:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, May 15, 2010

Hari-Hari Terakhir..

Hari-Hari terakhir sebuk nak amik gambar.. tak pe la kan.. untuk kenangan..

Ni la meja dan kerusi yang aku duduk hampir 4 bulan.. meja ni bukan berada di bilik guru, tapi di bilik persediaan makmal.. bilik guru dah terlalu padat kalau nak tambah lagi dengan 9 orang guru praktikal.. so, tempat strategik aku kat makmal la sbb aku cg Sains.. cg2 lain duk kat Pusat Sumber Sekolah..

Ni tag nama aku untuk diletakkan di meja.. walaupun aku berada di sekolah tu selama 4 bulan, tapi aku masih diberi gelaran 'cik' kat depan.. haha.. untuk mengelakkan segala kekeliruan, aku pun edit sendiri n tulis 'Puan'..

Surat saman.. selalu tulis surat saman kepada student, tapi tak sampai hati nak hantar kt bilik disiplin.. bukan kesalahan besar sgt pun.. kesalahan dorang cam tak buat kerja sekolah, biadap, kurang ajar, tidur dalam kelas, menganggu PnP n byk lagi.. tapi masalah2 ni boleh di setelkan sendiri tanpa melibatkan guru disiplin.. kes2 yang biasa, kalau nak tulis semua nama, alamaknya sehari 40 helai la surat saman yang akan digunakan.. hikhik..


Hari terakhir.. berjubah hijau.. pakai pakaian warna hijau hari Jumaat dapat pahala =)



Bersama Kak Imah.. kami banyak kongsi cerita pasal student kelas 2 Budiman.. dia akan menamatkan zaman bujang pada bulan 6 ni.. apa yg sama jugak antara kami, suami aku n bakal suami dia adalah medical student UIA.. huhu.. cuma bakal suami dia ni adalah senior abang..


4 guru praktikal perempuan.. 2 orang cikgu BI, 2 orang cikgu Sains dan sorang cikgu Math.. 4 orang anak dara, sorang mak dara.. ngee~~~


3 kad undangan perkahwinan.. 29 Mei-12 Jun-12 Jun

Kad2 dari student aku.. wah~~~ sgt terharu bile baca isi di dalamnya..

Pelbagai hadiah dari students n pihak sekolah.. yg paling besh bile dapat Ferrero Rocher.. lama sungguh tak makan coklat ni..


Mama Anim.. mama anim nampak sehat dan kuat... hahaha..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online