:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Sunday, November 8, 2009

Ujian Dunia, Ujian Akhirat?

Ujian dunia, ujian akhirat camne? Hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui..

[Entry monolog dalam diri]

Mode sedih sebab demam time exam.. terasa perit untuk nak habeskan sisa waktu bergelar mahasiswi.. sungguh! bermula dengan permulaan semester 7 lagi, aku ade masalah dengan tesis.. then, diselangi dengan ujian ALLAH tentang penempatan praktikum.. pastu pulak, dah selesai yang itu, ujian ALLAH masa nak jawab exam.. aku jadi BLUR.. otak kosong mase tengok paper bagaikan baru semalam sedar dari mimpi.. then, ujian ALLAH bertambah lagi bile tengok carry mark untuk subjek Quantum.. rendah sangat carry mark tu..

Mungkin selama ni aku alpa dalam mengejar kebahagiaan dunia.. aku lupa pada-NYA yang segala2 berlaku adalah datang dari DIA.. bile aku terlampau kemaruk dalam dunia yang sementara, aku diberi ujian oleh -NYA yang bertimpa2..

Terima kasih ya ALLAH.. terima kerana mengingatkan hamba-MU yang hina ini kini sedang jauh dari-MU.. terima kasih atas ujian ini menyebabkan aku duduk termenung di atas tikar sejadah mengingatkan dosa2 yang lalu.. terima kasih ya ALLAh kerana ujian-MU ini mampu mengalirkan air mataku tanda aku ni hamba yang kealpaan.. sungguh! ujian yang bertimpa2 ini menyedarkan aku dari mimpi yang sementara..

Aku tidak mengharapkan sesuatu balasan dari-MU.. cukuplah sekadar dosaku diampunkan dan diberi peluang untuk mendekati diri-MU..

p/s: aku jarang demam yang berpakej.. maksudnya demam sekali dengan selsema dan batuk.. besenya demam aku setakat sakit kepala, telan panadol n tidor dan bangun pagi esok tu terus baik dengan izin-NYA..

p/s 2: sedih bile BLUR time exam.. BLUR kali kedua sejak dari matrix dulu.. BLUR yg pertama terjadi mase aku jawab exam kt matric..

p/s 3: carry mark aku jarang rendah.. bukan nak memuji atau angkat bakul sendiri.. tapi bile sem ni dapat carry mark rendah, sedihnya.. tak leh bayang result sem ni camne..


8 Comments:

Cik Tips Online said...

er.. ye ye.. ujian tu macam2 bentuk.. ade yang susah ade yang senang.. masa susah pun ujian..masa senang pom ujian.. kadang2 kita tak perasan.. ujian masa senang lagi susah dari ujian kesusahan.. dakpe..dakpe.. rilek beb.. anggap itulah bahagian aniemz..baru2 ni..akak nak tulis tentang cerita hidup akak yg diuji berbagai2 dari kecik anak dara sampai dah kahwin beranak pinak.. tapi dah karang2 asik tergendala... lama2 akak pk.. tak payah laa.. sebab.. akak teringat satu benda jer.. yg memotivasikan akak selama ni iaitu ungkapan dari buku La Tahzan... " Jikalau kamu fikir kamu susah..ade orang lagi susah daripada kamu".. Ok dek.. ? Jangan sedey ye.. ingat saja bahagian masing2.. kalau kita dah cuba macam mana pun tapi jadi lain.. pandanglah dari segi..pasti ade HIKMAH ..akak selalu fikir begitu.. dan Allah sentiasa bersama orang yang sentiasa berfikir tentangNYA..

miss jue said...

anim,
jue pnh rs pe yang anim rs...
rs sedih tak terkata bila diri kita dah x mcam diri kita yang sebenar [faham x??ayat belit2]
tp hidup ni x selalu kita kt atas dan bukan selamanya kita kt bwh.
bila kt atas, kena bersyukur sbb ada peluang utk berada di atas tp bila kt bwh kena ada rs 'cemburu' dengn org kt atas... persaingan yang SIHAT itu penting.
pe2 jgn sdh2 sal carry mark yang rendah. dan jue pun blank gak masa exam ari tu... sedih... rs cm nk nangis je dlm hall tu tp sabar.
sebab pe yang berlaku dalam hidup ni adalah ujian dr-Nya dan dia xkn uji kita kalau kita x mmpu.
insyaAllah anim boleh...
all d best for your future dan semoga menjadi pendidik yang penuh dedikasi..

p/s: guru sebenar bukan sekadar mengajar tetapi dia juga mendidik
[mengajar dan mendidik lain kn???]

ANIEMZ said...

aniem to cik tips online:

thanks akak.. mekaseh banyak2 sebab akak jadi pengomen setia blog anim ne n at the same time, banyak kata2 akak yang mampu meningkatkan motivasi anim..

betul2.. ini bahagian anim.. dan anim kene terima.. hubby anim pernah cakap, dia sentiasa diberi ujian dengan kejayaan.. bile dia kate dia lagi susah nak lalui ujian ni sebab ramai rata2 yang berjaya tidak mensyukuri rezeki ALLAH itu sebaliknya berbangga dengan pencapaian diri..

Tapi orang yg diuji dengan kegagalan akan terus ingat pada ALLAH.. tul tak? erm, anim pasti ade hikmah disebaliknya.. nway, mekasih kak!

p/s: akak, tulis la pengalaman akak tu.. bulih jadikan panduan utk anim..

ANIEMZ said...

aniem to miss jue:

erm, jue lagi terer dari anim kan.. selalu dekan.. rendah diri rase.. huhuhu.. anim phm maksud jue tu.. kite dh jadi 'orang lain' dh.. tak mcm dulu2.. tapi betul, sifat cemburu pada yang berjaya itu mesti ada.. kalu tak, diri sendiri takkan boleh motivasikan diri..

a'ah.. pengajar dengan pendidik lain.. pengajar hanya menyampaikan content sahaja, tapi pendidik mendidik pelajar supaya menjadi terpelajar.. nway, mekasih jue..

fana said...

anim, jgn sedih2 k..kiteorg ader..

ader msa lagi..

nnti kita study sm2..tau..

ANIEMZ said...

aniem to fana:

thanks =)

miss jue said...

anim, semua manusia tu sama je sebenarnya. yang beza antara sesama manusia antra nak atau x... kdg2 kita nak, terus dapat. kdg2 usaha berganda2 pun x dapat.
cam anim kata, hubby anim diuji dengan kejayaan tapi kita bukan diuji dengan kegagalan cuma bukan rezeki kita lagi..
mungkin bukan rezeki kita lagi masa belajar ni, maybe dah keje nti ada rezeki utk kita...
Allah tu Maha Adil kan???

ANIEMZ said...

aniem to miss jue:

betul3x [suara upin ipin]..
Allah itu Maha Adil.. rezeki kite DIA yang tetapkan.. kadang2 pada hari tu, kite nak, orang lain dapat, tapi kite tak dapat.. hari lain, orang lain nak, tapi dorang tak dapat, kite yang dapat.. ingatkah kite bahawa 'kejadian' yang berlaku itu menunjukkan DIA Maha Adil??

kite je yang tak sedar kan sebab kite selalu ingat apa yang kita tak dapat menyebabkan kite menjadi hamba yang kurang bersyukur.. oohhh~ insaf2.. masih lemah diri ini sebagai hamba-NYA..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online