:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, March 3, 2009

I Need These Instruments.

Ni name dia pen torch.. guna untuk nak suluh2 orang.. nampak macam torch light jugak.. ngeh3.. jika tiada mende alah ni, bulih kot gune torch light.. baru ngam dengan peribahasa 'sudah terang lagi bersuluh'.. haha.. bukan untuk suluh sembarangan.. suluh mata, tekak ke atau telinga bile Doc nak wat medical check up kat patients..

Ni pulak diberi nama knee hammer.. ada rupe seperti hammer yang mengetuk paku jugak.. tapi function dia bukan untuk mengetuk paku atau paku pakis.. haha..tetapi untuk mengetuk lutut manusia.. so, sesiapa yang rase2 lutut dia perlu diketuk, come and see me.. hehe.. mungkin bulih digunakan untuk mengetuk paku picit.. ye ke?? hehe..

Ni rasenye sume orang tau kan.. name dia stetoskop.. untuk mendengar denyutan jantung unless denyutan cinta dan rindu dalam hati manusia sebab di luar bidang kuasa stetoskop ni.. ni ibarat sebagai 'sahabat' baik Doc yang ke mana sahaja akan membawanya.. bulih digantung kan di tengkuk kerana sememangnya selalu digunakan dan sometimes bulih diperagakan sebagai rantai.. hehe.. yang bulat itu ibarat lokek perak dan yang getah itu ibarat rantai.. ahha.. rantai berkarat ke??

Semua barang2 ni berharga RM250.. Ohoho.. sangat diperlukan ketika Clinical years nanti.. so, when I go to hospital, I need for these instruments..

Monday, March 2, 2009

Congratulations For Him..

Tengah hari tadi anim dapat mesej dari 'dia'..


"Bukan dapat nombor 18.. tapi 18x2.. tapi alhamdulillah.. naik dari block lepas.."

Begitu la ayat2 dalam mesej tuh.. mesej itu diubah sikit2 demi menjadi sensitiviti.. hehe.. sape dia? tak perlu untuk dinyatakan.. hikhik.. pape pun, anim ucapkan tahniah kepadanya [sekiranya dia membaca entri ini..] .. walaupun bukan dapat no 1 atau 8 dalam ranking medical students tuh, tapi anim berbangga dengan kejayaan dia... Alhamdulillah.. tapi, kenapa ayat dalam mesej itu berbunyi sebegitu??


Sebabnya, 2 3 hari lepas anim mimpi result end block exam dia dapat no 18 dalam ranking yang jumlahnya 115 orang.. ohoho.. rupenye mimpi anim ni ade iras2 jugak dengan resultnya.. ngeh3.. nasib 18x2, kalau 18x3 atau 18x4 atau 18x5.. ianya satu jumlah yang besar dan of course laa namenye pada list betul2 bawah.. hehe.. pelajar2 perubatan tidak dinilai menggunakan PNGK seperti pelajar2 lain.. special kes.. hehe..

Lagipun, minitest lepas dalam block ni, dia dapat ranking no 18.. then anim cabarlah dia untuk dapat no 18 jugak dalam end block exam.. dengan tidak berapa confident dia jawab, susah untuk mendapat ranking tinggi sebegitu.. pape pun, anim sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.. kalau dulu dia boleh menjadi cemerlang di antara yang cemerlang, why not sekarang tak leh kan??

Block lepas belajar tentang Reproductive and Endocrine System.. dan conclusion dia untuk block lepas,

"susah jugak ek tentg reproductive ni.. tapi memang tak berminat pun utk jadi O&G Surgeon.. cukup laa tengok isteri sendiri bersalin je nanti.. hehe.."

Sunday, March 1, 2009

Pasar Malam Tanjong Malim

Sedar tak sedar, semester 6 dah nak masuk minggu ke 8.. uishhh.. sekejap je rase berlalu.. bermakna sisa minggu untuk semester ni masih berbaki 6 minggu + 3 minggu exam week.. semester ni tak der study week.. so, agak menyiksa jiwa dan raga jugak laa untuk mengkhatamkan buku sebanyak 6 buah yg ketebalannya 2setengah hingga 3 cm... [itu tak jadi budak medic lagi yg sememangnya buku tebal2 blake..]

Sepanjang duk kat UPSI ni, hampir setiap minggu anim akan ke Pasar Malam.. dari semester 1 hingga semester 6, tak pernah miss.. bukanlah pasar ni terlalu istimewa, tapi seolah2 jadi macam 'wajib' untuk ke pasar.. hikhik.. dah perangai suke jalan-jalan, beli makanan setakat singgit dua je.. ngeh3.. padahal suasana pasar malam ni bukanlah seperti shopping complex, malah terpaksa berhimpit2 dan mencelah2 disebalik org yg ramai tuh.. [sungguh anim tidak suke sebenarnya..]..

Bila tinggal di rumah sewa ni, lagi laa kerap untuk ke pasar malam.. every week.. pukul 5 terus bersiap nak gi pekan untuk ke pasar malam.. ke pasar malam untuk beli bahan basah.. maklum laa, masak setiap hari [rajin bebeno..] .. selama membeli bahan basah ni cam ayam, ikan, udang, sotong, semalam anim beli lain dari yang lain.. ta daaaa...

Ikan Keli..

Tak pernah2 beli pun ikan keli ni.. since kat rumah kt kampung jarang beli sebab ayah anim tak suke ikan keli ni.. dan semalam, tetibe tengok ikan keli rase cam nak je.. lebih2 tengok 'mereka2' ini masih hidup dalam tong air.. hehe.. jeling2 kat ikan keli ni, alih2 penjual dia tengok..

"nak ke dik.."

"nak jugak.. tapi bulih tolong siangkan?? [dengan nada yang tak tau malu..]

"boleh2.. sekejap pakcik amik ye"

Huhu.. suke bangat sih.. sebab pakcik tu nak tolong siangkan.. so, bila balik rumah tinggal untuk bersih kan je.. susah jugak ikan keli ni untuk mati ye.. pakcik tuh dah potong kepala dia, tubuh tuh still bergerak2 lagi.. dasyat sungguh.. [lihat seperti orang jakun yang tak pernah tengok ikan keli nak mati.. ngeh3..].. so, bile balik rumah mase anim nak bersihkan tuh, mak aiii.. banyaknye lendir ikan ni.. huih.. jenuh nak bersih sampai kasi bersih..

Tobat dah.. tak nak beli ikan ni.. kalu nak makan sangat, 'masak' kt kedai je.. hehehe.. rase2 ikan ni nk masak gulai cili api.. ntah jadi ke idak.. will see..

Resepi [mummy7857@myresepi.com]

Bahan-bahan ( tiga orang makan kot... )

  • 3 ekor ikan keli-dibersihkan
  • Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
  • Kunyit hidup *
  • Santan - dr setengah biji kelapa
  • Timun ladang (timun tua yang warna coklat tu) dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
  • Sebiji limau nipis
  • Garam dan perasa

Cara-cara

  1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
  2. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP
  6. SELAMAT MENCUBA
  7. * Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.

Thursday, February 26, 2009

Cerita Dulu dan Sekarang..

Alhamdulillah, hari ni anim berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis bacaan yassin utk kali kedua.. sebenarnya yang 2 minggu lepas anim tak dapat nak hadirkan diri sebab ade meeting utk program fizik tuh.. rase bersalah jugak sebab sebagai Exco Kerohanian, anim gagal hadirkan diri.. tapi disebabkan program itu terlalu berat komitmennya kerana melibatkan carry mark utk subjek, anim terpaksa akur..

Sedar akan 'carry mark' Allah lebih besar nilainya, tapi mungkin ianya boleh di 'top up' kan untuk mende yg lain.. Allah itu Maha Pemurah.. So, tadi pegi ke Taman Universiti Baru, rumah no 8.. terima kasih pada tuan rumah kerana sanggup menumpangkan rumahnya kepada penghuni2 taman untuk bacaan yassin ni.. but, sebelum pegi tuh, hujan turun renyai2.. bukan senang rahmat hujan ni kita dapat apatah lagi pada malam jumaat..

Terima kasih kepad sahabat anim, Fana sebab menumpangkan keretanya untuk ke rumah tuh.. semoga setiap titisan minyak kereta yg terluak itu Allah gantikan dengan berpuluh2 ganda pahala untuk Fana.. Amin.. sebenarnya, teramat lah rindu akan suasana sebegitu.. smaaza laa sekolah yg banyak mentarbiyyah kan diri anim sendiri.. Alhamdulillah, anim dihantar ke sekolah itu walaupun pada mulanya mengamuk jugak tak nak =]

Maklum la, lebih interest untuk ke sekolah sains sebab peluang itu ada.. tapi bile ayah dah nasihat cakap sekolah ni the best, anim pegi jugak.. dan ternyata ianya memang the best.. the best utk semua perkara.. kat sini anim tau masuk usrah, tazkirah, taalim, sembahyang berjemaah dan bacaan tahlil.. ya Tuhan, rindu nya saya akan suasana itu..

*************************************************************************************
Cerita dulu di sekolah ada .............

Usrah..
Setiap tahun akan diperbaharui sape naqibahnya.. seminggu mesti ada sekali usrah.. kadang2 2 kali.. dulu tingkatan 1, 2 n 3 hanya jadi ahli usrah.. tapi bile naik tingkatan 4 n 5, pernah terpilih jadi naqibah.. huhuu.. rindunya.. dan bila akhir tahun akan diadakan jamuan antara naqibah dan anak2 usrahnya..

Tazkirah..
Tazkirah pendek je.. lepas maghrib sementara Isyak.. perisian rohani sentiasa ada.. anim pernah ingat pesan Ustaz, hati kita lebih dari 3 hari tak dengar tazkirah atau tak ade pengisian rohani, akan ade satu titik hitam dalam hati.. sebab itu kadang2 kita terlalu menjadi hati batu, degil n ego.. lebih memalukan, ego pada yang Esa..

Taalim..
Tak silap anim hari selasa malam taalim.. disampaikan oleh Ustaz Syed.. walaupun kadang2 mata terpejam waktu taalim ni, tapi suara2 pentaalim tuh still masuk dalam lubang telinga.. oho.. Ustaz Syed ni pun kire bes jugak bagi taalim.. kadang2 satu malam hanya sesi bersoal jawab laa.. taalim tak pernah campur dgn ikhwan (saudara2 lelaki), hanya sekitar akhawat (saudara2 perempuan) sahaja.. so, kami tak malu laa nak bertanya soalan yang lebih peribadi kepada Ustaz terutama dalam konteks permasalahan wanita..

Sembahyang berjemaah..
Sungguh saya rindu untuk berjemaah.. walaupun dulu banyak kali ponteng sembahyang berjemaah (waktu tingkatan 4 n 5 laa.. naik 'lemak' sikit ngeh3), tapi feeling utk berjemaah masih ada sampai sekarang.. niat sentiasa ada, tapi untuk laksanakan, ya Allah, sungguh susah.. syaitan sentiasa menghalang.. lemahnya saya..

Bacaan Yassin n Tahlil..
Khamis malam jumaat memang akan diadakan tahlil.. setiap minggu akan bergilir2 untuk conduct sesi tahlil ni.. bile tamat je tahlil, kami akan nyanyi kan lagu2 nasyid .. berebut laa pilih nak nyanyi nasyid apa pada malam tuh.. dan salah satu nasyid yg sentiasa jadi pilihan, adalah lagu di blog anim ni.. sungguh saya rindu..

*************************************************************************************

Sekarang...
Dah jarang anim lakukan atau involve semua2 tuh.. cuma cuba untuk hadirkan diri disetiap kuliah atau ceramah agama agar hati ini sentiasa ada 'makanan' untuknya.. dan bacaan yassin tadi betul2 mengingatkan anim kenangan sekolah dulu dan juga kenangan2 lain..ngeh3..

p/s : entri ini agak panjang..tetibe penulis dihimpit perasaan rindu pada zaman dolu2...

Tuesday, February 24, 2009

Dr Shahibul Afzan.. Saye Perlukan Awak..

Hehe.. saje nak bagi name kak shibul femes2 sikit.. sakit gigi ni.. actually dah lame gigi tu berlubang.. dah tampung dah since I darjah 4.. ohoho [betul ke org sebut tampung gigi.. medical terms dop tau pulok..] ngeh3.. So, camne ni??

Kesakitan tuh membuatkan I sungguh tidak selesa.. bile I terlompat2 sikit, dia rase cam cucuk kt dalam gusi tuh.. hehe.. What's the problem is, I takut nak g tampung gigi.. hehe.. sebab dah lame dah tak tampung gigi.. dan paling akhir I jupe Dr gigi mase tingkatan 3 [may be].. Ohoho

I takut nak tampung bukan sebab ape.. kalu tampung kan lidah kene</span> duk diam2.. so, I takut lidah I tak leh duk diam2.. nanti kan terkena menda alah tu [tak tau org sebut ape], sumbing I punye lidah tau.. kurang 1000 nanti.. hehe.. help me please!!

Raihah.. Nah 'Goreng Pisang Panas..'

Anim di tag oleh Raihah Rosli.. Untung ko nye bapak eah.. kat mane2 selalu orang sebut name eah penuh, Raihah Rosli.. ngeh3.. dan inilah goreng pisang panas [tag] istimewa untuk raihah rosli..

1.Anda rasa anda hot??
Hot??? sikit2.. suam2 kuku.. sebab sekarang duk dalam bilik.. bilik ke3 yg sememangnya panas dan susah utk nak describe tahap kepanasannya.. bulih suggest ke En. Fong Kok Seng supaya pasang aircond.. mau kene hambat anim nanti.. haha.. but just hot yang I maksudkan my environment, bukan dalaman.. sekarang hepi mode =]

2. Upload gambar kegemaran anda


3. Kenapa anda suka gambar ini?

Sebabnya 2 orang ni twins.. Iman dan Dania.. suke tengok twins dan bercita-cita untuk dapatkan twins jugak [gatal!].. ngeh3.. walaupun kembar tak seiras, tak kesah laa pun.. hepi tengok aksi2 dua orang ni.. yg anim ingat mase jage dorang sekejap sementara kakak anim gi bandar nak setelkan something.. Dania dah buang air besar, so anim gi laa salin pampers.. lepas setengah jam, si Iman pulak yang buang air besar.. adus, asal 'tandas' Iman lambat sangat berfungsi, kalu tak bulih sekali harung je.. hehe..

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?

Bulan 5 2008.. dan dah tak makan sekarang.. kureng suke mende2 camtu.. bese laa, perut orang kampung je yg hanya bulih 'menerima' nasi sahaja.. hehe..

5. Lagu terakhir yang kamu dengar?
Sutera Kasih.. sebab buka blog, so dengar laa lagu ni..

6. Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Daily lesson plan.. tapi lesson plan tak siap, sibuk siapkan 'goreng pisang' untuk Eah ni.. hehe.. panas.. panas..

7. Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Nurul.. rase begitu lembut jika name itu dipanggil.. haha.. =]

8. Tag lagi lima orang
sesape yg berminat nak wat ni ek.. sebab anim tau majoritinya sibuk nge asemen, kan kalu tag2 orang tuh rase bersalah pulak tak buat nanti.. huhu.. so, tag ni ditujukan kepada sesiapa yang mahu menambah kije nye yang sememangnya sudah banyak kije..

Monday, February 23, 2009

Rindu Akan Mereka!!

Disebalik kesibukan menyiapkan tugas, sempat lagi anim klik pada Mustaphy's Generation.. tu adalah blog famili anim, termasuk lah anak2 buah muah.. haha.. yang ramainya sudah mencecah lebih 10 orang.. hikhik.. bile tengok gambar mereka, tetiba perasaan rindu datang [cewah.. jiwang tengah2 malam; pukul 2.34 am]..

Senyum mereka yang tak dilingkari dengan asemen.. hahaha.. senyum anim ni sekarang senyum yang dipenuhi dengan asemen di kepala.. dari kepala turun ke mulut.. tak nak simpan dalam hati, nanti serabut.. ngeh3.. banyak asemen2.. pagi tadi kat library, duk dengan sykin.. renung sejenak n cuba list kan semua asemen yg belum siap.. adusss.. banyak sungguh dan enak yg tidak terkata seksenya.. hikhik..

Rasa nak pi main nge budak2 jea.. main nge budak2 ni hilang tensen sikit.. tak kesah laa baby ke, budak setahun ke atau 3 4 tahun.. semalam dapat panggilan dari kak ma.. tapi bila angkat, Muna yang cakap.. waaa.. rindunya dengan Muna.. nak layan dia bersembang dan akhirnya 'mengenakan' dia.. ohoho.. sungguh anim suke mengenakan budak tecik ni.. haha..

Ok laa.. mata dah ngantuk.. kesudahannya, refleksi tak siap.. camne nak siap, file refleksi tu pun tak bukak.. hehe..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online