:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, September 22, 2008

Program Ukhuwwah Kasih Ramadhan

Pertamanya, tahniah kepada Unit Kediaman Luar Kampus terutamanya barisan AJK pelaksana Exco Pembangunan Kerohanian dan Sahsiah kerana Berjaya menganjurkan program ini. Program ini bermula pada hari Jumaat (19/9) dan berakhir pada Sabtu (20/9) di dua tempat yang berbeza. Pada hari Jumaat, kami bertolak dari UPSI jam 12.30 tengah hari. Perjalanan melalui jalan kampong dan tidak memasuki highway kerana ingin mencari masjid berdekatan untuk solat jumaat. Lebih kurang 45 minit perjalanan, kami berhenti seketika di masjid di Sungkai untuk memberi laluan kepada kaum lelaki solat jumaat.



Perjalanan diteruskan lebih kurang pukul 2 petang.. Kenderaan kami telah berpatah balik untuk memasuki highway.. Dan setelah itu, kami semua lena dalam kenderaan kecuali driver.. Hehehe..Kami tiba di Rumah Seri Kenangan pada pukul 4 petang.. Tepat2 seperti yang dijadualkan..

Rumah Seri Kenangan adalah sebuah rumah warga tua dan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.. Tempatnya sungguh aman. Tapi aku tak sempat untuk mengambil beberapa keping gambar disebabkan sibuk untuk mengangkat barang untuk diberikan kepada warga tua.. Rupanya, rumah ini dalam kawasan Hospital Bahagia (Tanjong Rambutan).. Patut lah kawasan macam tenang supaya pesakit2 nya sentiasa tenang.. Hehehe.. Kami diberi taklimat ringkas tentang rumah berkenaan, siapa penghuninya dan keadaan mereka. Kami dimaklumkan, ada satu blok dikuarantin untuk pelawat disebabkan pesakitnya memerlukan rawatan.. Kadang2 mereka menjadi terlalu agresif dan sukar untuk dikawal, sebab itu mereka diletakkan dalam kawasan berpagar..

Lawatan dimulakan dengan blok yang baru dibina. Keadaan nya Ok kerana semuanya ada katil, almari, penyidai kain dan tandas yang bersih..Blok pertama ini memuatkan penghuni dari semua kaum.. Kami seterusnya ke blok kedua di mana semua penghuninya melayu.. Ketika aku dan raihah masuk ke blok itu, kami disapa baik oleh mak nab.. Manis mukenya, sentiasa member senyuman kepada kami.. Kami bersalaman.. Kemudian, beralih kepada seorang makcik yang sedang duduk.. Muka nya sedikit masam dan senyum ketika aku menghulurkan cenderamata kepadanya.. Then, aku berpatah balik untuk masuk ke dalam lagi.. Ada sorang makcik ni, langsung tak pandang kami. Kami menjadi serba salah.. Mahu ditegur atau tidak.. Nanti dianggap sombong pulak.. Aku pun mula berbicara.. Makcik tu hanya memandang kami bersahaja.. Bila selesai salam, aku tatap muka nya, matanya mula bergenang dengan air mata.. Sungguh aku pun menjadi sebaik juga.. Kemudian, makcik tu beralih ke tempat tidurnya dan hanya merenung jauh menghadap tingkat tanpa mempedulikan kami..

Kami beralih ke blok 3.. Di sini majority penghuninya sudah tidak mampu untuk berdiri dan kebanyakkan katil di reka khas.. Tiang katil dipotong supaya memudahkan pergerakan penghuninya.. Aku singgah di sebuah katil milik makcik india.. Ketika itu, dia sedang menyumpah2 anaknya kerana menghantarnya ke sini.. DI atas mejanya pula terdapat 2 kotak rokok.. Alasannya merokok supaya cepat mati.. Dia sudah tidak mahu hidup.. Kalau boleh mau dihabiskan 4 kotak satu hari.. Kami hany mendengar sahaja luahannya..

Then, aku dan raihah keluar dari blok 3 untuk rehat sebentar di pondok kayu.. Aku dengar ade suara yang sedang marah2.. Bahasanya adalah bahasa Cina, jadi kamu langsung tidak faham.. Rupanya, aku dimaklumkan, penghuni Cina yang sedang marah tadi tu adlaah golongan yang dikuarantin.. Dia marahkan kami disebabkan kami tidak memberikan dia cenderamata.. Lalu, ada seorang pegawai HEP berjalan ke pagar tersebut dan menghulurkan beberapa cenderamata untuk mereka.. Apa lagi, gembira lah si Cina tadi, terus diam dan menjalankan 'tugas' membahagikan cenderamata kepada kawan2 nya yang lain..Sedang kami leka memerhati, datanglah Mak Bedah.. Dia juga tergolong dalam golongan agresif.. Mahu meminta wang dari kami.. Katanya mahu membeli nasi lemak.. Lawak juga tengok dia bercakap sebab dia buat lawak yang baginya bukan lawak.. hehe..

Terdapat banyak pengajaran yang boleh aku amik dari sini.. Sedih, melihat keadaan ibu dan ayah yang ditinggalkan oleh anak.. Kenapa 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu dan ayah.. Tahukah anda mereka begitu sedih, mengharapkan anak mereka datang dan mengambilnya untuk dibawa pulang..Hiba melihat anak lain datang menjenguk tetapi anak sendiri melupakan orang yang pernah membesarkannya.. Bukankah mengalir darah yang sama antara ibu, ayah dan kita?? Tidakkah anda terasa rugi di saat mereka hidup, anda tidak membelainya dan memberi kasih sayang seperti mana mereka bagi kepada anda dulu??

Lawatan ini member keinsafan kepada aku supaya menjadi anak yang taat pada ibu bapanya.. Jika ibu bapa kita mengira semua harta yang pernah mereka berikan kepada kita sejak lahir, mampu kah anda untuk membayarnya balik?? Dan yang paling penting, adakah anda mampu membayar nilai titisan susu ibu yang pernah diberi kepada anda sejak lahir?? Fikir2 kan lah.. Peristiwa ini begitu meninggalkan kenangan yang boleh dijadikan pengajaran untuk aku lalui hidup yang akan datang..

Dalam pukul 5.30, kami beredar dari Rumah Seri Kenangan untuk ke Taiping Golf Resort.. Tujuan kami ke sini adalah untuk berbuka puasa.. Ceritanya dalam nukilan akan datang..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online