:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, October 16, 2009

Cerita Laki Bini =)

Versi klasik~
Alkisahnya, sepasang suami isteri ini telah 4 bulan lebih diijabkabulkan.. oleh kerana pasangan ini duduk berjauhan, maka berindu-rinduan lah mereka sesama sendiri..dikisahkan suatu hari, apabila si isteri mahu pulang berjumpa dengan suaminya, si suami telah bertanyakan kepada isterinya,

"dinda sayang, dinda sampai pukul berapa ye?"

"oh, kanda.. dinda sampai malam2 gitu.."


Sejurus selepas itu, apabila sudah melewati malam, si isteri telah menghantar warkah secara digital (SMS) pada suaminya untuk memberitahu bahawa beliau sudah hampir sampai di tempat tinggal suaminya.. namun, warkah digital itu tidak dibalas segera mungkin, tetapi dibalas setelah 10 minit..


Si isteri hairan memikirkan kenapa si suami lambat membalas warkahnya itu.. apabila ditanya, si suami menjawab,

"kanda sapu sampah kt luar rumah.."


Si isteri terkedu mendengar pengakuan si suami itu kerana persiapan yang dilakukan untuk menyambutnya sangat lah rapi..[sampai ke luar rumah sapu]..maka, sebaik sahaja sampai di rumah, si isteri memang betul2 menyaksikan kehebatan si suami mengemas rumah..


************cerita belum tamat***********

Arakian, setelah 2 minggu lebih si isteri tidak pulang ke pangkuan suaminya, mereka saling merindui.. kerinduan yang sampai ke tahap infiniti.. malam2 asek memanggil nama dinda dan kanda.. setelah difikirkan masa yg sesuai, si isteri telah memberitahu pada suaminya untuk pulang ke rumah pada minggu seterusnya..


Si suami nyata gembira kerana dapt berjumpe dengan isteri kesayangan beliau.. kegembiraan bertambah kerana si suami dapat menjadikan isterinya 'bahan' eksperimen untuk beliau test pada minggu itu.. tetapi setelah 20 minit, si suami diam tanpa menghantar sebarang warkah digital pada isterinya.. lalu, si isteri bertanyakan pada suaminya,

"kanda, diam je.. kenapa tak mesej pun.."

"oh dinda, kanda baru saja mop lantai.."

***********cerita tamat*************

Kanda : abang
Dinda: aku


Abang cakap,
aku banyak rules n precaution.. so, sebelum aku balik, baik dia buat 'precaution' dulu sebelum aku wat kuar rules2 baru dalam rumah.. haha.. kalu tak akan terdengarlah bunyi2 sedemikian rupe;

* abang, nape tak basuh bilik air?
* abang, nape abang tak lipat baju?
* abang, kan aling dh cakap, towel ni utk lap pinggang, towel ni utk lap mende kotor yg tumpah.. nape abang gune towel yg lap pinggan? * abang, nape n nape n nape..


Hehehe..sengalkan aku.. padahal aku tau dh abang sehari suntuk di ward berdiri je, clerk patient, buat CP n others, tapi aku still tanye gak kenapa abang tak wat semua itu.. satu je yg abang suke aku buat sebelum aku balik TM, iaitu gosok baju..sebabnya;
* abang malas nak iron..abang cakap, dia tak reti iron seluar..
* abang cakap lagi, dia nak merasa sentuhan aku bila dia pakai baju yg aku iron..

Abang, really miss u sayang.. a lot.. tunggu aling balik ek minggu depan =)


5 Comments:

benzaldehyde said...

romantik nyer..hehe..k.anim, patutnya k.anim jd cikgu sastera ni..x pun, wak part time 2lis novel ke..hehe..rajin ngat hubby k.anim ble nk smbut k.anim balik..hihi..

Mami Hadeef said...

aniem to benzaldehyde:

hihi.. kak anim lebih jiwang dalam menulis bait2 cinta.. hihi.. kire lebih romantik dari dia.. tapi bile datg angin kus2 dia, dia akan jadi lebih romantik dari kak anim.. hihi..

Mami Hadeef said...
This comment has been removed by the author.
hana devushka said...

wah..romantiknye..(^_^)
smg kekal smpai ke akhir hyt..(^_^)

Mami Hadeef said...

aniem to hana:

hihi..romantik versi klasik~~

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online