:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, April 13, 2010

Dia Ibu Aku..

Kadang2 aku terpikir, mulianya seorang ibu yang melahirkan kite kat dunia ni.. susukan sejak kecil, dijaga dari besar tapak tangan sehingga besar camni [tak der la besar sgt pun ^_~ ].. sanggup berjaga malam kalu anak sakit, sanggup tak makan demi untuk mengenyangkan kite.. so, apa jasa kite utk mereka?

Aku kira aku untung.. walaupun sudah besar sehingga ke peringkat sudah jadi bini orang dan naik pangkat lagi nak jadi ibu tak lama lagi, aku masih dilayan seperti kanak2 ribena.. ngeehhh~~ setiap kali sembang nge mak la, jiwa yg kusut jadi tenang.. hebatnya ALLAH anugerahkan kepada ibu kite sebuah naluri yang tiada tandingannya.. bile kite kusut dengan masalah, tak bagitau pun dia, tapi ibu kite macam tau2 je kan.. betul tak aku cakap?

Hari Jumaat ni balik kampung sekejap utk amik stok sutera baru.. alang2 nak balik, aku pun request nak makan laksa terengganu.. wahhh~ mak cakap oke.. sayang mak!!

p/s: entri ni nak disampaikan dalam bentuk penghargaan utk seorang ibu, tapi aku tak reti nak tulis ayat yg jiwang2.. ayat merapu merapan sebab mata pun dah ngantuk.. hikhikhik


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online