:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, March 9, 2009

Sponsor Dari Penaja ..

First sekali ucapan ditujukan epada semua adik beradik ku yang aku amat2 sayang ;
  1. Kak Zan
  2. Kak Dah
  3. Kak Maa
  4. Abang Mie..
Mekasih kepada kalian kerana membantu adikmu dalam urusan perkahwinan ini.. semoga Allah memberkati kalian semua dalam hidup.. kepada kakak2 ku yang telah berkeluarga, semoga kalian diberkati Allah, digolongkan oleh Allah dalam golongan isteri2 solehah yang jaminannya amat besar, Syurga Allah.. kepada abang ku, semoga Allah memberkati hidupmu.. memurahkan rezeki mu.. memberi jalan yang mudah untuk mu menghabiskan pengajian master dan dipercepatkan jodoh =]

Sabtu lepas anim turun ke Bangi.. hajat dihati memang untuk men'setel'kan apa2 yang perlu disetelkan dahulu.. rumah kak maa di Bangi yang letaknya hampir dengan Nilai 3.. perjalanan hanya amik masa 10 minit sahaja.. so, mesti U all dah faham kan untuk apa tujuan ke Nilai 3 tuh.. hikhikhik.. anim balik selepas Seminar Penularan Penyelewengan Akidah di Malaysia yang berlangsung di Auditorium UPSI.. anim menjadi AJK pelaksananya dan ceramah itu amatlah mengisafkan diri..

Lepas Zohor, terus bertolak ke pekan untuk naik bas.. sampai di Pudu lebih kurang kul 4.30 pm sebab jalan 'jam'.. so, amat lambat jugak laa.. ke stesen LRT untuk amik tiket ke Bandar Tasik Selatan.. tak der komuter dari Pudu.. so, anim kene naik train lain2.. sampai rumah kak maa dalam kul 6.30 pm.. kak maa hantar anim balik sebab ade kerja lain yang perlu dia setelkan.. malam tu just rehat2 je dulu.. esoknya (ahad ) akan memulakan expedisi untuk menjelajah Nilai 3.. ahha.. Bersambung...

Friday, March 6, 2009

Kerisauan Seorang Ibu dan Cerita Masak..

" Adik nok kawen gane.. mok tengok pandai wat nasi goreng je.. gulai2 dok reti.."
[adik nak kawen camne.. mak tengok pandai buat nasi goreng je.. gulai tak reti nak masak..]

Kerisauan seorang ibu iaitu mama tercinta, mak anim.. hari tu, mak anim menyatakan kebimbangannya pada anim kat kakak kedua.. kakak anim just bagi respon biasa je sebab dia dulu kawen pun tak pandai masak jugak.. hehe.. [sorry kak dah.. jangan marah..].. bimbang jika anak bongsunya ini tidak dapat mengeyangkan suami nanti..

Ohoho.. ini respon dari anim untuk mak anim pulak.. [walaupun dia tak baca kan blog ni..]

"adik dah pandai dah masak.. since duk rumah sewa ni, always masak tau.. everyday.. haha.. jimat punye pasal ni.. sanggup makan yang cikai2 je asalkan perut keyang =].."

Setakat anim masak ni, bulih diterima lah masakan anim ni dari semua lapisan umur dalam rumah ni.. suke pedas2 tapi kata mak nanti kene buasir.. tak suke manis2 sangat, tapi bakal mak mentua suke manis2.. adus.. contra betuss... tapi kadang2 banyak kali masak tersalah masin.. orang tua2 cakap masak salah masin, nak dekat kawen.. betul la tu gamaknya.. ngeh3..

Baru2 ni anim dan bakal suami turun ke KL.. ke sogo untuk beli barang2 hantaran.. almaklum laa.. SALE..SALE...SALE.. hehe.. so, untuk nak jimatkan lagi duit kan, anim pun masak nasi goreng sebagai breakfast.. so, bile dah setel sume masak, bersiap2 untuk naik bas ke KL.. sampai kat Pudu, dia dah tunggu anim.. tunggu anim or tunggu makanan?? hehe..

Untuk mengelakkan anim sakit perut [kaco mood laa kalu nak shopping sakit perut..], anim tak makan laa nasi goreng tuh.. dia je yang habiskan satu bekas.. banyak jugak tau.. dalam waktu dia nak menghabiskan tuh, dia selalu offer ke anim nasi goreng tuh, tak nak rase langsung ke.. seperti biasa "tak nak.." [macam dia je yg masak.. hehe..]

Dengan tekun dia menghabiskan semua nya.. HABIS.. so, kami ke Sogo.. punye laa tengah pilih2 handbag, kasut and mende2 lain lagi, dia sakit perut.. adus.. kaco mood betul laa.. anim yg nak elak sakit perut, alih2 dia pulak.. 3X dia duk ulang alik ke tandas.. then, timbul laa perasaan rasa nak tanye, "kenapa sakit perut..??

"sebenarnya nasi goreng tadi MASIN.. tak sampai hati nak cakap sebab orang dah rela hati masak kan.. sebab tu offer tadi, tak nak rasa sikit ke.. dengan harapan kalau rase nasi goreng tuh, bulih tau dengan sendiri rasa nsi goreng tuh.."

Uhhhh.. terharu... bukan rase bersalah, tapi terharu.. halusnya cara dia nak menegur.. kepada dia.."agak2 lepas kawen bulih jage hati anim macam tuh lagi tak..??" .. lame sikit, baru rase bersalah.. hehe.. sebab tengok dia duk ulang alik ke tandas kan.. ohohoh.. I'm sorry.. hehe..

Wednesday, March 4, 2009

Dikau Sungguh Kejam!!

Huh!! ayat di atas adalah teramat kasar..

Perasaan sekarang:

geram; kecewa; sakit hati; nak nangis kuang3; nak menjerit; nak menyanyi lalala utk hiburkan hati yg sedang pedih; sangat tidak dapat menerima kenyataan yg berlaku; beransur2 untuk redha atas ketentuan-NYA; tengah pujuk hati sendiri; sedikit sejuk bile baca entri 'sabarlah wahai hati..' dan dsb...


Siapa yang membuatkan perasaan diatas itu wujud??

"VIRUS"

Pagi tadi anim cucuk pendrive kat Bitarasiswa.. hanya utk print satu helai je.. contoh sijil untuk ditunjukkan kepada En.Zaiham, pegawai HEPA samada sijil itu memenuhi spesifikasi yg UPSI tetapkan atau tak..

Bila tadi anim cucuk pendrive untuk nak wat kerja, semua file dalam word terpadam.. tak ade lasungg.. bayangan pun takder.. ahaks.. kalu ade bayangan bulih jugak ek nak amik.. yang menjadi makin enak dan sedap anim tak buat back up untuk asemen2 yang telah dilakukan.. malangnya nasib.. tak pe2, ade hikmah ni.. cuma kite tak tau..

Cek2 balik apa file yang tak der..
  1. Critic journal.. [sungguh rase sedih sebab bukan senang nak critic ni.. amik mase beberapa hari jugakk.. minggu depan nak tunjuk ke lecturer utk dia comment apa yg kurang..]
  2. Lesson plan.. [penat buat.. fikir aktiviti apa utk nak ngaja..tidur sampai kul 3 pagi wat mende alah ni..]
  3. Pilot Test..[yang ni ade back up...]
  4. Questionnaire untuk kajian.. [nasib ade back up yg dah print..]
  5. Contoh sijil utk Seminar Penularan Penyelewengan Akidah.. [nasib ade back up print..]
  6. Sumber2 untuk buat proposal yang dlm file microsoft word.. [banyak dah jumpe..]
Kesimpulannya :
- buat la back up setiap kali siap tugasan...

Ya Allah, sabarkanlah hati ni..

p/s : nanti ade entri 'sabarlah wahai hati episod 2..' hehe...

Sabarlah Wahai Hati..

Sabarlah wahai hati... pujukan untuk hati sendiri.. sungguh susah untuk bersabar ni.. lagi susah untuk menjaga lembu satu kandang.. [iye ke?? mane tau kan, tak der experience jage lembu..].. tapi bile hati berjaya dipujuk untuk sabar menerima segalanya, alhamdulillah terasa kemenangan dalam diri itu.. kita bukan seorang yang kalah andai kita mengaku kalah.. betul kan??

Teringat akan kata-kata sahabat..

"ganjaran yang sangat indah untuk orang yg bersabar..."

Ya betul.. Allah sentiasa bersama kita.. Allah Maha Mendengar.. minta apa saje hajat, Allah itu Maha Pemurah.. sabar lah wahai hati..

p/s : penulisan yang sememangnya blur..jangan pening2 bace.. main point dia adalah utk pujuk hati sendiri je..

Tuesday, March 3, 2009

I Need These Instruments.

Ni name dia pen torch.. guna untuk nak suluh2 orang.. nampak macam torch light jugak.. ngeh3.. jika tiada mende alah ni, bulih kot gune torch light.. baru ngam dengan peribahasa 'sudah terang lagi bersuluh'.. haha.. bukan untuk suluh sembarangan.. suluh mata, tekak ke atau telinga bile Doc nak wat medical check up kat patients..

Ni pulak diberi nama knee hammer.. ada rupe seperti hammer yang mengetuk paku jugak.. tapi function dia bukan untuk mengetuk paku atau paku pakis.. haha..tetapi untuk mengetuk lutut manusia.. so, sesiapa yang rase2 lutut dia perlu diketuk, come and see me.. hehe.. mungkin bulih digunakan untuk mengetuk paku picit.. ye ke?? hehe..

Ni rasenye sume orang tau kan.. name dia stetoskop.. untuk mendengar denyutan jantung unless denyutan cinta dan rindu dalam hati manusia sebab di luar bidang kuasa stetoskop ni.. ni ibarat sebagai 'sahabat' baik Doc yang ke mana sahaja akan membawanya.. bulih digantung kan di tengkuk kerana sememangnya selalu digunakan dan sometimes bulih diperagakan sebagai rantai.. hehe.. yang bulat itu ibarat lokek perak dan yang getah itu ibarat rantai.. ahha.. rantai berkarat ke??

Semua barang2 ni berharga RM250.. Ohoho.. sangat diperlukan ketika Clinical years nanti.. so, when I go to hospital, I need for these instruments..

Monday, March 2, 2009

Congratulations For Him..

Tengah hari tadi anim dapat mesej dari 'dia'..


"Bukan dapat nombor 18.. tapi 18x2.. tapi alhamdulillah.. naik dari block lepas.."

Begitu la ayat2 dalam mesej tuh.. mesej itu diubah sikit2 demi menjadi sensitiviti.. hehe.. sape dia? tak perlu untuk dinyatakan.. hikhik.. pape pun, anim ucapkan tahniah kepadanya [sekiranya dia membaca entri ini..] .. walaupun bukan dapat no 1 atau 8 dalam ranking medical students tuh, tapi anim berbangga dengan kejayaan dia... Alhamdulillah.. tapi, kenapa ayat dalam mesej itu berbunyi sebegitu??


Sebabnya, 2 3 hari lepas anim mimpi result end block exam dia dapat no 18 dalam ranking yang jumlahnya 115 orang.. ohoho.. rupenye mimpi anim ni ade iras2 jugak dengan resultnya.. ngeh3.. nasib 18x2, kalau 18x3 atau 18x4 atau 18x5.. ianya satu jumlah yang besar dan of course laa namenye pada list betul2 bawah.. hehe.. pelajar2 perubatan tidak dinilai menggunakan PNGK seperti pelajar2 lain.. special kes.. hehe..

Lagipun, minitest lepas dalam block ni, dia dapat ranking no 18.. then anim cabarlah dia untuk dapat no 18 jugak dalam end block exam.. dengan tidak berapa confident dia jawab, susah untuk mendapat ranking tinggi sebegitu.. pape pun, anim sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.. kalau dulu dia boleh menjadi cemerlang di antara yang cemerlang, why not sekarang tak leh kan??

Block lepas belajar tentang Reproductive and Endocrine System.. dan conclusion dia untuk block lepas,

"susah jugak ek tentg reproductive ni.. tapi memang tak berminat pun utk jadi O&G Surgeon.. cukup laa tengok isteri sendiri bersalin je nanti.. hehe.."

Sunday, March 1, 2009

Pasar Malam Tanjong Malim

Sedar tak sedar, semester 6 dah nak masuk minggu ke 8.. uishhh.. sekejap je rase berlalu.. bermakna sisa minggu untuk semester ni masih berbaki 6 minggu + 3 minggu exam week.. semester ni tak der study week.. so, agak menyiksa jiwa dan raga jugak laa untuk mengkhatamkan buku sebanyak 6 buah yg ketebalannya 2setengah hingga 3 cm... [itu tak jadi budak medic lagi yg sememangnya buku tebal2 blake..]

Sepanjang duk kat UPSI ni, hampir setiap minggu anim akan ke Pasar Malam.. dari semester 1 hingga semester 6, tak pernah miss.. bukanlah pasar ni terlalu istimewa, tapi seolah2 jadi macam 'wajib' untuk ke pasar.. hikhik.. dah perangai suke jalan-jalan, beli makanan setakat singgit dua je.. ngeh3.. padahal suasana pasar malam ni bukanlah seperti shopping complex, malah terpaksa berhimpit2 dan mencelah2 disebalik org yg ramai tuh.. [sungguh anim tidak suke sebenarnya..]..

Bila tinggal di rumah sewa ni, lagi laa kerap untuk ke pasar malam.. every week.. pukul 5 terus bersiap nak gi pekan untuk ke pasar malam.. ke pasar malam untuk beli bahan basah.. maklum laa, masak setiap hari [rajin bebeno..] .. selama membeli bahan basah ni cam ayam, ikan, udang, sotong, semalam anim beli lain dari yang lain.. ta daaaa...

Ikan Keli..

Tak pernah2 beli pun ikan keli ni.. since kat rumah kt kampung jarang beli sebab ayah anim tak suke ikan keli ni.. dan semalam, tetibe tengok ikan keli rase cam nak je.. lebih2 tengok 'mereka2' ini masih hidup dalam tong air.. hehe.. jeling2 kat ikan keli ni, alih2 penjual dia tengok..

"nak ke dik.."

"nak jugak.. tapi bulih tolong siangkan?? [dengan nada yang tak tau malu..]

"boleh2.. sekejap pakcik amik ye"

Huhu.. suke bangat sih.. sebab pakcik tu nak tolong siangkan.. so, bila balik rumah tinggal untuk bersih kan je.. susah jugak ikan keli ni untuk mati ye.. pakcik tuh dah potong kepala dia, tubuh tuh still bergerak2 lagi.. dasyat sungguh.. [lihat seperti orang jakun yang tak pernah tengok ikan keli nak mati.. ngeh3..].. so, bile balik rumah mase anim nak bersihkan tuh, mak aiii.. banyaknye lendir ikan ni.. huih.. jenuh nak bersih sampai kasi bersih..

Tobat dah.. tak nak beli ikan ni.. kalu nak makan sangat, 'masak' kt kedai je.. hehehe.. rase2 ikan ni nk masak gulai cili api.. ntah jadi ke idak.. will see..

Resepi [mummy7857@myresepi.com]

Bahan-bahan ( tiga orang makan kot... )

  • 3 ekor ikan keli-dibersihkan
  • Cili padi * (terpulang banyak mana nk...)
  • Kunyit hidup *
  • Santan - dr setengah biji kelapa
  • Timun ladang (timun tua yang warna coklat tu) dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
  • Sebiji limau nipis
  • Garam dan perasa

Cara-cara

  1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering..(kalau malas nk salai..bakar dalam oven pun boleh)
  2. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai. SIAP
  6. SELAMAT MENCUBA
  7. * Kuah tidak perlu terlalu cair,,sikit jer..untuk siram atas ikan. Tp pada sesiapa yang suka berkuah, boleh masukkan ikan ke dalam kuah, macam buat masak lemak biasa.

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online