3.. itu lah penerbangan terakhir yg anim naik.. tak tau lah bile lagi bulih naik ' belon'.. tunggu ikut hubby fly lah.. ngeh3.. dulu2 airport ni tak jadik international pun.. penerbangan hanya utk ke KL sahaja [ kalau tak silap lah ].. lepas diubah suai yang memakan belanja beratus2 juta, terus airport diiktiraf international.. fisrt penerbangan international Kuala Terengganu ke Jeddah utk jemaah haji tahun ini..

Tujuan pegi airport ni bukan lah saje2 sebab airport ni jugak bukan sebuah shopping complex.. hehe.. pegi airport utk hantar abang ipar anim iaitu suami kakak anim yg sulung.. dari airport ke rumah anim ambil mase setengah jam jea.. abg ipar anim tak off utk cuti Eidul Adha, so, keluarga kakak anim balik lepas asar Eidul Adha pertama dan sampai dalam pukul 12 malam.. perjalanan dari Seremban-Terengganu.. then, esok tuh abg ipar kena ke KL utk penerbangan ke Jakarta.. jadi, kakak anim n anak2 dia stay kt umah anim je lah..

Dah banyak kali arrange camtu setiap kali mereka nak pulang kampung lame2.. bile sampai Trg, kakak anim akan hantar suami dia ke airport utk kerja.. tapi mase raye baru2 ni, kakak anim ke3 yg menawarkan diri utk hantar abg ipar ke airport.. jadi anim pun ambil lah kesempatan utk ikut sebab nak tengok airport baru.. itu sahaja tujuannya.. bila sampai je sane, sungguh tidak percaya kewujudan airport ni.. tidak lah menjadi jakun saya di sane kerana terpegun dengan keseniannya.. macam muzim pun ada..

Kalau dulu, airport kecil saja.. check in dan check out di pintu yg sama.. tapi yg sekarang ni, check in ditingkat atas.. kereta bulih drive thru je utk turunkan penumpang.. dan utk check out bahagian bawah.. rasenya semua airport same jea.. saje nak cite jugak.. so, hepi2 jugak lah bulih gi tengok menda yg baru kt Trg ni.. walaupun sudah bergelar anak jati Trg, tetapi banyak tempat lagi yang tak dilawati lagi.. sebagai pengakhiran entri ini, layan pic je lah kat bawah ek..

Belon berenjin.. hehe

Sultan Mahmud International Airport

Pandangan dari hadapan

Laluan Pintu Masuk

Family Kak Maa dan Anim

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online