:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, December 20, 2008

Antara Dua Jiwa [part 2]

Yang ni pulak jiwa kedua yang anim sayang jugak.. ssurprise!!!

[gambar akan di upload kan kemudian]


Haaa.. amik kau.. besar dari tuannya.. hehe.. ni hadiah istimewa dari ’mr.right’.. biar lah hadiah macam budak2 pun, tapi seronok gak dapat hadiah cegini.. patut lah budak2 suka dapat anak patung, rupenya budak2 tua pun suke jugak.. nanti bulih propose beli kan Barbie plak.. hahahaha.. ni name dia Cik Ted.. khas name diberi oleh pemberi asalnya.. penat jugak anim nak reka name ape, last2 serah pada tuan asal dia la register name ape..

Besar yang teramat sangat.. mase anim duk kolej dulu, Cik Ted akan anim dudukkan di atas katil seperti manusia jugak.. dah lah punggung besar, bile duduk je habis separuh katil dia balun..bile time anim nak tidur, tak kan nak suh Cik Ted duduk lagi tepi anim, kesian dia dah duduk satu hari dah atas katil..so, anim pun baringkan dia.. Cik Ted tak boleh melentang sebab nanti anim tak muat nak tidur.. katil kolej bukan katil king.. ahah.. then, Cik Ted terpaksa anim mengiringkan dia menghadap anim.. tapi kalau gaduh dengan ‘mr.right’, Cik Ted akan dipaksa menghadap ke dinding.. hehe..

Ada jugak kawan2 anim yang takut dengan Cik Ted ni.. sebab dorang bayangkan Cik Ted ni hidup, mata warna merah dan berjalan mencari mangsa.. hehe.. ade plak cegitu.. tapi, anim pernah jugak bermimpi seperti yang dibayangkan oleh kawan anim tu.. mase tuh rase macam kene tindih dengan sesuatu, tapi bukan Cik Ted.. Cik Ted ade sebelah dan mata berwarna merah!!.. hehe.. lepas2 je tersedar dari tidur, terus tengok pada Cik Ted, elok je.. tapi disebabkan takut malam tu Cik Ted terpakse tidur atas lantai..

Sejarah hidup Cik Ted dengan anim ni baru setahun setengah.. anim beli mase pesta konvo di UPSI.. mase tuh, malu jugak nak beli.. ’mr.right’ lagi malu nak beli, so dia bank in kan duit je ke anim.. anim dan syikin jugak beli.. tapi ni bukan syikin yang anim beli Cik Tom dulu..syikin ni anim kenal kt UPSI.. tanye2, tawar harga semurah yg boleh akhirnya dapat RM100.. dah siap beli, fikir pulak nak wat balik kolej camne ni?? Jadi, tahan malu je lah mengusung Cik Ted yg besar gedabak tuh bersama dengan syikin..

Bile part nak naik bas plak, susah betul.. maklumlah, budak2 UPSI ni juara berebut bas.. camne lah anim nak berebut ni.. bawak Cik Ted yg besar lagi...akhirnya dapat lah naik bas.. mase tuh, anim dan syikin naik bas TRITON.. bas yang seat dihadapannya menyandar ke dinding.. seat macam dalam LRT tu.. satu row pendek, ade 3 kerusi.. so, mase dalam bas tu, anim duk hujung dan syikin duk hujung..yang tengah semestinya Cik Ted.. Cik Ted pun dapat duduk jugak..

Habis semua orang dalam bas tu pandang.. yg nak marah pun ade sebab bagi Cik Ted duduk atas kerusi.. maklum lah, Cik Ted tak bayar yuran perkhidmatan bas.. hehe.. bile bas belok kiri atau kenan, terpaksa lah anim pegang Cik Ted kuat.. kan tersungkur menyembah bumi plak Cik Ted anim nanti.. hehe.. dan akhirnya selamatlah sampai di kolej.. sampai sekarang Cik Ted bersama anim.. tak pernah mandikan dia.. ade sesape tau tak camne nak basuh bear yg berbulu lembut nih??

Cik Ted dan Cik Tom ni tak pernah berjumpe..di harap suatu hari nanti Cik Ted dan Cik Tom akan berjumpe jugak.. bile dah jumpe, jangan le kome lupakan anim yea.. hehe..ok laa.. sekian.. itu lah cerita antara dua jiwa..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online