Apa makna ranjau??
Apa makna duri??
Aku sendiri pon tak pasti apa maksud tersurat perkataan di atas.. Cuma ianya ada makna tersirat dari diri aku.. Hidup ini tidak akan terlepas dengan dugaan dan ujian daripada Allah sama ada dalam bentuk sedar atau tidak.. Tapi ianya bukan satu perkara yang baru dalam hidup aku dan aku sudah sedia maklum tentang perkara itu..Pernah ustaz kat sekolah aku dulu cakap, "Allah takkan uji hamba-NYA jika hamba-NYA bukan tergolong dalam golongan yang sabar"..
Aku seorang yang sabar ke?? Menurut kiraan tarikh lahir aku, aku tergolong dalam golongan yang CEPAT root number 3 (aku tak pasti la kiraan metafizik ni dipelopori oleh sape, nanti kalu aku tau aku update balik post ni).. CEPAT ke aku ni?? Mungkin sebilangan perkara aku bersetuju dengan root number berdasarkan tarikh lahir tu DAN ade jugak sebilangan perkara tu aku tak bersetuju dengannya..
Mungkin kerana CEPAT tu lah aku tak dapat dengan CEPAT apa yang aku nak then aku terasa terkilan.. Mungkin jugak..Kerana terkilan itu lah aku anggap sebagai dugaan daripada Allah.. Tapi aku percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi sama ada kite sedar akan hikmah itu atau tidak..
Gambar Hiasan
Sekarang, tugas aku mentadbir hati dan perasaan agar tidak tewas dalam mengharungi UJIAN Allah ini.. Ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-NYA.. Insan seperti aku iman hanya senipis kulit bawang.. Jadi,, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah agar diri kita sentiasa dirahmati-NYA dan dilindungi-NYA..
p/s : kepada kawan2 yang mengetahui kisah hidup aku dan memberi dorongan serta semangat kepada aku, aku mengucapkan ribuan terima kasih.. Sokongan korang menguatkan kaki ini berdiri untuk menempuhi kehidupan pada masa akan datang..
1 Comment:
Ye .. betul kate anim... semua itu ujian dari NYA yg mengasihi kita sbg hambanya.Kita diuji strusnya meningkatkan thp keimanan kita pd NYA. Tanpa kite sdr setiap kali ditimpa mslh... kite semakin dekat dgn NYA.
Tiada yg cepat atu lambat dlm sesuatu perkara itu... semuanya adalah tepat kerana ALLAH telah menjadikan yg cantik dn molek utk kite lalui!
Post a Comment