:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, November 24, 2010

Isi Tempat Kosong


Ramai yang tertanya aku dapat sekolah mana.. oke, ni aku bagi soklan punye susah ni, tolong isi tempat kosong..

SMK B_S_R_H, Kuantan

tau?? boleh jawab? boleh? hadeef boleh jawab tau.. apa hadeef?



aaaaaa

ok.. betul sayang.. =D

*****************************************

hari ni aku kene lapor diri kt sekolah.. konon berani gile nak drive sendiri siap confident 100% kt encik zubir tapi haram en zubir nak lepas.. hahaha.. jalan tu banyak lori kuar masuk sebab laluan di Semambu adalah untuk ke kilang.. jadi, untuk permulaannya, kitaorang turun kul 6.45 am tadi nak tengok jalan lengang ke tak.. memang tak banyak kete, tapi aku suggestkan kt en zubir yg aku akan turun kul 6.30 am dari umah.. eceh, bunyi macam kene bangun kul 4 pagi je.. hahaha


tiba2 perasan rasa dah jadi superwomen.. haha.. bangun pagi tadi kul 5 am.. gosok baju aku n en zubir.. tenyeh2 sikit je iron kat baju terus setel.. baju aku memang jenis tak berkedut, tapi kalau baju en zubir memang tak jalan la kalau main tenyeh2 je iron.. tapi tak pe, hari ni dia masuk OT, jadi haruslah pakai baju ensem warna hijau tu.. jadi sangat membazir tenaga lah kalau aku beriya2 gosok siap ada line2 bagai.. bangun uruskan diri.. kul 6 am uruskan hadeef n laki.. eh, laki aku tu aku kejut je, sendiri urus lah diri sendiri.. kan abang kan?? ke jeles dengan hadeef? haha


lepas tu gi dapur.. tapi bukan lah aku nak bersilat buat sarapan pagi.. just amik coffee mix buat 2 cawan.. 1 untuk en zubir, 1 untuk aku.. oh, kalau kongsi satu cawan lagi dapat pahala, tapi tak cukup.. nanti la, aku buat satu jug minum guna jug terus..huhu.. lepas tu uruskan EBM hadeef.. tulis nombor kt botol supaya senang nurseri amik panaskan.. nombor ditulis dah ikut tarikh EBM.. lepas tu, angkut hadeef masuk kete n direct feeding.. dah sudah, jangan perasan jadi superwomen.. bukan urus anak suploh orang pun..


sampai sekolah, jumpa pengetua.. oh~~ pengetua sangat baik hati.. auuuwww, terus rasa jatuh cinta pada sekolah.. sila baca baek2, bukan jatuh cinta pada pengetua.. ^_~ lagi lah semangat berkobar2 bila pengetua cakap maybe gantikan cikgu maths yang bertukar dan dia mengajar form 4.. senanya, aku nak ajar fizik.. tp sebab kt sekolah tu dah ada cikgu cemerlang fizik, takkan nak lawan tokey kot.. huhu.. tunggu cikgu tu pencen la, nanti aku amik alih.. eceh, lama2 tinggal fizik, kang sambung wayar terus meletup sekolah, nak tanggung??


pastu, lagi suka bile sekolah adalah 2 sesi dan boleh balik kul 1 pm.. tapi cikgu zaman 2011 ni tak sama dengan cikgu zaman 2001.. haram la kau kalau nak balik sharp kul 1 pm.. mesti ada meeting.. tak meeting pun paling kurang kerja2 lain.. senanya, sangat saspen la ai sebagai cikgu baru yang pendek lagi terkedek2 bawak beg pam n handbeg.. tu belum lagi masuk ngaja.. bile ngaja, tambah lagi satu beg untuk letak segala mak nenek buku2 n buku rancangan harian mengajar.. kang ada cikgu pengsan kat sekolah bawak beg banyak2.. haha


sesi berkenalan dengan semua staf.. lepas siap semua, aku lepak kt bilik pendidikan khas sama2 dengan kak tini, kak zue, kak ayu n kak ita.. bes la dorang2 ni.. tiba2 nampak satu bilik cantik.. tiba2 nampak peti.. eh, boleh pam susu kat sini nanti.. lepas sembang, agak2 bre**t dah bengkak, aku pun mintak kebenaran dorang nak pam susu.. oke setel dapat 8 oz.. lepas pam dah berangan2 nak tumpang pam susu kat sini bile masuk sekolah nanti..


tapi kecewa sebab kak tini cakap bukan tak nak bagi, tapi budak2 pendidikan khas sangat saspen la untuk setiap tindak tanduk dia.. kadang2 dorang bukak peti ais minum air staf punye, makan makanan yg disimpan dalam peti ais.. kang kalau aku simpan susu dalam peti ais situ, tak pasal2 ramai jadi anak susuan aku.. hahaha..


senanya, bukan senang nak bagi yang terbaik untuk anak.. yes, pengorbanan itu perlu.. dulu aku baca je pengalaman2 mereka yang pam susu kat pejabat.. skang aku alami sendiri.. tak susah dan tak senang.. pengalaman pam susu mase sesi taklimat di temerloh.. orang lain balik bilik boleh lena tido, aku balik bilik pam.. orang laen lena ulik mimpi, aku bangun malam pam.. orang lain goyang2 kaki tengok TV, aku duk sibuk2 basuh segala mak nenek alat2 mengepam.. see, perlukan pengorbanan untuk bagi yg terbaik kepada anak, tapi siyes, aku sangat hepi..


setakat ni, alhamdulillah, susu melimpah ruah..mase start taklimat kat temerloh sehingga berakhirnya taklimat tu, susu yg dikumpulkan adalah 33 oz.. start pam susu kul 1 pm; 10.5 oz, 5.15 pm; 6 oz, 11.30 pm; 8 oz, 5.00 am; 8.5 oz (selasa).. belum pernah beli susu formula lagi untuk back up.. setakat ni jugak tak amik apa2 supplement lagi untuk tambah susu.. tapi tak tau la nanti faktor kerja yang tensen n penat memaksa aku untuk amik supplement..

rahsia??

doa.. ye, berdoa lah sesungguh hati.. mengadu lah pada ALLAH yang anda mahu menunaikan hak anak.. mintalah supaya susu yang mengalir dalam tubuh anak tu dirahmati-NYA, mengeyangkan perut anak dan menyihatkan tubuh badannya.. insya ALLAH, ALLAH akan kabulkan doa anda.. selain tu, minum la banyak air masak.. kalau kau minum secawan je, mana susu nak melimpah ruahnya..


nanti bila dah start mengajar, aku harap sangat ALLAH permudahkan niat aku untuk fully breastfeed hadeef sampai umur 6 bulan dan kalau diizinkan-NYA lagi akan diteruskan sampai 2 tahun.. amin.. bile peti ais besau nak sampai umah ni.. fuh fuh fuh



8 Comments:

Ummu Iffah said...

Aneem, tahniah berusaha ngan kuat utk exclusive breastfeed 6 bualan..kagum2..
aneem hantar hadeef nursery mane yek?
bole kgsi tak macamna ajar pengasuh guna EBM tu?

Unknown said...

fuhh!! sekali update panjang entry nk kena skroll.. hehe..anyway, selamat menjadi seorang pendidik. semoga tabah dengan ujian sebagai seorang pendidik. and harap sgt2 anim tak jadi macam cerita2 yang jue selalu dgr drp ibu ttg cikgu2 yang grad.. huhu. jue tahu anim tak macam mereka.

all the best!! peluk cium untuk hadeef.

p/s utk haddef : behave tau dok kat taska nanti.

Rizziela said...

samalah dengna saya dulu..

8 bulan dok usung beg pump ke office..bila dah terrer pakai tangan..saya dah tak bawa beg pump..just guna tangan pun boleh dapat 8-10oz

Sekarang anak dah 1thn 8 bulan...tak pump dah coz dia tak mau minum EBM lagi...direct ajer..bila siang..minum glukos ajer

Mami Hadeef said...

to ummu iffah: anim hantar anak kt taska dlm spital tu jugak.. memang ok la.. bilik baby asing dari bilik kanak2 1 tahun ke atas.. dorang mandikan baby dgn air panas.. EBM dorang memang dah terer handle, tak yah ajar ape2 pun n memang menggalakkan kan pun baby minum susu ibu.. siap cakap kalau hantar EBM yg beku dorang tak kesah.. =)

Mami Hadeef said...

to miss jue: hehe.. mekasih jue... doakan utk anim.. mengajar tu senang, mendidik yg susah.. mendidik ikut sunnah rasullah, insya ALLAH berkesan.. menyampaikan ilmu seperti malaikat menyampaikan wahyu yg pertama adalah kaedah pengajaran yg berkesan iaitu dengan berkasih sayang.. =)

Mami Hadeef said...

to Rizziela: alhamdulillah, lama jugak akak dapat exclusive breastfeed kan anak..anim boleh jugak gune tangan, tapi tak terer sangat and at last jadi malas nak perah sampai breast kosong.. hehe.. kalau kaedah marmet pun boleh dapat 8-10 oz, memang akak terer la perah guna tangan

nirhamna said...
This comment has been removed by the author.
nirhamna said...

Beserah kah? hehe

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online