:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, July 29, 2010

Baby HZ..

Baby HZ stands for Baby Haniem Zubir.. haha.. mungkin juga pangkal nama untuk our baby's name jugak.. aku dah cukup pening kepala nak pilih nama ape, akhirnya dah decide sebulan yang lepas nak letak nama baby ape.. lagi aku fikir, lagi aku sebuk nak tekan website2 nama baby, lagi aku pening.. kau nak megren lagi ke pn anim???

Sekarang ni pun, aku rase kejam yg hamat kt baby HZ.. bukan apa, dah 2 minggu aku start sakit kepala.. eh, orang nak beranak kene braxton hicks, asal lak aku kene megren.. wakakaka.. oke, setiap hari, at least sekali aku akan nangis.. nangis tu menunjukkan memang aku tak tahan sangat dah.. yg peliknya, sakit yg amat tu kene pada waktu malam time en zubir ade kt umah.. adeke patut en zubir kate itu tanda ada jin.. jadi double megren aku dgn statement dia.. =P

Aku tahan dari nak ambik panadol, tapi bile dah menangis bagai, terpaksa jugak makan sebijik.. sebab tu aku cakap aku rase kejam yg hamat kat baby.. kesian baby.. ape aku ambik, aku makan, mesti dia rase jugak.. betul ke eh?? aku tanye abang, abang cakap tak tau la.. tapi memang panadol tak bahayakan pada baby, cuma bile bahan2 kimia masuk dalam tubuh ni, rase macam bersalah jugak kat baby sebab kami kongsi semuanya, kan baby??

Last appointment dengan poliklinik beserah hari jumaat lepas, Dr cakap tak yah scan.. adeke patut?? padahal Dr Shoba dah noted dalam buku pink kene scan.. tapi sebab hari Jumaat tu Dr lain yg conduct, jadi dia tak nak scan.. dah la dia datang lambat.. abang, nanti jgn jadi macam Dr tu tau! so, impian aku nak jumpe dengan permata hati, jantung, limpa aku ni dah terkubur.. nak tengok berat dia pun tak leh..

Jadi baby HZ, berapa kilo dah awak sekarang eh?? mesti awak makin besar kan.. kalu gerak dalam perut mama, herot kiri kanan perut mama jadinya.. tapi mama pelik, bile mama selak baju nak tengok awak gerak2, tiba2 awak diam je.. awak tau ke mama perhatikan awak ea?? dan .. bila awak gerak2 syok gila dalam perut mama, mama akan panggil baba.. bile baba nak tengok, awak pun diam.. isy, malu dengan baba ke? sian baba tau, asek terlepas je.. hihi...

Kalau awak duk diam, mama akan tolak punggung awak.. terus awak tendang2.. haha.. baba pun suke tolak punggung awak jugak.. sila jangan fikir kami suke part punggung awak tu eh.. hihi.. jadi baby HZ, mama mintak maaf tau sebab mama terpaksa makan ubat untuk kurangkan sakit.. mama akan tahan selagi yg mama mampu.. tapi baby, kalau sebelum tido mama tak makan ubat, mama akan berjaga hampir setiap jam sebab kepala yg berdenyut.. tak sabar mama n baba nak jumpa awak tau..

p/s: minggu depan kite gi jalan2 KL eh.. awak jangan sibuk2 nak kuar pulak time tu.. kite gi sonok2 dulu, teman mama interview.. kemudian, lagi 2 minggu pastu awak blh la keluar tau..


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online