:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, December 28, 2008

Fakta Budu..

Yum..yum.. sebut budu, terus telan air liur.. terbayangkan kelazatannya bile dinikmati ketika makan nasi.. kalau ade budu, mau tambah nasi 3 kali.. hehehe.. bnyk gitu.. ade budu, perut terus jadi macam guni beras.. tak de budu, perut plastik sampah.. mana yg besar ek?? plastik sampah ke guni beras?? hahaha..

Anim nak share fakta tentang budu ni.. maklumat ni dapat melalui email kiriman dari kakak anim.. maklum lah, kami ni penggila budu.. tengok lah budu.. org sampai tergila2 kan ko..hehe.. opss.. lupe nak tambah, bakal mak mentua pun suka jugak akan budu ni.. cuma beza nya, anim lepas makan budu jadi terus ngantuk + tidur.. tapi bakal mak mentua ni, makan budu terus darah naik.. kesian.. sampai org rumah kene sorok budu dari dia..

Ok.. bace lah fakta kat bawah tentang budu ni..

"Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit(diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanan-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D,E,K)"


**Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online