:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, November 21, 2009

Babai Untuk Semua..

Esok aku balik Kuantan..yeay! yeay! [sambil buat tangan mcm model iklan sabun Top]..

Babai UPSI..

Babai kawan2 UPSI..

Babai kawan2 kat rumah taman universiti no 20

Babai pensyarah2 UPSI..

Babai semua.. aku mintak maaf banyak2 segala kesilapan aku oke..

*************************************************************************************

Aku akan kembali ke UPSI bile nak konvo nanti... tahun depan bulan 8 aku akan konvo dengan izin-NYA.. tak sabo nak konvo, tak sabo nak posting.. huhu.. aiii cik puan muda anim, praktikal pun tak lepas lagi..kuikuikui.. tapi aku rase korang tau kot nape aku tak sabo utk konvo.. =) ..kalu tak tau, buat2 tau jerk ye..


Segala kelewatan nak hapdet blog neh aku minta maaf sangat2.. tengah mencuba pujuk rayu [sambil menggoda manja =) ] si hubby untuk beli broadband.. huhuhu... bukan abang tak nak beli sebenarnya, tapi sebab lain.. memandangkan setiap bulan bil api rumah kami sentiasa mendapat belas ihsan kerajaan Malaysia dan bil air yang tidak pernah lepas dari RM 4, so total sewa rumah RM 450 plus broadband hanya lebih kurang RM520 je .. nak tau sebab ape?


Satu je sebab yang bukan besar pun aku rase, tapi besar bagi abang.. sebabnya, abang takut kalu ade broadband kat rumah, aku tak masak tengah hari utk dia.. asek duk ngadap blog je kerjanya.. kuikuikui ^_~



Thursday, November 19, 2009

Berita Terbaru

Sekarang aku tengah jadi suri rumah sepenuh masa... so, segala kelambatan utk apdet harap dimaafkan.. huhu.. rutin hidup baru aku sejak di Kuantan ni..
6.00 am - bangun semayang subuh berjemaah..
6.30 am - gosok baju hubby utk gi kelas..
6.45 am - sediakan sarapan utk hubby..
7.45 am - mengiringi hubby ke kete..
8.00 am - kemas rumah (sapu lantai etc)
12.00pm - sediakan lunch..
1.00 pm - undefined..
5.00 pm- angkat baju..lipat baju..
6.30 pm - tercongok depan TV tenok Cinta Balqis..
8.00 pm- sediakan makan malam..
9.00 pm - makan..
10.00 pm- hubby study, aku tido..

p/s: sape2 ade bibik kt rumah, boleh la compared jadual aku dengan mereka.. tapi nikmat menjadi isteri 24 jam di sisi suami.. nampak sangat abang bahagia bile sarapan pagi terhidang atas meja, balik tengah hari, boleh lunch same2.. bile dia balik, isteri tunggu depan pintu.. tapi kan bang, kalu abang balik petang bawak balik bunga ros, romantik kan?? hikhik



Friday, November 13, 2009

Apdet..

Mangun..mangun..
Cikgu nak wat announcement kat sini..
Oke..
Sekarang cikgu sudah tak jadi anak kandung..
*
*
anak kandung ape yg cikgu maksudkan?
*
*
Cikgu maksudkan yg cikgu bukan lagi anak kandung suluh budiman..
*
*
Siapakah suluh budiman tu cikgu?
*
*
Suluh adalah satu perbuatan yg kite sedang berupaya membuatkan tempat itu menjadi terang dan budiman adalah lelaki budi..
*
*
Maksudnya, cikgu bukan anak kandung perbuatan yang dilakukan utk menerangkan oleh lelaki budi? begitu kah maksud cikgu? %$#@^*
*
*
Apa punye ngokngek la kamu ni.. haha.. suluh budiman itu adalah UPSI.. so, cikgu bukan lagi anak kandung UPSI.. anak tiri saja lepas neh sebab cikgu tak dijemput lagi masuk dalam kawasan UPSI ni..
*
*
Maksudnya, cikgu kene buang daerah?
*
*
[cikgu hilang sabar..] ~ bukan sayang intan payung, cikgu dah tak perlu belajar kt UPSI lagi sebab cikgu akan jadi cikgu sem depan.. kalu tak, kite takkan jumpe kan kan kan kuasa 100????
*
*
A'ah la cikgu.. kenapa saya neh ngokngek sungguh ye..
*
*
Tak pe.. cikgu tak kesah.. cikgu tau kamu tengah mamai sekarang.. tengok jam dah pukul 1:44 am.. dah2, pegi tido ye..



p/s: Aku dah kena sound nape tak apdet blog.. isy, rupenye kamu sume suke jugak ye baca aku punye blog.. huhu..

p/s 2: exam dah habes.. gumbira2.. aku jadik bibik indon tadi... kemas barang utk balik kuantan..



Monday, November 9, 2009

1 Paper Lagi..

1 paper lagi.. yuhuuuu...yippie*yippie.. [sambil melompat2..]

walaupun aku girang n hepi tahap tak sedar diri, ini tak bermakna aku bulih jawab 100% exam Energy Physics tadi.. bese la, bak kata Eah, tengah-tengah.. haha..

Sem ni sem paling sikit jam kredit .. hanya 12 credit hours tapi subjeknya sume bagaikan nak bunuh orang.. orang Terengganu kata "killer paper" haha.. orang putih kata, "subjek yang makan hati berulang jantung.." tapi jantung pisang jika dicicah budu, ohhhh~ maveles.. huhu..

Mase daftar semester 7 dulu, abang cakap kat aku,

"12 credit hours je?"

"Yela.. dah amik banyak2 sem2 dulu, ringan2 sikit sem ni.. "

"Kalu camtu boleh la skor 4 flat"

"4 flat? *@#$%* "

Mula2 bile abang cakap camtu, aku pasang angan2 gak.. tapi sebab aku nih suke angan2 tinggi berbanding dengan usaha, so 4 rata itu sudah kabur2 dari pandangan aku.. tambah2 pulak dengan BLUR mase exam, carry mark rendah, so lagi la tak nampak batang tegak nombor 4 tuh.. tapi jangan riso, aku sudah boleh terime hakikat itu sahaja bahagian aku untuk sem ni..

Mekaseh la pada sume yang bantu pulihkan semangat aku lepas down hari tu.. yg tak putus2 tinggalkan komen.. untuk abg jugak, TQ sayang sebab motivasikan aling semula.. so, sekarang hanya tinggal 1 paper.. tak sabo nak habeskan sem ni.. moving to Kuantan pulak.. yippie*yippie..

p/s : entri merapu meraban oke..

Sunday, November 8, 2009

Ujian Dunia, Ujian Akhirat?

Ujian dunia, ujian akhirat camne? Hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui..

[Entry monolog dalam diri]

Mode sedih sebab demam time exam.. terasa perit untuk nak habeskan sisa waktu bergelar mahasiswi.. sungguh! bermula dengan permulaan semester 7 lagi, aku ade masalah dengan tesis.. then, diselangi dengan ujian ALLAH tentang penempatan praktikum.. pastu pulak, dah selesai yang itu, ujian ALLAH masa nak jawab exam.. aku jadi BLUR.. otak kosong mase tengok paper bagaikan baru semalam sedar dari mimpi.. then, ujian ALLAH bertambah lagi bile tengok carry mark untuk subjek Quantum.. rendah sangat carry mark tu..

Mungkin selama ni aku alpa dalam mengejar kebahagiaan dunia.. aku lupa pada-NYA yang segala2 berlaku adalah datang dari DIA.. bile aku terlampau kemaruk dalam dunia yang sementara, aku diberi ujian oleh -NYA yang bertimpa2..

Terima kasih ya ALLAH.. terima kerana mengingatkan hamba-MU yang hina ini kini sedang jauh dari-MU.. terima kasih atas ujian ini menyebabkan aku duduk termenung di atas tikar sejadah mengingatkan dosa2 yang lalu.. terima kasih ya ALLAh kerana ujian-MU ini mampu mengalirkan air mataku tanda aku ni hamba yang kealpaan.. sungguh! ujian yang bertimpa2 ini menyedarkan aku dari mimpi yang sementara..

Aku tidak mengharapkan sesuatu balasan dari-MU.. cukuplah sekadar dosaku diampunkan dan diberi peluang untuk mendekati diri-MU..

p/s: aku jarang demam yang berpakej.. maksudnya demam sekali dengan selsema dan batuk.. besenya demam aku setakat sakit kepala, telan panadol n tidor dan bangun pagi esok tu terus baik dengan izin-NYA..

p/s 2: sedih bile BLUR time exam.. BLUR kali kedua sejak dari matrix dulu.. BLUR yg pertama terjadi mase aku jawab exam kt matric..

p/s 3: carry mark aku jarang rendah.. bukan nak memuji atau angkat bakul sendiri.. tapi bile sem ni dapat carry mark rendah, sedihnya.. tak leh bayang result sem ni camne..


Friday, November 6, 2009

Aku Rindu..

Rindu 1:

~ aku rindu rumah aku.. kes nak lepas geram kat abang sebab sekarang aku dah start nak demam.. selesema yang tak mengada2 sudah mula berjinak2, main suksek suksek dalam hidung aku, so aku cakap kat abang aku bukan demam rindu dia, aku demam rindu rumah aku.. haha.. fokus pada 2 pasu [pasu ke? belasah je] kat tepi TV tu.. aku bukan suh tengok orang berpacaran dalam TV tuh.. huahuahua.. bunga2 itu digubah oleh abang.. clap..clap.. hasil gubahan seorang doctor-to-be.. lelaki pulak tu.. ingat senang ke nak tengok hasil kerja keperempuanan yang dihasilkan oleh seorang lelaki yang tangannya asek main dengan jarum, gunting, n stetoskop..

Bila aku sampai rumah hari tu, aku tanye;

"abang ke yang buat?"

Abang jawab;

"horlah.. dah aling letak pasu kosong tu tepi TV.. abang letak la bunga.."

Rindu 2:


~ rindu kat abang jugak.. [rindu kat abang sebenarnya =) ].. gambar neh diambil mase kitaorang tengah gonyeng [kunyah] kepok lekor.. gambar kat taman shahbandar.. romantik gitu berdua-duan.. haha.. muke dia hepi sebab 'makwe' dia sudi teman gi taman.. dah beli kepok lekor, lupe beli air.. alih2, bile kitaorang bangun nak gi beli air, ade 2 pasang couple amik port kitaorang.. kacau daun sungguh! lalala~~


~ ini aku.. kak nor kate, bile tengok gambo kawen aku, dia kate aku macam kawen paksa.. sebab kak nor kate muke macam belasan tahun, tapi muke zubir matured.. sehingga hari ni aku sukar nak meyakinkan orang yang aku dah kawen.. tunggu gak pencegah maksiat datang time aku 'dating' dengan abang.. bulih tayang kad e-nikah aku neh.. haha..~ lalala~~


Kadang2 Aku Terharu..

Tajuk entri macam hati berduka lara jerk.. hakikatnya sekarang aku dilanda virus L.A.Z.Y.. haha.. malas weh.. malas nak study.. oke, diagnosis penyakit sudah, ubatnya ape??.. akhirnya aku rase ubat untuk penyakit aku neh adalah dengan berjumpe dengan buah hati nan satu nun kat Kuantan.. oh abang~~ [jumpe abang pun belum tentu jadi rajin.. haha]

Bile mesej abang cakap tak der mood nak study, kan dh kene ceramah..banyakckp mujur terpisah jauh.. kene ceramah pun melalui mesej je, so tak der la kene tadah telinga.. hikhik.. jangan marah sayang ye.. kene pulak subjek yg memerlukan kekuatan otak utk menghapal, lagi la aku lemah.. satu slide aku baca 1 jam.. haha.. baca sambil tengok TV, ape kejadahnya yg dapat..

Pastu, bile aku dah start bosan, aku bukak blog.. aku blog walking blog orang lain.. aku study setengah jam, aku baca blog berjam2.. aku sarankan setiap lecturer kene buat blog n masukkan content fizik dalam tu supaya nanti bile post mortem, bulih gitau result anak2 murid saye semua excellent.. nak tau rahsianya? saya bukak blog utk mereka.. haha..

Bila blog walking, aku jumpe banyak gak blog yang link kan blog aku dalam blog mereka.. ye, aku sangat terharu sebenarnya.. mekasih banyak2 pada rakan2 bloggers sekalian yang sudi sediakan sedikit ruang utk letak link aku dalam blog mereka.. apa yang lagi terharu, ade yang link kanblog aku bawah "mom's story" .. waaa, sangat teruja sambil berpikir2 bile aku nak cite pasal baby pulak neh.. asek publish nama abang je kat sini.. hikhik.. abang pun dah malu2.. sengihnampakgigi

So, nak senangkan cite.. atau nak mudahkan kerja aku atau dengan kata mudah nak membalas persahabatan dalam alam maya neh, aku just jadi follower blog mereka.. aku malas dh nak updet link sebenarnya dalam blog aku neh.. tapi kalu aku rajin, aku buat.. haha.. oke la.. tengok jam dah kul 11 pm.. aku janji dengan abang nak study kul 11pm.. aku kan isteri solehah, wajib patuh pada suami.. hahaha.. ayat aku sokmo tak leh blah.. sila jangan muntah kalu baca oke..gelakguling



Hikmahnya Ada...

Aku baru balik dari taklimat praktikum.. dan kat sini aku nak wat 'case presentation' la.. haha.. amik term medic.. asek abang je yang sebut nak wat CP, nak wat CP (case presentation), so, aku nak wat CP aku neh kat blog terchenta.. perhatian: CP aku lain dari CP students medic oke..takbole

Setelah meneliti kes2 terdahulu yang aku lalui, dan mendengar dengan teliti taklimat praktikum tadi, meh aku bentang kan kat sini:

  1. Sebenarnya lepas kawen, kami decide nak guna implanon (salah satu kaedah merancang kehamilan).. tapi setelah dipikirkan betul2, plus minus side effect yang akan muncul sebab kan mende tu, so, aku tolak 100% dan cakap kat abang, aku 'TAK NAK' pakai.. haha.. bile tak pakai pulak tu, aku ni meroyan pulak nak baby.. dan 1 word yang selalu kuar dari mulut abang adalah 'SABAR'.. oke, aku sabar.. bile melepasi bulan yang dijangka selamat untuk peknen, ALLAH masih tak 'bagi' lagi.. so, aku terpikir la mesti ada hikmah..sigh
Apa yang aku nak cakap kt sini adalah, bile aku dengar taklimat praktikal tadi, baru lah aku tau amik cuti lebih 6 hari akan di kira extend semester walaupun ada alasan kukuh dan MC dari doc..maknanya, nak cakap kat sini, kalau lah aku peknen, tetibe alahan kuat tahap melampau, kena tahan ward samapi seminggu ke, alamatnya gud bye utk kawan2 yang akan konvo tahun 2010.. huhu.. wat mase neh, aku belum peknen lagi la.. tak tau la lepas tulis entri neh, terus peknen, itu ada hikmah lain la.. ALLAH buat 'sesuatu' itu ada sebab dan hikmahnya.. oke?
  1. Mase senarai nama praktikum kuar yang first2 sekali tuh, aku tak dapat Kuantan.. sungguh2 aku nangis sampai naik tensen level 10.. hangin satu badan kuar dari tubuh aku melepaskan diri.. 2 3 hari badan nak demam.. 5 kali naik turun tangga ULM, baru dapat.. rupenye ALLAH nak bagi something yang menghiburkan utk aku..menari
Apa aku nak cakap kat sini, tadi aku cek nama penyelia praktikum aku.. ya ALLAH, sukanya hati bile dapat Dr. Bakar sebagai penyelia praktikum.. kalangan kami hanya panggil dia sebagai Dr. Burn.. Dr ni adalah Dr yang gelemer dengan senyum, tak reti nak marah student, nak sesuatu yang mudah je.. apa yang paling syok dengan Dr Burn neh, dia memang caring la dengan student.. pernah la satu hari tu, aku kelas dengan dia..then, ade student final sem nak wat survey.. boleh buat dorang datang lambat.. lambat setengah jam.. Dr Burn siap tunggu kat pintu.. selagi tu tak datang, selagi tu tak nak ngajar.. bile dorang datang, sengih je.. langsung tak marah, tak bebel.. suke2..gatai maknanya nak cakap, Dr Burn tak banyak karenah..

p/s: tahniah untuk abang sebab lulus exam untuk posting surgery..clap..clap.. tepuktangan abang nak hadiah ke? tak yah la ek.. dah besar dah.. nah, amik warming kiss dari aling walaupun dari jauh..love


Thursday, November 5, 2009

Abang, Aling Ada Dosa Dengan Abang Ke?

Soalan tak leh blah je.. haha.. soalan ni boleh diajukan jika manusia itu tergolong dalam manusia suci tanpa dosa jerk! celebrate itu soalan aku untuk abang, bukan soalan classical mechanics utk aku.. Itu je soalan first yang aku tanye lepas habes exam.. Do u know why aku tanye soalan itu kat abang? sebab aku BLUR tahap gaban dalam exam.. ye, aku jadi pen'BLUR' tadi mase exam wahai tuan-tuan dan puan-puan..

Disebabkan BLUR, aku terfikir something..

'isy, aku neh ade dosa yang tak termaaf ke oleh abang? nape sampai tak leh wat langsung neh?'

Lalu, aku teringat yang abang pernah cakap kt aku mase kitaorang baru2 kawen.. bese la, mase tu baru tukar status, mane nak ingat 'orang sebelah' atas katil aku.. haha.. abang cakap:

"kalu aling lupe nak mintak maaf sebelum tido pun, abang dh maafkan dah..jangan riso lah"

So, nape aku tak leh jawab tadi.. sedihnya.. nangihnangihnangih .. aku pandang orang sebelah kanan, dengan halaju 0.05 m/s dia menulis jawapan.. tensen2.. aku, dari tadi otak beku tak mo cair2.. pandang depan, pun same jugak.. laju jerk nulis jawapan.. nasib sebelah kiri aku neh dinding.. so, aku pandang dinding lagi besh..

Memang ada kawan2 aku cakap tak leh jawab.. tapi aku tau, dorang bukan BLUR.. blur dan tak leh jawab adalah sesuatu yg berbeza.. Langrange's equation pun aku tak leh wat sedangkan aku sangat 'laju' buat latihan tajuk tu semalam, aku sangat mahir jawab soalan asemen tajuk tu..

Bile aku terpikir balik, soalan rocket disebabkan aku BLUR, aku tak wat integration untuk cari velocity.. soalan langrange's equation, aku salah tulis negatif.. soalan velocity dependent force, aku sesuka hati tambah 1 per untuk overall jawapan tu sedangkan mid term boleh je jawab.. soalan projectile motion aku langsung tak leh show ape yg soalan tu nak.. so, boleh bayangkan tak aku maybe dapat markah besar tahi hidung semut jerk.. tu pun kalu semut ade tahi hidung.. haha..

Jadi, kesempatan yang ada ini, aku minta maaf pada semua.. rakan2 bloggers, silent reader n pembaca setia blog ni.. mungkin aku ade terkasar bahasa dengan korang, mungkin aku pernah wat korang terkecik hati.. ampun dan maaf dipinta.. doakan untuk aku ye.. lagi 2 papers..

p/s: bile aku baca entri fana yang ini, aku jadi cool sikit..



Tuesday, November 3, 2009

Doa Itu..

" Ya ALLAH, permudahkanlah hambaMu ini menduduki imtihan duniaMu.. jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu.. dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMu.. terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMu.. belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMu.. amin."

Thanks to rumate aku.. dia bagi mesej ni mase aku nak present tesis.. dan saje aku nak abadikan dalam blog neh.. jika doa ini dibiarkan dalam mesej,lame2 akan delete.. jika doa ini diabadikan dalam blog, insya ALLAH selagi blog ni tak di delete, selagi tu la akan wujud sampai bile2..

Kepada kawan2 yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, selamat menduduki peperiksaan akhir semester.. jadikan semester ni lebih bagus daripada semester lepas.. sebenarnya pesanan utk diri sendri =)

Monday, November 2, 2009

Tahniah..

Sekarang minggu exam..1 buku pun aku tak sentuh lagi.. penat sangat2 tubuh ni ngantuk.. travel hari Jumaat dari TM ke Kuantan.. petang Jumaat balik ke Trg.. duk sampai hari ahad.. hari ahad balik ke Kuantan.. hari isnin pagi balik TM.. hajatnya terus nak print tesis bile balik TM, tengok2 margin lari pulak.. tak ikut spesifikasi tesis..adoiyya.. doa

Itu je yg aku nak cite.. siul haha.. ape tahniah tu? sebenarnya tahniah untuk dua perkara.. aci tak aku tulis tahniahs..

Tahniah 1:

Tahniah untuk kakak kedua aku yang telah dipanggil oleh ALLAH ke 'rumah'-NYA.. maksudnya pegi Mekah la.. aku balik Trg pun sebab nak jumpe dengan dia la.. aiseh, rasa sedih sangat masa peluk dia.. sebak pun ade.. mujur aku tak sempat hantar ke airport.. kalu tak, lagi bercucuran air mata.. ohhh~aku sangat senang mengalirkan air mata.. nangih mase buat tahlil antara keluarga, baca yassin pun aku dh sebak.. tapi cover beb.. takkan aku nak nangis sorang2.. haha..

Tahniah 2:

Tahniah untuk abang ipar aku iaitu abang kelima zubir kerana telah selamat menyambut ketibaan mujahid Islam di dunia ini, insya ALLAH.. pengalaman kak salmi mengandung sangat la perit.. rasenye 3 bulan pertama tu selalu masuk ward.. sampai kan bulan kelima pun ade lagi kes kene tahan ward.. now, dh selamat jadi ummi pada hari ni.. bang, kite bile lagi?? hihi..sengihnampakgigi

Tahniah tambahan:

Tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya menamatkan zaman pangajian di muzium pendidikan ini.. haha.. first time aku gune istilah ni.. saje nak war-warkan, kampus utama UPSI sudah dimaktubkan sebagai muzium pendidikan.. aku jadi warga muzium wehh..jangan tak tau..takbole cuma, sekarang tunggu habes exam 3 papers lagi.. hoho.. juga, tahniah kepada fizikal aku yang telah kuat mengharungi perjalanan berulang alik dari TM-Kuantan yang bukannya dekat okeh.. lepas ni no more beli tiket ke Kuantan lagik.. yahuuuuu!!menari

p/s: ada mase 2 hari setengah untuk pulun baca Classical Mechanics.. ya ALLAH, berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ni.. berikanlah yang terbaik untuk ku..


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online