"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."
Oh~~ senanya Ummu Iffah dah tag aku pasal 25 facts ni, tapi punye la amik masa lama nak pikir 25 facts sampai Ummu Iffah dah bersalin tunggu jawapan aku.. haha.. oke.. oke.. bile Puan Nadxoxo pun tag jugak, macam melampau la kan aku nak tangguh2 lagi, bukan susah pun.. ^_^
25 things about Puan Haniem
1987-1997
1. Lahir pada 28 april 1987 bersamaan 2 Ramadhan 1408 H
2. Bila lahir kulit cerah la sikit, rambut pun perang, tapi bila tengok tang hidung kembang, cancel orang nak cop anak mat salih =P
3. Kecik2 sangat suke makan coki-coki sampai berak warna seakan2 coki-coki.. haha.. terus coki-coki kene boikot..
4. Mase umur 4 tahun selalu kakak sulung aku paksa aku baca Majalah Wanita.. pastu nangis2 sebab paham2 la kan satu page tu berapa patah perkataan yang ade.. kanak2 laen baca buku satu page ada 2 3 patah perkataan je..
5. Umur 5 tahun, mak hantar ke PASTI..
6. Diberhentikan dari belajar kat PASTI sebab asek menendang ustazah2 kat sane sebab nak ikut mak balik.. haha.. oke..oke2.. budak 5 tahun tendang bukan saket pun... kui..kui.. senanya, mak aku yg tak tahan tunggu aku dari kul 8-12 pm.. jadi lebeh baik tak yah sekolah.. =D
7. Umur 6 tahun terpaksa buat pengakuan "aku janji" untuk sekolah betul2 dan tak buat perangai nak balik umah dah..
8. Hasil dari pengakuan dan belajar bersungguh2 itu, dapatlah jugak no 2 untuk peperiksaan akhir tahun..
9. Masuk darjah 1 tahun 1997 dan kelas pertama adalah 1 Intan..
10. Mase aku darjah 1 la first time datang KL.. huhuhu..
1997-2007
11. Mase darjah 1, pestime wakil sekolah ke pertandingan mewarna..bukan berbakat sangat pun tapi ntah la sebab apa terpilih.. aku sorang je weh yang sekolah hantar.. =D
12. Pegi sekolah dah pakai tudung, tapi balik sekolah mesti dah tanggalkan.. mak aku cakap, "pegi muka gajah, balik muka tikus.." haha..
13. Naik darjah 2, dah terpengaruh dengan kawan2 yang tak bertudung dan terus tak nak pakai tudung pegi sekolah.. mase tu dalam kelas aku 3 orang je yang bertudung.. lepas gitau kat ayah, haruslah kene dengar ceramah free.. sejak dari tu, tak pernah tanggalkan tudung lagi =D
14. Darjah 4, 5 dan 6, sentiasa menjadi wakil sekolah dalam pertandingan melukis.. motip nak cakap?? aku ni boleh la sikit2 melukis.. huahuahua.. tapi bakat terpendam tu dah kabur dah sejak2 masuk sekolah menengah..
15. Masuk SMAASZA pada 16 Januari 2000.. mase tu tak tau yang tarikh ni adalah tarikh lahir en zubir =)
16. Mengenali en zubir pada Febuari 2001 sebagai best student SMAASZA.. kenal dia sebab program tu bercampur lelaki dan perempuan.. selama ni, kelas diasingkan lelaki n perempuan..
17. PMR tahun 2002 dan SPM 20o4..
18. Mengenali dengan lebih dekat en zubir pada Januari 2005 dan ada la sebentuk cincin en zubir hadiahkan, konon2 'bertunang' secara tidak rasmi =)
19. Masuk kolej matrikulasi negeri sembilan pada Mei 2005.. hepi sangat sebab en zubir pun dapat matrik sama, tapi alih2 dia decide nak teruskan Darul Quran..
20. Masuk UPSI pada Julai 2006 dan ditakdirkan amik Fizik..
2007-sekarang
21. Dijodohkan dengan Mohd Zubir Abdul Rahman.. ajal maut jodoh di tangan Tuhan.. sapa tau yang dulu adalah kawan tapi sekarang dah jadi suami.. =D
22. Berkahwin pada 030609.. tarikh yang tak dirancang pun senanya.. ni sebab kes tok kadi tak free pada 6 jun, akhirnya dianjakkan lebih awal 3 jun.. =)
23. Tinggal di Kuantan, Pahang dan sekarang mengajar di salah sebuah sekolah di Kuantan jugak.. alhamdulillah
24. Mempunyai seorang anak bernama Hadeef Zafran dan sekarang dah nak masuk 3 bulan..
25. Sangat bahagia sekarang bersama keluarga tercinta.. dianugerahkan seorang suami yang baik dan seorang anak yang soleh.. amiinn.. =)
2 Comments:
Masa part umur 5tahun tu sama sebijik ngn cite saya...tp saya nenek yg tunggu kt Tadika...smpaikan nenek yg xtau baca blh ikut sekali baca ABC....hehe...last2 brenti 6tahun bru sklh balik..
aniem...point no 9...takkan start sekolah mase umur 10 tahun kot...hehehe
Post a Comment