:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, April 29, 2010

Rahsia Kebahagiaan..

Baru kawen 10 bulan, tapi dah berani nak cakap pasal rahsia kebahagiaan?? owhhh~~ aku bukan nak mencabar senior2 yang sudah berkahwin 10 tahun ke atas oke.. hikhikhik.. sebenarnya, sangat tertarik dengan comment dari Kak Zaza pasal entri yang lepas..

"....... auntie ni pulak kalau dengan husband dia, sangat la loving2..kalau jalan mana2 mesti pegang tangan macam baru kawin tau..husband dia sentiasa memanjakan dia, walaupun dah umur 50 lebih..so dia kata, petuanya, masa anak2 and suami sedang tidur nyenyak, baca surah al-insyirah ni ke ubun2 dia, lepas tu bisik doa kita kat telinga dia.. contohnya kat husband: 'semoga kita saling menyayangi sampai bila2','semoga rumahtangga kita sentiasa aman damai'........"

50 tahun masih berpegang tangan?? aku teringat dengan satu entri oleh Ustaz Hasrizal.. sila rujuk di blognya okeh.. berbalik kepada pasal rahsia kebahagiaan daripada makcik yang berumur 50 tahun ni.. sebenarnya, aku pernah dengar al-Kuliyyah hari tu pasal minda separa sedar.. dan diteliti rupanya makcik tu guna kaedah minda separa sedar.. camne minda separa sedar ni??

Menurut penceramah tu, [ada nada skema di situ], minda separa sedar ni sangat2 mempengaruhi minda anak2 atau seseorang bile dia sudah sedar balik.. fikirkan, zaman sekarang anak2 leka menonton TV sampai ke lewat malam n akhirnya dia tertido di depan TV.. time dia sudah mamai2 nak tido, dia terpandang satu iklan seksi2 yang digayakan oleh artis kite.. so, bile dia bangun pagi esok, aksi seksi2 tu la yang akan dia ingat sampai bile2..

Minda separa sedar akan berlaku pada dua keadaan di mana sebelum tido n selepas bangun dari tido.. cukuplah sekadar kite memberi nasihat yang pendek2 sudah pada suami/anak, tapi nasihat itu lah yang akan terlekat dalam mindanya bile dia sudah sedar sepenuhnya.. paham ke? sebab tu la, menurut cite makcik tu, dia akan baca surah al-insyirah tatkala sebelum tido n selepas bangun tido untuk suami n anak2nya..

So, isteri2 di luar sana n bakal bergelar isteri tak lama lagi [sebab dah nak cuti sekolah], praktiskan tips ni.. bisikkan satu doa yang ringkas untuk anda n suami anda.. suami pun begitu.. curi2 masa tatkala isteri tido, bisikkan doa untuknya.. insya ALLAH, ia akan berkesan.. pesanan penaja: janganlah bisikkan kuat2 sampai dia tersedar terus/air liur habis tersembur2.. ngeeee~~~




0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online