C - Celik
I - Insan
K - Kerana
G - Guru
U - Unggul
Akronim di atas selalu je jumpe kat UPSI.. jalan kat corner mana2 mesti ada banting yang tertera perkataan C.I.K.G.U.. tak pelik la kan sebab UPSI memang melahirkan para pendidik.. walaupun lambat sehari entri ni ditulis, tapi better late than never.. haha..
Kebanyakkan sekolah sambut hari guru hari ni.. maka, berdozen2 la hadiah yang budak2 akan bagi pada cikgu.. walaupun hadiah itu dibeli dari kedai Rm 1.99, tapi ianya amat bermakna oke.. kadang2 cikgu tak nak pun hadiah, cuma nak kan ingatan ucapan dari budak.. itu sudah memadai 'membayar' segala keringat n penat lelahnya mengajar kite.. betul!! aku merasainya sendiri..
Tapi, zaman sekarang memang dah banyak berubah... cerita kakak aku, sambutan hari guru jadi sambutan hari pelajar.. budak bukan saja susah nak wish pada cikgu, bukan nak ucap terima kasih, tapi di 'show' kan segala bagai ketidakpuasan hati mereka terhadap cikgu.. pada mereka yang BUKAN dalam bidang perguruan, ini lah adalah realiti anak didik kita sekarang...
Tahun lepas, tragedi di salah sebuah sekolah di Terengganu.. budak2 baling mercun ke arah kereta2 cikgu pada Hari Guru.. masya ALLAH.. cerita lain, kat KL.. budak2 letak mercun dalam enjin kereta cikgu pada hari Guru.. alhamdulillah, selamat la pihak sekolah cepat bertindak.. kalau tak, satu row kete2 cikgu habis terbakar.. Itu la cabaran jadi CIKGU hari ni.. semua kerjaya ada cabaran masing2.. dan ini adalah sebahagian cabaran CIKGU..
Di kesempatan ini, kami (Anim & Zubir) ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar kami suatu ketika dulu.. tanpa CIKGU, siapa lah kami..
p/s: sudahkah anda mesej kepada cikgu2 untuk ucap SELAMAT HARI GURU?
0 Comments:
Post a Comment