SELAIN wajah, kulit dan rambut, bahagian tubuh yang mampu menyerlahkan lagi kejelitaan wanita adalah kebersihan dan kecantikan kuku.
Ramai yang sering terlepas pandang untuk memberi perhatian seimbang kepada penjagaan kuku tangan dan kaki.
Hakikatnya, tidak ramai sedar penjagaan kuku sama penting dengan muka dan badan. Kuku menjadi lambang imej yang mencerminkan keperibadian dan tahap kebersihan seseorang.
Justeru, secantik manapun seseorang wanita, jika kuku nampak tidak bermaya, rosak atau bertukar warna, pastinya akan mencacatkan keseluruhan penampilan diri.
Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan menawan, salun eksklusif Amante di Aman Suria Damansara, Petaling Jaya yang dibuka tiga tahun lalu, menawarkan penjagaan rapi dan rawatan spa kuku dalam suasana persekitaran mewah, penuh selesa serta santai.
Tidak seperti salun kuku lain, menariknya, bagi wanita Muslimah yang menjalani rawatan spa dan tidak memakai pewarna kuku, Amante yang bermaksud ‘kekasih’ dalam bahasa Sepanyol turut menyediakan khidmat mengilatkan kuku secara percuma.
Kehadiran rangkaian jenama pewarna kuku dan produk berkualiti OPI yang digunakan Amante untuk membersih, melembap, merawat serta membelai kuku tangan dan kaki memudahkan wanita terutama mereka yang sering kesuntukan masa.
Apa salahnya melaburkan sedikit masa dan wang untuk melakukan rawatan penjagaan intensif kuku. Selain memotong, membersih dan mengilat kuku mengikut cita rasa pelanggan, teknik mencuci, sental serta resapan vitamin diaplikasikan.
Pengusahanya, Melanie Kam, berkata bagi membuang kotoran dan sel kulit kering, kulit kaki serta tangan disental sementara kedua-dua anggota itu juga dilembapkan dengan krim rawatan bagi mengurangkan kesan kedutan selain melembutkan lagi tekstur kulit.
“Selain spa, paling penting wanita yang ingin mendapatkan kuku cantik dan seksi perlu mewarna kuku dengan rona warna bersesuaian dengan kuku dihiasi motif menarik dan kristal berkilauan serta bentuk tiga dimensi.
“Di samping koleksi warna klasik, kami mempunyai warna mengikut aliran fesyen semasa dan koleksi musim. Jika pelanggan tidak pandai memadankan warna lembut dan garang mengikut kesesuaian baju serta majlis, kami sedia membantu,” katanya.
Permintaan tinggi untuk rawatan spa kuku juga membuatkan Amante semakin popular khususnya di kalangan pelanggan di sekitar Damansara.
Selain menyediakan khidmat spa kuku, Amante antara lain menawarkan rawatan muka, urut aromaterapi, urutan batu hangat serta rawatan mengempiskan perut dan punggung.
Melanie turut memiliki sebuah lagi salun di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang dan bercadang membuka tiga salun iaitu di Mont Kiara, Petaling Jaya dan Taipan, Subang, tahun ini.
>Info
Petua menjaga kuku:
0 Comments:
Post a Comment