:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, February 6, 2009

Saya Banyak Kekurangan..

Petang tadi anim ade lab Electromagnet.. kul 3.00-6.00 petang.. satu waktu yang menyiksakan apatah lagi jika kelas tu jatuh pada hari Jumaat.. rase nak gigit baju pun ade kalu tengok jadual, ade kelas hari jumaat dan waktu petang.. tapi anim doakan biar sem depan, kelas hari jumaat dah out..[siap doa lagi..tak tahan..ngeh3].. maklum laa, sepnjg 6 sem, tak pernah ade hari yg free.. ops.. lupe.. mase sem 4, ade free hari isnin..

Kalu bulih, dgn hari kamis pun tak nak ade kelas langsung jugak.. sem depan anim hanya amik 4 subjek.. 3 yg ade kelas, 1 lagi utk writtg thesis n memang tak de kelas.. so, bulih byg kan tak jadual sem depan yg penuh dgn lubang2.. ngeh3.. bahagianya hati.. cuma thesis tu laa perlu spend mase yg lame.. kadg2 stay kt library 1 hari untuk cari bahan.. dgn library yg sejuk, agak membeku laa jika duk lame2 dlm tu..

Itu kisah jadual kuliah.. lab Electromagnet ni en.V yg jage..[asek guna A, B, C je..].. adus.. kuliah pun dia ajar n lab pun dia jage.. always berjumpe n berjumpe dgn dia.. menurut ceritanya, dia dulu pelajar perubatan.. tapi memandangkan dia tak leh adapt nge sistem perubatan yang sememangnya perlu ade buku di tgn 24 jam utk diulang kaji, jadi dia tukar kos n amik fizik.. itu laa ceritanya..

Dalam kelas, dia ajr agak faham.. mungkin anim memang minat utk subjek Electromagnet ni.. tapi tak sangka dalam lab berubah sikapnya.. hehe.. GARANG!! waaa... takut den.. petang tadi, dia lah yg menjadi perasmi MARAH ke anim utk sem 6.. tahniah diucapkan.. secara tiidak langsung anda jadi VIP tadi.. ngeh3.. sorry en. V.. tidak ku sangka.. dah lame tak kene marah ni.. maklum laa umur dh besar, jrang dgr kene marah lagi.. bebel ade laa.. [iye ke dh besar? ketinggian same jea..] hehe..Anim n kawan memang tak ingat dah nak connect wayar kt board tuh.. seriusly, memang tak ingat.. huhu..[blaja nak lulus..aiseh, betul niat balik..].. budak2 fizik, hidupnya nge wayar je.. kalu budak medic, hidup dia nge stetoskop.. so, kalu wayar dlm stetoskop tak betul, budak medic tak leh guna laa.. itu lah hubungan budak fizik n budak medic.. hehe.. [mcam ade kene mengena jea].. agak laa takut bile kene marah ni..

Tapi yg paling anim suka, lepas muka dia MARAH, bulih dia senyum plak.. anim pun senyum kambing pulak ke dia..[senyum lawa sikit dari kambing].. ngeh3.. adus.. en.V ni betul ke idak?? marah bagai nak rak, tetibe bulih snyum.. agak2 wayar dalam kepala en.V yg putus kot.. hehe..geram2.. mungkin dia suke kot marah kat perempuan.. dia suka tengok muka perempuan yang sememangnya cuak kalu kene marah.. dan lame sikit air wajah berubah mcam nak nangis..

ala-ala gaya anim senyum ke en.V tadi.. ngeh3.. tapi warna kulit tak same laa, yg samenya senyum je.. hehe..

Yang menghairankan, dia tak marah pulak kat lelaki.. geram sungguh.. nak kate anti-perempuan, dah kawen.. hehe.. malu dengan dia sebab dah semester 6 tapi tak tau function board tu.. board tu memang dah ade wayar2 di dalamnya yg telah disambungkan..cuma, kite amik external wayar utk disambungkan ke devices lain.. adus, mende memang nampak simple, tapi kami laa orang yg paling last kuar lab tadi.. extra 10 minit pulak tu.. kuar lab kul 6.10 ptg..

Sememangnya, anim banyak kekurangan.. secara praktikalnya, sukar utk diaplikasikan.. kadang2 fikir tak guna master teori tapi aplikasi tak berjaya.. walaupun masih kekurangan, jangan lah malu untuk bertanya.. biar kene marah, kene herdik, asalkan kite dapat ilmu.. tak semestinya yg tak bertanya dia pandai dan yg bertanya dia bodoh..ok???

[p/s : nampak en.V bengang nge kami.. dia cakap "asal slow sgt ni?".. anim pun dgr jujurnya jawab, "otak saya blur petang2 camni.. dia pun senyum.. ngeh3...]


Thursday, February 5, 2009

Hati Ini Terlalu Lemah..

"Ya Allah, berikan lah ketabahan kepada ku.. aku manusia yang lemah tidak sekuat Siti Khadijah dan Rabiatul Adawiyyah.. Ya Allah, himpun kan lah kekuatan dalam diri yang hina ini agar sentiasa mengingati-MU, memperjuangkan agama-MU dan lidah yang KAU berikan ini tidak berhenti untuk berzikir mengagungkan-MU..

Ya Allah, aku manusia yang serba kekurangan.. berikan lah aku kesabaran dalam diri untuk hidup di atas dunia ini.. berikan lah kesempatan kepada ku untuk mengumpul bekalan untuk ke sana.. Amin.. "

Luahan sebenar dari hati.. hati sayu dan sedih.. ya Allah, jangan biarkan titisan air keluar dari mata ku.. pujukan untuk hati..

p/s : kita gagal untuk memahami seseorang jika kita tidak berada di tempatnya..

Wednesday, February 4, 2009

Apa Orang Kata..

Hanya di copy & paste.. sekadar renungan..

ORANG KATA…
Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti bertaubalah !

ATUK KATA…
Orang muda, hidupnya memang baru bemula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrael datang menjemput…

AKU RASA…Betul jugak tu…

ORANG KATA…
Exam tu susah ! Kene banyak ‘sacrifice’,
Constant study…mid test, final, ect

ATUK KATA…
Exam tu senang je, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada sukatan untuk diikut, TAPI, kalau AJAL.. entah bila tak siapa yang tahu. Banyak pula peringkat ujiannya, Mungkar, Nakir, Neraca mizan, tayangan dll

AKU RASA…Betul jugak tu…

ORANG KATA…
Have fun on your birthday, panggil kengawan dan sedara. Berpartylah sepanjang malam.

ATUK KATA…
Setiap kali hari lahir, kita makin hamper kepada mati. Setahun lagi diberi peluang untuk BERAMAL dan BERTAUBAT,

AKU RASA…Betul jugak tu…

ORANG KATA…Belajar dan kerja mesti sungguh-sungguh. Nanti boleh beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, baru puas !

ATUK KATA…
Yeke hati dah puas? Dah cukup ibadah nak ke kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur titian sirat? Dan cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal untuk ‘booking’ syurga FIRDAUS?

AKU RASA…Betul jugak tu…

ORANG KATA..
Successful people have a good time management. Ada bisness di KL, New York, Tokyo.. Masih sempat berkempen untuk pilihan raya. Masih sempat melepaskan lelah di disko dan karaoke. Masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang respect !

ATUK KATA…
Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi… Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? Ada masa ke nak jenguk mak ayah di kampong, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA…Betul jugak tu…

Adakah menjelangnya tahun baru islam, kita masih seperti dulu, tak pernah terlintas untuk memohon keampunanNya? Sedangkan Dia telah banyak peluang kepada kita ! Fikirkanlah yang terbaik untuk masa depanmu.

Tuesday, February 3, 2009

Al-Fatihah..

Kesempatan ini, marilah kite sedekah kan al-fatihah kepada salah seorang pelajar SMAASZA dulu merangkap satu dorm dengan anim mase form 5, bilik 7A.. tapi arwah lebih muda dari anim.. arwah Syarifah Majidah bt Saleh yang kembali ke rahmatullah pada 3 feb. 09 pada pukul 5 pagi tadi.. semoga ALLAH merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan beriman..

Masih terngiang-ngiang suara dia di telinga anim.. walaupun dah lame tak bersua dengan dia, arwah seorang yang jenis manja.. so, jadi teringat2 laa cara dia bercakap dan perilakunya sebab dia agak rapat dengan anim dan kawan2 anim.. penyakit tidak diketahui.. Dr jangka denggi, tapi bukan sebenarnya.. ntah.. hanya Allah yang tahu..

Cukuplah MATI peringatan buat kita yang lalai atas dunia ni..

Saya Tidak Suka!!

Hari ni anim ke kampus.. untuk siapkan asemen KPT.. hari ni jugak Perak off day sebab Jubli Perak.. janji dengan syikin kul 8.30 pagi.. siap2 untuk ke kampus, anim menuju ke pintu pagar kecil.. tengok2 pintu pagar tuh ditutup.. ya ALLAH, lupe plak.. cuti umum memang tutup.. tahniah untuk diri sendiri kerana telah memenatkan diri berjalan ke pintu pagar tu.. hehe..

Anim pun berpatah ke pintu pagar utama.. sungguh tak suka.. untuk ke library, perjalanan nya sedikit jauh dan perlu melalui kawasan pembinaan.. melalui kawasan itu membuatkan sedikit takut dan gerun.. bukan ape, sebab anim ni perempuan dan sebahagian daripada pekerja di tapak pembinaan itu adalah Indon dan Bangla.. huhu..

Laju2 anim berjalan.. maklum la sorang2 pulak tu.. macam dikejar hantu pun ade.. ngeh3.. hantu Indon n Bangla.. pembinaan tuh dah lame dah.. belum siap2 lagi.. sejak anim di semester 2 dan sampai ke semester 6, masih belum siap.. tapi tinggal lagi 30% kot untuk siap sepenuhnya.. diharap dapat lah siap cepat2.. pembangunan tuh menyebabkan laluan untuk ke dewan kuliah, audi menjadi jauh..

UPSi

Dengan keselamatan tahap kurang memuaskan menyebabkan ramai pelajar UPSI mengeluh dek kerana pembinaan tu.. lebih2 lagi kalau yang ada kelas malam.. sungguh tidak suka.. alhamdulillah, semester ni anim ade 1 kelas je untuk sesi malam.. diharap pihak UPSI dapat mempercepatkan tempoh siap pembinaan tuh..

************************************************************************************
Tambahan:

Minta pihak UPSI menyediakan tandas diluar library untuk kemudahan pelajar.. jika pelajar berada di bilik 24 jam dan pada waktu itu library ditutup, agak menyusahkan pelajar untuk ke tandas..

Anim yg sakit perut terpaksa berjalan ke tandas yang hampir 5 minit dari library.. disebabkan itu, anim agak lame di tandas [al-maklum, lame dah tahan nak buang hajat..].. lepas kuar dari tandas, anim diperli oleh cleaner.. "ai, mandi ke dik??"..

Sakit hati jugak.. dalam hati menjawab, "ai, makcik ke bayar bil air UPSI?".. tapi kalo jawab cegitu, kurang ajar pulak namanya.. mungkin makcik tuh geram sebab dia dah bersihkan tandas.. kalu tak nak orang guna tandas yg dah dicuci, resign je jadi cleaner.. boleh makcik???
Geram sungguh!!

Thanks To My Beloved Oldest Sister..

Hehe.. Ucapan terima kasih bebanyak kepada kak sulung anim yang menaja sourviner untuk majlis perkahwinan.. budi mu dikenang.. hehe.. semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kak dan abang mad.. ni mesti bile kakak anim bace kembang kucup hidungnya.. ngeh3.. satu soalan bonus untuk kak..bile nak dapat putera dalam hanan usrati tuh?? hehe..

kak dan abg mad

p/s : gambar di ats hanya penipuan semata-mata.. kakak anim tak pakai purdah pun.. tapi dia menutup sebahagian daripada mukanya kerana bimbang anim n abg anim meng'edit' wajahnya.. hehe.. jgn risau, kami edit bagi muke lagi muda.. nak la tu.. hehe..

Monday, February 2, 2009

C.I.K.G.U Mesti Fleksibel..

Pagi tadi anim kelas KPT.. subjek pendidikan.. kelas reka bentuk instruksional yang inputnya dipelajari untuk buat bahan pengajaran atau courseware.. subjek pendidikan satu subjek yg suka selain subjek fizik.. memandangkan anim core in education, mesti laa kene tau seme pasal pendidikan.. tapi yg jadi bosan kerana lecturer nya.. anim mnta maaf..

Dia mungkin terkilan dengan kami yang sembg di belakang..
"kalau awak dah tau semua yg saye nak ajar, awak tak payah datang kelas.. saya pun tidak membazirkan suara dan tenanga utk ajar awak.."

wajar dan sedikit kasar apa yang dia cakap kepada kami.. tapi salah kami sebab sembg memandang kan cara penyampaian nya yang satu nada.. tak de lawak langsung.. kelas pukul 8 pulak.. emosi masih tidak stabil dan fikiran masih teringatkan bantal! ngeh3.. mendengar dia kata sebegitu, anim terlintas dalam hati.. cikgu mesti fleksibel.. jangan hanya satu nada sahaja..

Teringat ketika semester 1, Cik Hasimah, lecturer BI selalu menekan kan kepada kami, "U must know everything.." tertarik dengan kata2nya [dalam terjemahan] hehe.. " jika awak seorang arkitek, awak hanya tau pasal lukis pelan.. awak seorang doktor, awak tau nak ubati orang.. awak seorang lawyer, awak akan tau untuk selidik kes2.. tapi jika awak cikgu, awak kene tau semua..

Bayangkan, pelajar akan tanya cikgu macam2.. kadang2 dalam bidang kuasa guru sendiri.. pengalaman anim menjadi cikgu, ragam pelajar memang pelbagai.. apatah budak sekolah rendah yang dunianya sedang dalam pembelajaran sesuatu yg baru.. abes macam2 ditanye.. sampaikan bilang huruf bahasa Arab ditanye.. nasib anim background sekolah agama, tahu nk jawab.. kalau tak tau, malu jugak sebab students akan ingat cikgu tau semuanya..

So, kesimpulannya, cikgu kene pandai berjenaka, bercerita, bersajak, bernyanyi, berjoget, berkreatif, berinovatif, bersukan, dan ber bla bla bla.. [ni kalau DBP bace, confirm kene saman.. kesalahan bahsa...] hehe..

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online