:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, April 5, 2010

Dia Mr. Mama Aku..

Bes tak kalu korang penat2 balik kerja, rumah dah rapi dikemas.. makanan sudah siap dimasak.. sink dapur sudah siap dibersihkan.. apabila masuk bilik air, lantainya tiada lagi kotor2, hitam2.. baju kotor satu bakul dah dicuci... sudah tentu ianya membuatkan anda tersenyum bahagia bukan ^_^ .. suamiku Mr. Mama ku.. Hohoho..

Dulu, mase aku selalu tengok Mr Mama, aku tiada rasa apa2.. tapi, bile ianya dialami sendiri, waaaa.. ianya sangat bahagia oke apabila seorang suami gagah perkasa yang menyelesaikan semua kerja2 di rumah kecuali satu je kerja dia tak buat.. guess what??

En.suami takkan lipat baju yang sudah kering dijemuran.. sebab apa? sebab tahap setiap saiz lipatan tidak memuaskan hati aku.. haha.. bukan apa, aku tak suke la tengok nanti dalam almari ada banyak saiz lipatan.. so, dia dah surrender tak nak lipat dah selepas dikomen+dikritik oleh aku.. hihi.. tapi belum aku komen+kritik tu, dah cakap thanks daaa..

Sempena abang cuti selama 1 minggu ni, memang rase ringan sikit.. sebab segala kerja rumah yang tak sempat dibereskan, abang yang akan buat.. kalu abang tak buat pun, setelah mendapat 'arahan' dari big mom neh, ianya terus diberesin.. hohohoho..

Kadang2 kesian kat abang.. dah lama tak balik rumah dia.. sejak 16hb Januari hari itu, last kami balik Jerteh.. Ma dah siap call, bile nak balik kampung.. bukan apa, hari tu mase kami celah masa sekejap balik kampung amik stok sutera, hanya balik setakat rumah aku je.. Kuantan-Bukit Payong lebih kurang 3 jam setengah (jalan pantai).. kalu balik Jerteh, plus lagi 2 jam.. mau 5 jam setengah dalam kete..

Baru2 ni pun, abang balik kampung amik stok sutera lagi, balik setakat kampung aku je sebab abang balik pagi, lepas zohor terus tolak balik Kuantan.. aku cakap kat abang, kalu nak balik Jerteh, balik la.. aku tak kesah.. sebab aku boleh tumpang tido rumah pak cik aku utk menyenangkan proses gi skolah, tapi abang cakap, tak sunggup tinggal isteri sorang2 kat kuantan ni.. so, aku nak cakap apa lagi kan bile dia cakap camtu..

Bile cuti berlainan camni, susah la nak balik kampung sama2.. untuk abang, sabar eh.. nanti aling pertimbangkan, patut kah kite balik Jumaat ini (9hb. 4) ke Besut.. sebenarnya, balik hanya weekend, 2 hari saja amat memenatkan bagi aku ibu mengandung walaupun aku hanya duk sebelah-tak-buat-apa2, tapi penat jugak weh.. ^_~



0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online