:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, September 15, 2008

Students Bantu Pensyarah Or Pensyarah Bantu Students

Sebenarnyelepas kelas TSP lagi aku naktulis topik ni.. Pergi CC depan kampus, Pin Master, bile aku nak sign in blog jadi tak leh.. Aku pon tak tau apeproblem dia.. So, aku pon balikje lah sebab nanti kelas Biologi plak pukul 3.. Kelas biologi tu just ganti je sebab Jumaat ni aku tak der kat UPSI..
Apa yang akunak tulis kat sini adalah tentang apa yang berlaku dalam kelas TSP tadi..Start minggu ni( minggu 10) presentation bermula group by group.. Turn yang kena present tu diundi supaya adil dan saksama.. Dan group aku terkecuali..mungkin minggu depan atau 2 minggu depan..memang diakui, pensyarah TSP aku ni macam cerewet sikit.. kadang2 kitaorang tak faham apa yang dia nak.. sekejap cakap lain, then pertemuan yang seterusnya cakap lain..
Tadi, 7 group yang kena present..Ada lah satu group ni.. Mungkin lah terlalu cuak, si presentor ni just baca slide jea.. Apa lagi, mengamuk lah pensyarah aku.. Bile saje pelajar itu dicelah oleh pensyarah, dia terus macam tergagap..Kesian jugak aku tengok sebab markah presentation adalah individu.. Tapi cara pensyarah interrupt pon salah jugak.. Bagi aku lah.. Ape salahnya kalu berlembut dalam berkata2.. Memang setiap minggu dia selalu membebel kepada kami.. Assignment dia pun lain dari pensyarah lain membuatkan kami pun pening..
Aku just nak luah je sini.. kadang2 aku hairan, pensyarah terlalu cerewet sehingga merumitkan pelajar untuk menyiapkan assignment dia.. Apa salahnya jika pensyarah 'senang' dalam tugasan dan ini akan memudahkan students untuk menyiapkannya..
Aku masih ingat lagi, pensyarahPendahuluan Mekanik aku, Encik Shaharuddin.. Mase tu kami kene buat projek 'Water Bottle Rocket'.. Agak susah group aku yang semuanya perempuan.. Maklumlah, nak kena bina roket sendiri dan launcher dia.. Nasib baik, ayah shud menawarkan diri untuk membuat launcher.. So, kije kitaorang just buat rocket guna botol.. Boleh dikatakan setiap hari aku dan group aku menjadi pengunjung setia bilik En. Shaha dan dia tidak putus2 menolong kami menyudahkan rocket tersebut..
Dan setelah roket hampir siap, kami pun bertanya kepadanya, "En.,Camne dengan final report?"
Dia pun cakap, "Bagi saya,awak dah penat buat roket ni,ke hulu ke hilir cari bahan, reportnya tak yah lah panjang sangat.. Just tulis introduction, principle yang digunakan ketika roket berlepas dan result terhadap experiment yang dikaji.. "
Alangkah senangnya dapat pensyarah yang menyenangkan kerja students..Bukanlah setiapkerja aku nak senang, kalau tak baik tak yah masukU.. tapi yang aku nakluah jangan lah terlalu cerewet sehinggakan students sudah pening kepala nak menyudahkannya..
Kepada kawan2 aku yang bakal bergelar pensyarah nanti, janganlah jadi terlalu skema terhadap student.. Kite senang pada student, student pun senang pada kita.. Dan kepada pensyarah yang terbaca blog saya, saya minta maaf jika terkasar, tapi fahami lah kami sebagai seorang students..Jadilah pensyarah yang pemudah cara..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online