Dulu2 mase kat U, setiap kali join program, setiap kali tu la diadakan post-mortem.. bile masuk alam pekerjaan (praktikal nih kire kerja la kan??), join pulak post-mortem untuk peperiksaan pertengahan penggal 1 yg diadakan pada bulan 3 lepas.. sebab aku ngajo form 2, so tadi post-mortem untuk form 2 n form 4 je.. combine sekali gus.. sbb combine tu la mata ngantuk, tekak haus n perut lapor.. post-mortem start kul 2.45 n habis kul 5 pm oke.. sangat sakit bontot.. huhu..
Analisis Peperiksaan
Daripada analisa peperiksaan tu, Sains la subjek yang paling rendah peratusnya.. bilangan calon yg mengambil peperiksaan adalah 271 orang.. yang menguasai hanya 118 orang dan yang GAGAL adalah 153 orang.. sebagai seorang cikgu Sains, owhhh~~ ianya sangat mendukacitakan.. yang menguasai bukan bermaksud yg dapat A tapi adalah yang lulus.. kalau A tak ramai, tapi D yang ramai, still termasuk dalam golongan yang menguasai sebab dia lulus..
Sebenarnya, paper Sains baru2 ni dimasukkan sekali dengan soalan dari tingkatan 1 dan soalan tak dicetak dalam dwibahasa.. so, paham2 je la budak2 ni.. bukan nak stadi pun yang form 1.. lagi2 pulak, yang tingkatan 2 yang fresh2 gitu bukan nak diingatnya sgt2 plus tak paham BI.. lagi la menyumbang faktor utama dia fail.. rase bersalah plak pada diri sendiri, adakah tersampai ilmu yang sepatutnya pelajar dapat dari aku?? maklum la.. praktikal.. pengalaman tak der..
Apa yang menarik perhatian aku (maklum la, first post-mortem yang aku attend untuk peperiksaan), rupe2nye cikgu dah aim dah pelajar2 dalam kategori cemerlang.. dah tersenarai.. bila mana cikgu menyebut satu persatu nama2 pelajar yang cemerlang yang ada potensi untuk dapatkan 9A (yg amik b.arab) dan 8A, aku usap2 perut aku.. ya ALLAH, golongkan lah anakku nanti dalam golongan orang2 yg cemerlang dunia n akhirat..
Mesti sejuk perut ibu mengandung jika mereka dengar nama anak mereka disebut2 oleh cikgu.. teringat pulak aku pada zaman persekolahan.. mesti dulu, nama abang selalu disebut time post-mortem.. nama aku jauh sekali, tak glemer langsung.. ngeee~~~ baby, nanti ikut baba tau.. jadi cam baba.. cemerlang cam baba.. pernah sekali kertas jawapan objektif baba jadi lubang2.. cikgu Fizik kami cakap, "sorry zubir.. saya jadikan kertas jawapan awak sebagai skema jawapan untuk nak tanda kertas kawan2 awak.." ... baby nak tau reaksi baba camne? sengih2 cam kerang busuk.. haha..
Bile dah sebut nama2 pelajar cemerlang, cikgu2 kene gitau pulak pelajar2 yang didapati bermasalah n membawa kepada kemerosotan peratus akademik sekolah.. sekali lagi aku usap perutku.. ya ALLAH, mintak jauh lah anakku dari tergolong dalam golongan pelajar2 yg bermasalah di sekolah.. nauzubillah.. takut sangat rase..
Satu persatu nama budak bermasalah yang disebut.. pelajar tingkatan 2 n 4.. kadang2 rase kesian, nama pelajar perempuan pun ada.. bermasalah kerana selalu ponteng tak masuk kelas atas sebab ikut masuk kelas pakwa dia.. ya ALLAH, dunia sekarang.. mana perginya maruah seorang wanita.. kadang2 aku pernah terserempak dgn dia ni, ke hulur ke hilir dengan 2 lelaki lain.. isy~~ tak malu ke??
Disiplin budak tak usah nak cakap la.. juga dibincangkan time post-mortem tadi.. kami yang sedang mengantuk time post-mortem ni tibe2 tergelak dengan sorang cikgu ni hanya kerana dia sebut perkataan 'Subhanallah'.. dia cakap, "bile saya nak tulis dalam buku pengesanan pelajar tu, saya tak tau nak describe camne disiplin kelas ni.. sampai saya tulis dalam buku pengesanan ni SUBHANALLAH.. nak menggambarkan dasyatnya kelas tu.." haha.. memang pun.. aku pernah relief kelas tu n sememangnya dasyat yg amat..
Penyelesaian
Cikgu2 mula mengusulkan cadangan camne nak overcome this problem.. aku tertarik dengan kata2 PK HEM.. gantung sekolah, bile masuk balik, sama je perangai nya.. dibuang sekolah, alih2 dorang gi merayu kat JPN, dapat balik masuk sekolah.. cikgu pulak yang PANAS~~ kalau cikgu je yang bertindak, tapi mak ayah tak amik kesah, tak kan selesainya.. YES.. totally agreed dengan dia.. pokok pangkalnya, ke mana hilangnya sifat amanah ibu bapa untuk menjaga seorang permata negara???
Penyelesaian sementara daripada pihak sekolah : terpaksa pecahkan geng2 bermasalah ni n masuk ke kelas lain.. maksudnya, setiap 2 orang akan masuk kelas pertama, kedua n ketiga.. pelajar tingkatan 1 dah berkuatkuasa, pelajar tingkatan 2 by next week kot.. mintak2 menjadi cara ni..
0 Comments:
Post a Comment