:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, May 18, 2010

Saspen

Rupa2nya agak saspen bile kawen dengan Doc ni.. walaupun abang Doc-to-be, tapi rase saspen tu tetap ada.. haha.. bile kite cakap apa2, terus kuarkan hujah2 tentang medical facts.. aku baru saspen nak cite, bile dia dah cakap camtu, habis luruh semangat aku nak bercerita.. huhuhu..

Kes 1:

"abang, abang tau tak.. arwah suami kak ida kan cam tau2 je dia nak meninggal.."
"kenapa?"
"bangun pagi tu, dia marah2 cakap dah tengah hari kenapa tak gi sekolah.. padahal, baru kul 6 pagi.. pastu time waktu tengah hari, dia tanya kak ida, dah pukul berapa.. kak ida cakap lah pukul 12.30pm.. then dia pun kata, lambatnya kul 4.. rupanya kul 4 tu la arwah pergi.."
"Oooo.. itu kite panggil bla...blaa...bla... otak dia dah tak leh nak tafsir due to....." [aku lupa sbb aku tak letak dalam kepala pun apa yg abg explain =P ]

----> aku diam..

Kes 2:

"abang, aling takut la.. nape perut aling kecik je, perut kakak kat sekolah tu dah nampak besar?"
"dia dah peknen kali ke berapa?"
"pertama la.."
"aling, orang peknen ni, kite tak nak perut besar sgt tau.. nanti anak jadi besar, lagi masalah.. high probability nak dapat GDM (gestational diabetes mellitus).. aling nak ke camtu?"
"tak nak.."
"GDM bahaya tau.. baby boleh mati dalam perut, atau kalau tak under control dengan Doc after deliver pun boleh mati.. bla...bla...bla..." [aku tak ingat dah abang bebel ape..]

Kes 3:

"abang, air ketuban aling ni cukup ke tak ek utk baby?"
"cukup.."
"kite lama dah tak scan, camne nak tau cukup?"
"kan aling punye fundal height ikut weeks baby.. kalau baby dah 24 weeks n tinggi rahim pun 24cm, normal dah tu.. dah cukup dah tu air ketuban.."
"yeke?"
"tak caya kat abang sudah " [ada nada marah di situ.. hihi]

Kes 4:

"abang, jom la kite gi scan.. nak tengok boy ke girl.."
"scan awal2 tak betul gak.."
"kenapa?"
"sebab lelaki n perempuan kite nampak sama kalu mase scan tu baby kecik lagi.. bile scan 2D lagi la tak jelas.. sebab tu kadang2 bile scan mula2 Doc ckp lelaki, bile scan last2 nak beranak, Doc kate perempuan..dia jadi camtu sebab bla..bla...bla... [aku malas nak letak lam kepala sebab kecewa gile abng tak nak gi scan tgk boy ke girl]..patient abang dah ramai camtu.. " [ceramah panjang di situ]


Kesimpulan:

Si mama mode kebimbangan, kerisauan, tak sabar2, saspen, tapi si Baba cool gitu..
Sebenarnya, kes 4 yang aku paling hangin..
Orang lain dah siap2 boleh tau jantina anak masing2, aku je dalam mode saspen..
Hari2 tanye baby, "baby ni boy ke girl?"
Nasib baby tak leh menyahut..
Ohh.. lupe.. baby menyahut lembut dalam perut sbb dosa tak menyahut panggilan mama dia.. hihi..

Setelah ada merajuk2 manja di situ, abang janji nak bawak gi scan lepas dia habis posting Peads..
Means akhir bulan 6 gitu..
Mase tu baby dah 30 weeks..
Sabor je la..
Untuk sekarang ni, beli barang baby pun warna umum..cthnya cam warna hijau, kuning, putih..
Tunggu sale raya, nak shopping baju baby banyak2..
Sabar tau baby..


4 Comments:

Sobby said...

salam sis.. dah 24 minggu ye? akak alhamdulillah dah lebih kurang sama jugak.. doc ckp dah 23 minggu 5 hari.. lebih kurang sama awak je pun.. tang perut besar tu, terpulang pada badan kita.. akak tinggi 167cm dan bukan jenis kecik2 ni, so secara logik dan normalnya, tentulah perut akan besar dan bulat ke depan lagi pun akak ni mengandung baby LELAKI.. perut org ngandung lelaki dan perempuan ni ada bezanya.. so in my case my baby will be a boy,thats y perut cpt naik..Alhamdulillah setakat ni kesihatan mmg baik dan takde pun morning sickness ke apa ke.. harap2 semuanya ok sampai bersalin nnt...

and for you, jgn terlalu risau sgt dan dok tgk org lain.. yg penting doc ckp awak sihat, tu je penting. pastikan makan makanan baik dan takde kencing manis dan darah tinggi ke ape ke.. as long as semuanya takde, things shud be okay. insyaALLAH.

Take care =)

'Atiqah said...

salam.teringat ktrg dulu time scan,baby tanak bagi hint juga, sampai awal bulan 7..hmm, bila kena masuk wad atas sebab kecemasan..mlm pukul 8pm nak masuk OT, tengah hari sebelum tu, baru tau..GIRL =)

fana said...

salam.

anim nak tau baby boy@girl,anim p la jumpe mane2 baby...pastuh, klu bby tuh baby girl, n die nak kat anim, anim dpt baby boy...klu die xnak kat anim, means that anim dpt bby gurl..

hehe..

Mami Hadeef said...

aniem to sobby:

wsalam.. ooo.. camtu =)

aniem to 'atiqah:

wsalam.. ooo.. akak dulu pun damia' tak bg hint jugak ek..hihi... anim mase scan 19 weeks tu Doc nak try gak tgk jantina, tapi sbb kecik lagi, lagipun 2D je, takut tersalah pulak.. baby plak mase tu kepit kaki, sopan betul! hihi..

aniem to fana:

haha.. itu lagi senang.. cara tradisional.. owg dulu2 mane ade scan2 kan.. wat camtu je pastu dah blh agak boy ke girl.. jimat2 pun tak der kos scan.. cara sehat pulak tu tak terdedah nge teknologi nih.. tapi kan, kalu baby boy pun nak nge anim, baby girl pun nak nge anim, maknanya kembar boy n girl kot.. hihi..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online