:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, September 17, 2008

Sains Seiring Dengan Agama..

Perkara pertama yang ingin aku luahkan, aku bangga menjadi ahli sains.. Walaupun tidak sehebat Isaac Newton, Faraday, Kirchoff, Mandel, ataupun sheikh muzaffar, tapi aku tetap bangga untuk diri aku sahaja.. Dengan sains, aku dapat memahami sepenuhnya kejadian alam sekitar dan seumpama dengannya.. Bile diteliti dalam ayat Al-Quran, sahih ianya sudah tertera dalam Kalam Allah yang suci itu.. Hebat.. Hebat dengan penciptaan Allah.. Dan penciptaan-NYA, ahli sains mengkaji dari hukum sains nye pula..


Ketika dalam makmal biologi

Maka, tidak hairan lah apabila para doktor yang bukan beragama Islam mendapat hidayah untuk memeluk agama suci ini.. Kebanyakkan daripada mereka terbuka hati kepada ISLAM setelah melihat kebesaranNYA.. Terbukti seorang pakar bedah otak di negara..(saya sudah lupe) terus memeluk ISLAM setelah dia mengkaji terdapat beberapa saraf di dalam otak yang tidak dilalui oleh darah dan darah akan lalu ketika sujud kepadaNYA..

Memang benar.. Aku selalu mendengar, kalu mengantuk, try untuk tundukkan kepala seperti sujud, tapi mustahil untuk dilakukan ketika dalam kuliah.. Nanti orang tengok pelik pulak...Hehehe..Dan jikakite pening kepala, jangan terlalu bergantung pada ubat, try untuk berwudhuk dan sembahyang sunat 2 rakaat.. Pada sujud yang terakhir, sujud biar lame sedikit supaya darah dapat turun dengan sempurna dan setelah itu pening anda akan hilang.. Tetapi harus diingat, bertawakal kepada ALLAH kerana DIA yang memberi dan menyembuhkan kita semua..

Aku masih ingat, ketika aku sedang ber'sms' dengan bakal suamiku, dia pernah memberitahu, waktu terbaik untuk study adalah di antara pukul 3-6 pagi.. Pada waktu itu, oksigen dalam tubuh adalah pada araspaling tinggi.. Dan demikian itu juga aku terus berfikir.. Relevan kalu kite sebagai student bangun bukan sahaja untuk study tetapi untuk bertahajud juga.. Bukankah satu keuntungan, selain mendapat ilmu dunia kite juga dapat saham untuk akhirat.. Ini adalah bukan satumitos, tetapi kajian daripada seorang doktor yang mengatakan tahap oksigen paling tinggi dalam tubuh adalah pada waktu itu..

Tidak hairanlah jika kawan2 aku yang jenis suke tidur awal dan bangun malam untuk study, mereka akan dapat skor dalam exam.. Aku dapat melihatnya sejak matrikulasi lagi.. Kawan aku ni jenis study pukul 2-6 pagi dan sentiasa skor 4 flat dalam exam..Begitulah hebatnya ciptaan Allah.. Setiap yang terjadi adalah sebabnya, cuma kite yang tidak mengetahuinya..

Sebenarnya, nukilan ini ditulis adalah rentetan daripada lab bio.. Pada 2 minggu lepas, aku mengkaji sel tumbuhan dan haiwan.. Aku mengambil sample "Elodea Leaf" dan melihat melalui microscope..Pada pembesaran 4x dan 10x, ianya tidak jelas.. Tetapi bila ditingkatkan pembesarannya kepada 40x, aku dapat melihat microorganisma yang hidup dicelah2 liang2 daun itu.. Alangkah besarnya ciptaan ALLah.. Allahu Akbar..

Mak aku pernah berpesan, " Adik, kalu adek ade uji sesuatu dan berhasil, jangan terlalu riak.. Ingat, itu semua 'kerja' Allah semua, bukan kite.. Kite diberi ilham untuk berbuat demikian.."
Kepada kawan2 seperjuangan, manfaatkanlah ilmu yang anda ada itu kerana dengan itu kite dapat menambah ketaqwaan kepadaNYA.. AKu sebagai ahli fizik, aku juga berbangga kerana dapat belajar tentang biologi dan kimia.. Dan aku masih ingat lagi ketika belajar FizikAsas 2 dengan Prof Rosli, dia ade kate, "Awak tau tak jarak diantara planet2 sudah dekat.. Jika kite apply kan rumus electric force, kita dapat tau berapa jarak di antara planet2..Dan apa yang kite tidak tau, pertembungan planet2 dan di saat itu hari Akhirat telah tiba...."

[NOTA]: Saya ada melukis bentuk sel tumbuhan yang dilihat melalui microscope dan diambil gambarnya.. Nanti saya akan attach kan untuk tatapan pembaca..


Sel bawang dibawah pembesaran 10x dan 40x (kurang jelas)

Sel bawang pada pembesaran 10x dan 40x (lebih jelas jika dititik dengan iodin)

Sel tumbuhan (daun hijau) pada pembesaran 10x dan 40x (titik2 hitam adalah klorofil)

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online