:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, December 2, 2008

Kahwin Kontrak

Isy..isy..asal topik pasal kahwin jea ni?? disebabkan dah masuk 3 entri pasal perkahwinan, anim pun namakan bulan ini 'bulan nikah'..so, entri utk bulan ni pasal nikah je ek..hehehe.. semasa entri ni ditulis anim tengah tengok Semanis Kurma dipengerusikan oleh Dato' Siti Nur Bahyah bersama suaminya.. kesian bile anim dengar satu kisah perempuan ni yg kahwin dengan suami tetapi dikontrak kan oleh mak mentua..camne tu??

Mengikut kisah dia, dugaan bile nak kahwin dengan bakal suami adalah tentangan dari mak sebelah lelaki.. mak lelaki tidak menerimanya kerana kisah silam dia dulu..tidak dinyatakan pulak pasal kisah silamnya dulu tu.. mungkin setelah puas mendengar permintaan anak lelakinya utk kahwin, kemudian, mak mentua dia ni bagi kahwin dengan syarat bercerai setelah mendapat anak..si anak pulak hanya mengikut dan menyebelahi keluarga nya biarpun dia tau setelah dapat anak mereka terpaksa BERPISAH suami isteri..

Menjadi satu dilema dia camne utk meneruskan perkahwinan tu.. tanya sesiapa pun, bile kahwin of course nak anak..same macam akak ni, dia jugak mahukan anak.. tetapi dalam masa yg sama utk difikirkan, jika dia mendapat anak, dia harus bercerai dengan suaminya yg disayangi.. demi utk menjaga hubungan suami isteri, dia sanggup menggugurkan kandungan.. bukan kehendak dia yang tak mahukan anak, tetapi terlalu sayangkan hubungan bersama suami..

Kesian sungguh pada dia dan malangnya ada lagi ibu sekejam itu di dunia ni.. apa salah akak ni sehingga mak mentua dia sanggup buat camtu.. bukankah tindakan dia ni jugak menghancurkan kebahagiaan anaknya sendiri?? seperti kate suami Ustazah Siti Nur Bahyah ni, setiap orang tidak akan lari dari buat kesilapan.. Tuhan ke kite sampai tak nak memaafkan orang sedangkan ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-NYA..walaupun orang tu kita nampak dia ni banyak dosa terhadap Tuhan, layakkah kita utk menentukan dia tak kan masuk syurga??

Benarlah perkahwinan memerlukan restu yg besar dari ibu bapa kita.. redha Allah adalah redha ibu bapa.. tetapi sebagai ibu bapa, jadi lah ibu bapa yang memahami kehendak anak.. apa salah mengikut kehendak anak jika sesuatu itu adalah kebaikan bersama.. lain lah kalau keputusan anak itu sesuatu yg boleh mendatangkan keburukan utk mereka sekalian..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online