:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, February 21, 2009

Musim Demamkah??

Demam..
.
.
.
.
.
.
Demam..
.
.
.
.
.
Dalam kul 2.00 petang bangun dari tidur sunat hari jumaat [iye ke amik pahala tidur sunat.. rasenye Nabi tidur sekejap je, bukan sejam or 2 jam..] ngeh3.. bangun pun sebab ade lab kul 3.. tetibe bangun badan terasa panas n hidung sudah buat hal.. selsema yang mengada2.. sungguh tidak suke selsema.. selsema membantutkan selera makanku yang sememangnya always berselera untuk makan.. hikhik..

Terasa sangat malas untuk ke lab.. tapi tak leh ponteng sebab tak de MC.. nanti jenuh nak ganti lab.. dan bersiap2 laa untuk ke lab.. berjalan dengan keadaan yg sangat lesu.. mekasih pada kak nor kerana telah meminjam kan payungnya kepada anim.. lab fizik pulak jauh hampir dengan klinik kesihatan.. berjalan dalam keadaan yg sngt panas, amat lah tidak taha.. [ni tak pernah duk oc lagi.. kalu duk oc agaknya musim panas, anim bertapa dalam peti..haha]..

Lab semalam tidak laa begitu susah.. cume connection wires must be correctly.. kalu tak mesti tak dapat nilai.. kesian kt Cu kerana terpaksa 'bekerja' lebih n memerah otaknya untuk bg connection wyar jadi betul.. maklum lah anim blur semalam or i'm always blur during doing an experiment?? haha..

So, pas habis lab, balik2 terus terbungkam atas tikar.. malas dh nak hampar tilam.. tidur... Zzzzzz.. sehingga lah Raihah mesej minta hadirkan meeting.. ohoho.. sungguh tak larat.. n I'm continues my dream.. ahaks...sorry ye kepada kawan2 program.. anim tak hadirkan meeting semalam..

Dan hari ni, demam still tak kebas.. ohoho.. Allah telah menarik nikmat kesihatan sementara untuk anim.. sungguh.. kita tidak bersyukur tatkala Allah bagi nikmat kesihatan yang baik ketika kita sihat.. dan sekarang, begitu terseksanya andai nikmat kesihatan itu ditarik oleh Allah.. Ampun kan hambamu, ya ALLAH..

Friday, February 20, 2009

Mengapa Kita Begitu Sombong?

Kadang-kadang penulis berfikir kenapa kita begitu sombong dengan Pencipta? Penulis tidak menunding jari kepada orang lain bah kan penulis sendiri juga kadang kala leka dan sombong pada-NYA.. astaghfirullah.. sungguh.. kite sungguh leka dalam kehidupan menyebabkan kite terlalu leka dan bongkak pada Allah Yang Esa..

Setiap rahmat dan rezeki yang Allah bagi jarang untuk kite mensyukurinya.. kita hanya melabelkan ianya adalah 'dugaan' jika kita mengalami sesuatu masalah.. tapi adakah kite menganggapnya ia suatu 'dugaan' jika kite berjaya dalam hidup? tatkala ada masalah dalam diri, kite mengambil wudhu' untuk sujud pada-NYA agar kite tenang mengalami dugaan kesusahan itu.. tapi adakah kite mengambil wudhu' dan sujud pada-NYA tatkala kite berjaya dalam hidup untuk mensyukuri atas kurniaan kejayaan itu??

Pernah seorang kawan menasihati anim..

" dugaan kejayaan lebih hebat dari dugaan masalah.. dugaan kejayaan diberikan Allah untuk melihat sejauh mana kita bersyukur.. andai kite tidak menadah tangan bersyukur pada-NYA, kite semestinya sombong pada Pencipta yang memberi kita segala-galanya apa yang kite mahu.. Saya lebih hebat dugaan dari kamu.. sepanjang hidup saya, saya tidak pernah mengalami kegagalan dalam hidup.. saya sentiasa berada di atas tatkala keputusan peperiksaan diumumkan.. itu dugaan yang saya terima.. Allah mahu melihat sejauh mana saya bersyukur!!.."

Jika difikirkan balik, memang betul.. dugaan untuk bersyukur lebih berat dari dugaan masalah untuk dihadapi.. Andai ditimpa masalah, kite yg alpa terus mengingati Allah, mahu sujud pada-NYA dan mahu membaca kalam-NYA... tapi bile kjayaan milik kita, kite susah untuk bergerak sepantas mungkin sujud pada-NYA atau jika keadaan tidak mengizinkan, cukup lah berkata 'alhamdulillah..'

Dugaan sentiasa ada dalam hidup kita.. Allah memberikan dugaan yang sememangnya kita mampu untuk menghadapinya.. Allah tidak zalim untuk memberikan dugaan yang lebih berat kepada hamba yang tidak mampu menanggungnya.. anim tertarik dengan satu nasihat..

"andai Allah memakbulkan doa kita, DIA sayang pada kita.. andai DIA lambat memakbulkannnya, DIA mahu menguji kita.. tetapi andai DIA tidak memakbulkan doa kita, ada sesuatu perancangan yang lebih hebat dari-NYA untuk kita.."

Daripada isi nasihat ini, anim menguatkan dalam hati dengan berkata, 'yakin pada ALLAH.. sesungguhnya ALLAH tempat aku mengadu dan kepada ALLAH tempat untuk memakbulkan doaku..'

Sekadar renungan.. penulis bukan arif dalam bidang agama.. tetapi penulisan ini ditulis dari keadaan sekeliling penulis.. penulis tidak menunding jari pada sesiapa dan penulisan ini sekdar untuk mengingati diri penulis yang sememangnya lemah dalam meniti arus kehidupan.. Wallahu'alam..

Label Baru..

Atas dasar kesedaran dari penulisan, blog ini akan bertukar temanya tidak lama lagi.. =) dan label baru akan ditambah mungkin.. Calitan Cinta is coming soon~ lalalala..

Wednesday, February 18, 2009

Disebalik Tugas Guru..

Artikel ni dikutip dari blog seorang kenalan siber yg merupakan seorang guru.. tertarik dengan ayat yang mengungkapkan disebalik tugas seorang guru dan anim pernah merasainya keadaan seperti itu walaupun just untuk 2 bulan je sebagai cikgu ganti.. ini lah disebalik tugas seorang guru..



Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1petang dah boleh pulang
kalau masuk kelas,bebel-bebel sikit,lepas tu
keluar.........

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak
kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang dibilik guru dari buat kerja.....

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...

TETAPI

Orang tak tahu.....

Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti ko-kurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.

Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk kena buat persediaan mengajar..
kena marah dek cikgu, murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka mereka....

Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks...
habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeraniaan, isi data budak, tulis surat,
hantar budak ke klinik, hantar budak pertandingan, tanda buku latihan,
buat soalan ujian, peperiksaan hantar data, menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....

Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti, cikgu kekadang kena ke sekolah juga sebab nak siapkan kerja...

Ramai orang tak tahu
cikgu ni moto dia ada satu saja
'saya yang menurut perintah'

Setelah difikirkan, yes.. anim bersetuju dengan kata2nya... yang pentingkan ikhlas diri, ilmu yang dicurahkan akan sentiasa kekal dalam diri mereka dan bertambah meningkat pahala kita andai kata ilmu yang diajarkan itu digunakan pada jalan yang di redhai-NYA..


Tambahan : Menjadi kebanggaan kami andai dikau berjaya dengan cemerlang.. andai dikau terbabas di pertengahan jalan, kami akan mendoakan dikau supaya kecemerlangan akan tiba untuk dirimu biar pun hingga ke hujung jalannya..

Tuesday, February 17, 2009

Sedikit Stabil..


Program fizik berakhir pada 15hb Febuari, hari Ahad.. sungguh meletihkan, tetapi ada satu pengalaman baru terbina di situ.. sekolah menengah teknik teluk intan atau lebih dikenali dengan SEMAIAN.. pelajar2 tingkatan 5 yg terlibat dalam program yg kami anjurkan ini.. sungguh mereka berminat dan memerlukan bantuan dari kami :-)

Kami bukanlah seorang guru yang sudah diiktiraf profesionnya, tetapi kami membimbing adik2 SEMAIAN untuk menuju ke medan perjuangan terutamanya dalam subjek fizik kerana itu major kami di universiti.. menjadi fasilitator dalam klinik fizik sungguh bermakna dalam hidup anim sebab first time mengajar fizik kepada budak sekolah.. menengah pulak tuh.. sungguh tercabar dan kadang2 rasa dicabar..

Memandangkan kami (pelajar sem 6) tak perlu buat ROS 2, so program ini sebagai medan sementara untuk kami membiasakan diri di sekolah menengah... tapi program ini bukanlah berlangsung pada hari sekolah, so tak dapat nak merasa suasana persekolahan yang sebenarnya dan tak dapat laa nak tengok adik2 memakai baju sekolah putih :-) .. maklum laa, dah lame tinggal kasut sekolah, baju n tudung putih.. kui3..

Tercabar kerana konsep fizik sukar untuk diterjemahkan melalui kapur dan papan hitam mahupun melalui percakapan.. kerana fizik sesuatu yang abstrak dan konsepnya banyak menggunakan logik akal, maka rasa tercabar untuk menerangkan kepada pelajar.. ngeh3.. sebab apa? ade setengahnya yang memang minat untuk belajar, tetapi mereka rasa susah untuk catch up dan faham konsep..

Bile program dan berakhir, sedikit stabil laa hidup anim.. dah kurang sikit terbeban.. sekarang kene fokus pada proposal, macroteaching dan assignment lain pulak.. nak wat camne kan, dah name student, tak kan kije masuk U duk rilek je.. hehe.. cerita tentang adik2 kumpulan anim, anim akan tulis dala entri lain.. ok?

Friday, February 13, 2009

Tunggu Ye..

Hari ni anim akan berangkat ke Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan untuk mengendalikan satu program kecemerlangan akademik.. program ini dianjurkan oleh kami, Mahasiswa/i Program Sains (Fizik).. sebab tu fokus pada pelajar sekolah teknik.. berlangsung selama 3 hari 2 malam.. satu program di bawah subjek Perancangan dan Perlaksanaan Kurikulum Fizik.. so, memenuhi kredit hour laa untuk program ni..

Disebabkan kat sane tak bawak laptop, so entri ni sebenarnya nak wish besday kpd sahabat baik anim.. tapi besdaynya esok laa.. 14 Feb..

Kepada Zubaidah binti Mohamad, selamat ulang tahun keputerian ke 22.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. bertambahnya usia kita, semakin dekat laa diri kita dengan kematian.. semoga pahala sentiasa bertambah dan dosa semakin bekurang.. semoga menjadi bakal doktor yang cemerlang untuk masa depan.. senang sikit nok dapat MC ni.. hehe..

p/s : gambar Zue tak de lam laptop.. tak der dalam laptop, tapi ade dalam hati.. sape nak tengok rupe Zue, teropong laa I punye hati.. hehe..

Thursday, February 12, 2009

How To Release My Tension?

Disebabkan duk layan 'karenah' graf tuh yang mengada2 hampir 3 jam, I terus fed up.. then, I bangun untuk ke dapur.. nak prepared bahan untuk nak masak esok.. esok turn I masak.. sebab ape prepared awal sebab esok nak kuar awal kul 8.. so, harus dimasak awal sebab nanti balik dah tengah hari terus bulih lunch..

Menu untuk esok dicadangkan nak buat sup ayam.. so, I perlu kan bawang merah, halia dan bawang putih.. bawang2 ini perlu ditumbuk lumat.. hahaha.. ape lagi.. I gune lesung batu, I tenyeh2 bawang2 tuh dalam lesung tuh.. hancur lumat.. skejap je.. sebagai untuk mengurangkan rasa tekanan.. bile I tengok bawang dah tak nampak rupenye, I pun amik laa letak dalam bekas n letak dalam peti..

Bawang hiasan je.. tapi I punye bawang lebih kurang camni le rupenye.. tapi idok le I gune banyak tuh bawang untuk wat sup..

Satu je perlakuan yang kurang sopan.. I tumbuk bawang2 tuh kul 12 tengah malam.. ahha.. semua orang dah tidur termasuklah 'pakcik2' pakistan kat sebelah rumah ni.. rase2nye dorang tak tersedar pun sebab I tumbuk bawang2 tuh se ayu yang mungkin.. tak tumbuh sangat, just tenyeh2.. kesian bawang2 tuh.. sorry laa ye, you jadi mangsa.. ngeh3.. :-)

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online