:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, November 15, 2010

Banyak Kerja Sebenarnya

alhamdulillah, sabtu lepas aku dah dapat surat posting.. depan sampul ada cop Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, jadi secara rasminya aku akan berkhidmat di negeri Pahang.. daerah belum tau lagi.. jangan masuk Ulu Tembeling sudah.. ngeh! dan dalam surat tu cakap aku kene hadiri taklimat n orientasi di Temerloh pada 22 & 23 hb.. wai Temerloh?? buat lah kat kuantan yang serba canggih ni.. haha.. sah2 kene berpisah dengan putera tersayang.. ooo hadeef, jangan nangis eh!


sebenarnya, bukan aku tak de kerja asek tukar template belog je.. tapi sebab belog aku kene attack dengan malware yang sentiasa tak puas hati dengan belog aku yang cantik berseluar jeans, makanya, terpaksa la tukar template laen.. readers pun takut nak jenguk belog aku..nak klik pun cam tak ikhlas je kan..haha.. pengunjung belog secara tiba2 merudum.. mana boleh camni, jadi terpaksa la spend sedikit masa nak godek belog ni..


sejak jadi pengepam susu neh, sangat lah bz nak pam.. huahuahua.. kene tinggalkan stock yang mencukupi untuk si Hadeef minum semasa mak nya berkursus.. 2 hari sebanyak 100 oz, cukup kah? biar lah terlebih, asalkan jangan kurang... ye, aku tau banyak susu formula kat Eng Hong kalau susu yang aku tinggalkan tu tak cukup, tapi sangat meruntum jiwa raga aku kalau lah baba dia terpaksa kenyangkan hadeef dengan susu formula tu..


setakat ini aku rase dah dekat 70 oz kot stock dalam peti ais.. aish, geram betul peti ais kecik ni.. rase nak balun peti 3 pintu terus, boleh?? huahuahua.. pagi semalam memang aku betul2 terkejut la.. 1 sesi pam dapat 8 oz tanpa tendum nursing.. tapi pagi tadi dapat 4 oz je beserta tendum nursing.. syukur lah, ada jugak daripada tak de kan.. rezeki hadeef..


sekarang aku ngah bekerja keras siapkan hantaran kawen abang aku.. jadi sementara hadeef tido, aku update belog jap.. owh, hutang tag ummu iffah belum buat lagi.. oke lah, tetiba rase macam tak de idea..



pam yang dipaksa bekerja 24/7.. jangan kau pangsan sudah! lalalala


stock setakat ini 15hb.. alhamdulillah.. mintak2 capai target..


eh, tibe2 ada baju seketul.. ni baju raye en zubir.. haha.. sempena raye haji, en zubir dapat baju raye sepasang warna hijau.. ada dua warna hijau dan biru.. jangan pakai biru ohh, jangan lawan tokey.. haha.. selamat boleh balik raye haji, kalau tak, menangis aku sembelih ikan dalam sinki.. haha.. ikan perlu disembelih ke?? ni senanya baju masuk OT..


aaaaaaaa.. versi test suara kasi bising satu umah


gelak bile di agah..


dah gelak, tibe2 nak menangis.. wai hadeef? muka mami macam hantu ke time gelak?? haha


dah la mami.. hadeef cakap sudah lah amik gambar..










9 Comments:

Affieza said...

Congrats 4 posting..hope xdpt yg jauh2 sgt..kesian kat Hadeef..hihi

[Zaza Azlan] said...

ala bestnyaa cikgu aniem post kat pahang je. cis. kenapa akak kena posting kat sawakkk. hahaha budget cikgu.

tapi kat sini majoriti orang yang akak baru kenal, kata akak cikgu dari semenanjung. adekah muke ai suci murni alim bak cikgu. hihi.

hey meriahnya susu. akak masa lepas pantang, ada dalam 30 botol je kot sebab dapat kumpul stok 2 minggu before habis pantang je. masa tu baru balik dari johor kan. bila time kerja baru gigih pumping hihi. bagus2 aniem lepas ni beli deep freezer yang besar terus.

ummu said...

assalamualaikum Cikgu Anim
wah tahniah dapat posting area mana lah tu agaknya kan?
selamat mengepam.susu ibu memang dan adalah sangat terbaik.

Nur Qistina said...

comelnya hadeef..=)

nirhamna said...

alahai comey wal encem baby hadeef..

Mami Hadeef said...

to affieza: hehe.. tu la, harap2 tak dapat jauh.. tak sanggup nak berpisah dengan suami.. huhu

Mami Hadeef said...

to zaza Azlan: haha.. cikgu zaza tak pe posting ke sarawak sbb cikgu zaza kan suka terbang2 naik belon.. hahaha.. alahai, cikgu zaza neh memang jadik cikgu untuk cik syaura.. kan kan kan.. cg zaza tolong ajar kat syaura cakap, "mama, syaura nak adik lagi la.." ahha..

mengarut.. tet!

meriah ke? tu pump time period, harap2 dapat banyak lagi.. risau nak tinggalkan hadeef utk 2 hari ni, tak leh bajet dia minum brape oz.. oke, nanti kalau anim beli deep freezer, sila masuk contest lawan sapa banyak stok susu k.. hehe

Mami Hadeef said...

to ummu: wsalam.. tak tau lagi dapat mana.. hope dapat kuantan la..

Mami Hadeef said...

to nur qistina & hikari : =)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online