:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, September 10, 2008

Janganlah Menjadi Manusia Berkira..

Nukilan ini ditulis bukan untuk merendahkan diri sesiapa.. Sekadar untuk renungan diri sendiri yang serba daif ini dan peringatan kepada sahabat pembaca sekalian..

Tadi sebelum aku ke kelas aku dapat menyaksikan satu pergaduhan kecil.. Bukan pergaduhan mulut atau tarik rambut atau bercakaran sana sini, tapi pergaduhan secara psikologi.. Pokoknya yang menjadi punca adalah kerana 'berkira2".. Secara halusnya, aku memohon maaf kerana aku tidak dapat menulis se detailnya tentang pergaduhan itu, tapi apa yang aku nak bincangkan adalah 'janganlah menjadi manusia yang berkira'..

Setiap rezeki tak kira makanan, duit, kesihatan mahupun kelapangan adalah kurniaan dari Allah.. Namun, manusia sering lalai dengan kenikmatan yang berlimpah ruah ini..Betapa sayangnya Allah pada kita dan betapa alpanya kita dengan kenikmatan tersebut dan betapa ruginya kita tidak termasuk dalam golongan yang bersyukur..

Ingatlah wahai sahabatku sekalian, setiap nikmat yang kita dapat di atas dunia ini adalah semua dari Allah.. Tidak hairanlah apabila rezeki senang dapat dan senang pergi.. Contohnya, baru2 ni aku kehilangan RM3000.. Aku rasa itu bukan satu jumlah yang kecil lebih2 lagi aku masih bergelar pelajar.. Senangnya duit itu berlalu pergi.. Namun, aku bersyukur kerana Allah 'mengambilnya' kembali hanya sebanyak itu.. Bagaimana jika Allah menarik balik lebih dari RM3000?? Jadi aku bersyukur.. Paling kurang aku masih mempunyai baki untuk berbelanja.. Dan aku tau, rezeki yang aku dapat adalah 'kelulusan' dari Allah ke atas kemahuanNYA.. Siapalah aku untuk menyangkal apatah lagi mempersoalkan kenapa duit aku hilang???

Aku dapat menerima dengan redha.. Duit itu adalah duit biasiswa KPM aku.. Jika Allah tidak memakbulkan doaku, adakah aku akan dapat menjalani hidupku sebagai mahasiswi dengan 'percuma'?? Segala perbelanjaan ditanggung kerajaan.. Bukankah itu satu nikmat buat diriku.. Apa yang aku nak tekankan di sini, minta maaf jika aku ada terkasar bahasa.. Aku amik contoh terdekat, kawan baik aku.. Dek kerana terlalu berkira, aku sentiasa lihat hidupnya tidak pernah rasa 'cukup'..

Itu aku ambil contoh duit.. Apa pula dengan nikmat kelapangan dan kesihatan?? Susah ke untuk kita bangun sembahyang awal di waktu Subuh.. Siapa kah kita untuk berkira dengan Allah?? Tuhan sekalian Alam.. Susah sangat ke untuk kite membaca sehelai kalam Allah dalam Al-Quran.. Busy?? Nabi kite, Nabi Muhammad lebih sibuk dari kita, tetapi ada je mase untuknya membaca dan mengangungkan kalam Allah..

Kadang2 aku sedih tengok kawan2 aku,, sanggup membuat kerja lain daripada mengawalkan waktu solat.. Aku juga kadang2 alpa dengan kenikmatan dunia.. peringatan ini aku tujukan khas untuk diriku yang pertama..Tangan yang rancak menulis, mata menusuk ke skrin komputer dan telinga mendengar setiap patah yang di baca.. Pesan mak aku,
"awalkan waktu solat.. malaikat sentiasa turun ke bumi melihat adakah kita sudah menunaikan amanah dan mereka akan naik semula ke langit dan 'memberitahu' dengan kesalnya kepada Allah, Hambamu belum sujud menyembahMu.."

Wahai kawan2 sekalian, sedarlah sekalian, nikmat kejayaan, rezeki yang disuapkan ke dalam mulut, kelapangan yang ada, kesihatan yang baik adalah dari Allah.. janganlah terlalu berkira dalam melakukan sesuatu ibadat kepadaNYA..Tanpa-NYA, adakah kita boleh hidup dengan sempurna?? Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat, tetapi kita sentiasa lupe kepada NYA..

Nukilah ini ditulis dari seorang insan biasa, bukan seorang alim ulama' yang penuh ilmu agamanya, bukan seorang ustazah yang lantang berbicara.. Nukilan ini ditulis untuk mengajak wahai sahabat pembaca dan diri ini sendiri supaya sentiasa mengingati ALLAH dalam apa jua keadaan dan bukan dalam keadaan genting sahaja..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online