:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, April 30, 2008

Jaga Makan Hidup Ceria

KEKURANGAN khasiat di dalam tubuh tentu memudaratkan diri.

Contohnya, osteoporosis berlaku akibat kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan beberapa kelompok makanan seperti susu, produk tenusu, sayur-sa yuran berdaun hijau, ikan sardin dan kacang soya, seperti disarankan dalam buku Resipi Sihat, Pilihan Bijak terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia.


Kekurangan zat besi pula bukan saja dikaitkan dengan anemia malah ia boleh menyebabkan seseorang kurang kemampuan untuk bekerja dan belajar. Selain itu, kekurangan khasiat berkenaan boleh meningkatkan risiko kematian ketika kehamilan dan kelahiran anak.

Zat besi lazimnya diperoleh daripada hati, kuning telur, daging tanpa lemak dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Masalah sembelit secara kronik sering dikaitkan dengan kekurangan pengambilan serabut. Malah, kekurangannya juga boleh menyebabkan masalah lain seperti penyakit salur usus dan buasir serta meningkatkan risiko penyakit jantung serta kencing manis.

Makanan yang mengandungi serabut pula boleh didapati di dalam kekacang kering, kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kekurangan iodin dalam tubuh pula boleh menyebabkan masalah seperti beguk serta bengkak pada kelenjar tiroid. Iodin banyak didapati menerusi makanan laut seperti tiram, ikan, lala, udang galah dan ikan sardin serta rumpai laut.

Kekurangan zat terbabit juga berisiko untuk meningkatkan kadar kematian bayi dalam kandungan, kadar keguguran dan kematian bayi di samping penyakit berkaitan saraf dan otot di kalangan kanak-kanak.

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online