:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, March 10, 2009

Bz dan Bz dan Bz...

Bz.. itu je yang mampu anim luahkan.. tapi terasa kosong andai tiada entri di post kan dalam blog ni.. walaupun tiada pembaca yang selalu menjengah blog ini, tapi dah terasa 'wajib' untuk update blog banyak kali sehari atau sekali sehari atau dua hari sekali.. hehe.. walaupun banyak kerja yang perlu dibereskan, tetapi syukur alhamdulillah, setiap langkah kerja yang anim buat dipermudahkan oleh ALLAH.. mungkin kerana doa dimakbulkan..

Disebabkan minggu ni anim bz, so entri tak de laa panjang2 sangat.. just coretan hati sahaja.. tetapi ade bagusnya anim selitkan sekali kalam-kalam Allah untuk pengisian rohani kan.. teringat anim dengan perbualan sahabat pada petang tadi.. dia bercerita tentang kisah kakaknya dan calon suami kakaknya yang terlalu merendah diri..

Masa anim sedang membelek tafsir Al-Quran, terjumpa laa satu ayat tentang perkahwinan.. surah An-Nur, ayat 32.. ayat itu bermaksud:

" Dan berkahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-NYA. Dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui.."

Ya.. betul.. ALLAH Maha Penyayang dan Maha Pemurah.. ALLAH akan membantu setiap hamba yang berusaha untuk ke jalan yang diredhai-NYA..

Sekadar renungan...

Salam Maulidur Rasul..

Salam Maulidur Rasul pada semua pembaca blog.. sentiasa ingatlah pada Nabi Muhammad kerana Nabi sangat sayangkan kita sehinggakan pabila nyawanya hampir di tarik oleh malaikat, 3 kali perkataan "ummati" disebut oleh Nabi Muhammad.. kasihnya Nabi pada kita..

Monday, March 9, 2009

Tag Dari Syam dan Syidah..

2 3 hari tak bukak blog ni.. masuk hari ni cek kat shoutbox, ade 'saman' dari kembaramursyid..so, kepada yang berani meng'tag' anim ni, inilah jawapannya.. sebelum tu anim gitau dulu apa yang di'tag' oleh kembara mursyid ni..

cara2nya :

1. Pergi ke tempat/partition yang anda simpan gambar.
2. Terus ke folder keenam.
3. Kemudian,pilih gambar yang keenam dalam folder tersebut.
4. Taruklah gambar tuh dalam blog anda dan ceritakannya.
5. Cabar enam orang untuk menjawab tag anda.
6. letakkan link mereka dalam blog anda sebagai tanda yang anda mencabar mereka...

So, gambarnya.. ta daaa.. ala.. folder keenam ade 4 gambar je dalam tuh.. camne ye kembara mursyid?? hehe.. tak pe laa.. anim amik ke folder 5 dan ke 7 laa.. tapi gambar yang ke6 dalam folder... halal eh?? hehe..

Sebelum anim terangkan pasal gambar ni nak cite sikit laa.. laptop ni sebenarnya hak milik abang anim..so, banyak laa gambar2 dia yang dia amik.. gambar ni dari folder kelima dan gambar ke6 dalam folder tersebut..gambar di atas permandangan kawasan tempat rumah sewanya kot pada waktu malam.. kawasan Pantai Dalam area dekat UM.. indah kan.. waktu malam kan.. mesti laa lawa..

Gambar ni dari folder ketujuh dan gambar ke6 dalam folder.. lawa kan?? indahnya ciptaan Yang Esa.. abang anim amik gambar bunga ni kat kawasan halaman rumah kami.. mak anim memang suka tanam bunga2 ni dan ini adalah salah satu pokok bunga yang dia dah selamat tanam.. hehe.. abang anim ni suke capture gambar dan memang hobi dia kot.. sejak ade camera baru ni, suke anim2 gambar dan kami adik beradik laa peserta2 model dalam gambar2nya.. tak kami adik beradik, anak2 buah.. hehe..

So, encik kembara adakah saya menjawab tag anda?? hehe.. so, anim tak tau laa pulak nak tag sape kan.. ni kot orang2 yang bertuah..

  1. Farah
  2. Salwa
  3. Pijah
  4. Tihah
  5. Izzah
  6. Syu
Selamat menjawab tag anim ye..

Sponsor Dari Penaja 4 ..

Sebelum anim dan kak maa ke Nilai 3, anim dapat mesej dari abang anim.. Berikut adalah isi mesej yang dihantar itu..

"Kakak2 sponsor apa.. tanye dulu ni takut clash pulak dengan dorang..maa sponsor apa?"

Huhu.. itu laa bakal sponsor ke 4 : Encik Muhammad Muhaimi bin Haji Mustaphy, satu2nya abang anim..

Isy.. nak jawab camne ni.. nak suh Mie sponsor ape lagi ek.. [fikir2 apa yang belum di sponsor lagi..].. hehe.. anim tanya laa kak maa.. then, kak maa cakap kalau Mie nak sponsor suh sponsor kad kahwin.. [sebelum tu kami belum gi tempah lagi..]..tak lama lepas tu, abang mie pon call kak maa dan after sembang dengan kak maa, sembang dengan anim pulak..berikut adalah perbualannya:

"Kak dan Dah sponsor ape??"

"Kak dah beli bekas letak sourviner tuh.. semalam pun dia dah bank in duit.. tapi belum tengok pon lagi duitnya.. Dah pulak tak tau lagi dia nak sponsor apa.. kalau Mie nak sponsor, sponsor kad kahwin ek.. hehe"

"Kad kahwin Mie tak tau nak tempah mane.. Mie sponsor yang sourviner untuk bagi ke famili kite, famili Z***R dan kawan2 adik la.. boleh?? Mie ade gok survey dah tengok2.."

" Ok.. boleh je.. adik tak kesah pun.."

"Berapa orang ek??"

" Rasa2nya dalam 300 orang kot.. tapi tak tau agi.."

" Ok.. Kalu gitu, Mie beli 300 laa ek.. kalu tak cukup tu nasib laaa.. hehe.."

Itu laa ceritanya.. so, sponsor dari abang anim adalah sourviner untuk dibagi ke VIP (famili anim, diadan kawan2)..Thanks sangat2 ye... dan yang paling anim terharu sekali..abang anim ni dia minat bab2 amik gambar.. dan dia beli kamera yang macam cameraman tu.. harganya?? hanya anim dan dia saja tau rahsianya.. hehe.. tapi kalu U all suke survey barang2, mesti tau kan harga camera yang cameraman gune tuh kan??

So, baru2 ni dia pegi kursus untuk amik gambar ni.. means kursus tuh ramai yang cameraman2 pegi.. tapi abang ni bukan wat bisnes pun.. just suke2.. dia tak gitau pun anim.. tapi apa yang dia cakap kat kak maa..

"Mie pegi sebab nak amik gambar adik kahwin.. nanti lagi lawa.. improve lagi cara amik gambar tuh.."

Ohh... terharu sangat2.. mekasih Mie...

Sponsor Dari Penaja 3 ..

Ini sponsor dari kakak anim ketiga : Puan Nomazihah binti Haji Mustaphy..

Kami ke rumah anak sedara abang ipar anim.. dia bekerja kat kedai percetakan dan memang ada pengalaman buat kad kahwin ni.. sampai je kami, dia terus mengeluarkan katalog2 kad kahwin.. macam2.. so, anim pun buat la pilihan.. tapi disebabkan terlalu banyak pilihan, jadi mata jadi rambang pulak.. hehe.. tak tau nak pilih mane satu.. of course laa bile pilih nak yang paling murah kan.. kad ni bukan orang simpan pun.. so, membazir saja.. hehe..

Bile pilih ni, dibantu oleh my sis dan abg ipar, abg hisyam (anak saudar abg ipar anim..) pun tanye laa nak yang kos berapa.. berikut adalah perbualannya..

" Bajetnya nak yang berapa??"

Anim hanya senyap saja.. sedang memikirkan jawapan yang terbaik.. hehe..

" Ala, kad ni kalau bulih nak yang lawa tapi murah.. ade tak?? yang ni Paman yang nak sponsor.."

Jawab abang ipar anim.. Paman sebenarnya panggilan orang Jawa kepada pakciknya.. abang ipar anim ni orang Jawa..

" OOo.. tak per laa.. kalau orang nak sponsor, pilih yang lawa2 sikit.."

Abang hisyam pandang anim.. anim senyum je.. [konon2 macam malu2 kucing laa..]

So, tanpa banyak kata dah tau laa kak maa ni nak sponsor kad kahwin.. setel.. hehe.. kami pun terus memilih dan memilih.. anim just cakap kat kak maa, nak yang simple je.. asalkan ada n nampak laa rupe itu kad kahwin..hehe.. just satu warna sahaja dan tema kad tu hijau lumut.. huhu.. bile siap?? Insya Allah awal2 bulan 4.. nanti anim uploadkan dalam blog..ok??

Sponsor Dari Penaja 2 ..

" Ha..ha.. Amboi syoknya membeli belah.. X kabo ke kita.. Dgr cerita nak yasin.. Nanti balik kita survey kat Mydin.. Nak tempah pun boleh.. Tapi kecikla.."

Ni mesej yang anim terima dari kakak anim kedua.. kak dah namanya.. sebenarnya, anim tak gitau dia yang anim ke Nilai 3 dengan Kak maa.. sebab tu dia tak tau.. so, anim hanya reply [itu je yang aku tau.. ngeh3..]

"dah, kol adik jap.."

Berbual dengan dia hampir 15 minit.. dalam perbualan itu..

" Dah, yasin tu biar duit adik sendiri laa.. sebab majlis adik kan..biarlah duit pengantin sendiri.."

"Ooo.. camtu.. tak pe laa kalu gitu.. Dah nak wi ape??"

" Kalau anggaran sumbangan itu lebih kurang macam nak beli yasin, Dah bayar yang adik beli tadi laa..[dengan penuh muka tak malunya...]..tadi beli baju pengantin dengan cadar.."

"Ooo.. kalu camtu, nanti adik balik kite bincang laa ek.. pastu boleh gi tengok Yasin kat Mydin.. Dah kan ade kad ahli.."

"Lupe pulak Dah ade kad.. mesti dapat lagi murah kan.."

"Ok.. nanti adik balik minggu depan kita bincang ek.."

Inilah dia sponsor dari penaja 2 : Puan Rusidah binti Haji Mustaphy

Sebenarnya banyak lagi yang kami sembang.. tapi banyak laa nak kene tulis.. so, ringkas kan je laa.. hehe..Anim dah survey Yasin kat Tanjong Malim dan harga paling murah taukeh boleh bagi RM1.10.. so, kak dah cakap kat Mydin boleh sampai Rm 0.80.. kenapa perlu yang lebih mahal kan?? hehe.. nanti balik minggu depan setelkan hal Yasin, pelamin dan katering..

Kak Dah ni dia ade kad ahli Mydin.. disebabkan kesetiaan dia dengan Mydin, dia telah menjadi ahli lebih 10 tahun.. maybe hampir 20 tahun kot.. kalu dulu Mydin offer kad Mydin pada pelanggan dan barang yang dibeli mendapat murah kan? tapi sekarang Mydin just offer kad Meriah yang bile beli barang hanya mendapat point.. tapi kad kak dah still dapat harga murah jugak sebab dikira ahli lama..

Pernah abang anim beli barang kat Mydin guna kak dah punye kad Mydin ni.. kalau ikutkan harga sebenar, semua total hampir RM 80.. tapi less dari kad kak dah, hanya total hampir RM 50.. banyak jimatkan.. so, kesimpulannya, anim akan ke Mydin KT untuk beli Yassin dengan harapan ada less.. haha.. jimat2..

Sponsor Dari Penaja 1 ..

Anim menulis coreta ini untuk mengingatkan anim yang orang sekeliling [adik beradik khususnya..] banyak membantu anim untuk penukaran status ni.. so, nanti bile generasi2 anim [anak2 khususnya..] baca entri ni, dia patut tau yang makcik2 dan pakcik dorang banyak membantu parents dia untuk kawen ni.. so, bukan niat untuk nak tunjuk2 ke apa ye.. sekadar untuk kenangan diri sendiri je.. takut orang tersalah anggap je.. anim menulis di blog ini kerana inilah satu2nya diari maya anim dalam hidup.. ok?? So, sekarang anim mewujudkan satu lagi label 'Kronologi Perkahwinanku'.. entri yang digolongkan dalam label ini adalah berkisarkan tentang rentetan yang di'setel'kan sebelum penukaran status.. lalala..

Sponsor Dari Penaja 1 (Puan Norizan binti Haji Mustaphy)
Mesej dihantar ketika anim dalam komuter untuk ke Bangi..


"adik, rumah kita 6/6 kan.. rumah Z***R bile???"

"Tak tau lagi.. mak dia tak tetap lagi tarikh.."

"Confirmkan awal sikit.. abang nak minta cuti.."

"ok..adik nak gi rumah ma ni.. nak gi nilai 3 gi beli barang2.."

Kakak anim tak reply mesej tuh.. then, 10 minit lepas tu mesej received..

"Bagi no akaun maybank.. meh nak hulur cikit.."

Hehe.. thanks wahai kakakku.. hepi sangat2.. orang nak bagi kite terima.. ngeh3.. anim tak cek pun berapa jumlah yang dihulurkan itu.. tapi pape pun, mekasih bebanyak sebab menghulurkan apa yang patut dihulurkan.. hehe.. sebenarnya, kakak anim dah pun beli sikit2 utk barang2 perkahwinan ni.. dia dah beli bekas untuk letak sourviner untuk nak bagi ke tetamu.. so, duit semalam adalah sponsor kali kedua darinya =]

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online