:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, September 14, 2008

Indahnya Ukhuwwah Fillah

Semalam, sebaik sahaja aku siap bersahur, kakak ku yang ketiga, kak ma ade menelefon.. Awal2 lagi sudah mendail nombor aku dengan alasan kalau dial lepas subuh, confirm aku tengah tidur.. Kami berbual kosong.. Katanya, sudah lama tidak bertanya khabar ku di UPSI dan dia pun sudah lama tidak menjenguk ku di sini.. Maklumlah, adik bongsu nya mesti lah adik yang dia sayang..ngeh3.. Dia rancak bercerita tentang majlis berbuka puasa yang akan diadakan disekolahnya.. Dan tujuan dia menelefonku adalah untuk mengajakku sekali ke majlis itu.. Sebabnya aku pernah menjadi guru di sekolahnya..

Namun, hari berbuka puasa yang diadakan di sekolahnya tu bertembung dengan program 'Ukhuwwah Kasih Ramadhan'.. Program ini di anjurkan oleh Unit Kediaman Luar Kampus dan aku menjadi salah seorang AJK pelaksana untuk program ini.. Program dan hari berbuka puasa di SKTS ini juga bertembung dengan rancangan abang aku yang mengajak kami adik beradik beramai2 berbuka di golf resort..Terkilan aku.. 3 majlis serentak tetapi aku perlu memilih yang mana perlu aku hadiri..

1) Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Kebangsaan Taman Seroja (SKTS)
Aku berminat juga untuk menghadirinya sebab aku akan dapat berjumpe dengan guru2 sekolah itu.. Boleh bergurau dengan cik na, kak lela, kak J dan kak zila.. ke4 insan ini yang banyak membantu aku ketika aku mengajar d SKTS ini.. Kak zila dan kak j banyak membantu aku dalam menyiapkan laporan ROS 1 aku..Jadi menjadi satu kerugian juga kalau aku tidak dapat menghadirkan diri sebab waktu itu je kesempatan yang aku ade untuk berjumpe dengan mereka..

2) Program 'UKHUWWAH KASIH RAMADHAN"
Program ini dianjurkan oleh unit kediaman luar kampus.. Secara tidak sengaja aku menjawat jawatan sebagai Bendahari dalam program ini..Jadi tugas aku untuk menguruskan bajet, perbelanjaan untuk program dan sebagai.. Jika aku terlibat, banyak juga manfaatnya sebab program ini diadakan di 2 tempat..Untuk majlis berbuka puasa di adakan di Rumah Kebajikan Warga Tua dan majlis bersahur di adakan di Rumah Anak Yatin Nurul Ihsan.. Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah melawat rumah kebajikan warga tua dan anak yatim.. Jadi, ni satu pengalaman baru untuk aku menyelami hati mereka dan boleh mengisafkan aku sebagai insan yang mempunyai ayah dan ibu..

3) Majlis Berbuka Puasa di Golf Resort
Majlis ini dianjurkan oleh abang.. Saje dia nak belanja kami adik beradik.. Kesungguhan dia tu sudah lama namun kekangan masa antara kami adik beradik untuk berkumpul bersama..Jika aku pergi ke majlis abang aku, aku boleh berjumpe dengan kakak sulungku (hari terakhir jumpe time cuti sekolah bulan 5), aku boleh berjumpe dengan kakak aku ke3 (hari terakhir jumpe cuti sekolah bulan 8) dan aku boleh berjumpe dengan abang aku.. Yang tidak ada di sini kakak ku ke 2 sebab di trg dan ibu ayahku juga berada di trg..


Kesudahnnya, abang aku membatalkan rancangan dia.. sebabnye, kakak aku ke3 tak leh pergi jika majlis itu hari jumaat.. begitu juga dengan aku.. Tapi aku dan kakakku boleh pergi jika majlis itu ditunda pada hari sabtu.. Jika majlis itu diadakan pada hari sabtu, ianya bertembung dengan jadual penerbangan abang iparku yang seorang pilot..bermakna kakak sulungku yang tidak boleh menyertainya.. dan akhirnya, abang aku memutuskan untuk makan beramai2 di hotel ketika aidilfitri nanti..

Apa yang ingin ku katakan, setiap program yang di atas ade tersiratnya ukhuwwah fillah.. Cuma kita yang tidak sedar akan hadirnya ikatan itu.. Antara 3 majlis itu, aku memilih untuk menghadiri majlis UKHUWWAH KASIH RAMADHAN.. sebabnya, sebagai AJK Pelaksana, aku harus ada tanggungjawab untuk menguruskan program itu dengan sempurna.. Takkan aku nak 'cabut' pulak dari majlis ini.. Hehehe..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online