:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, August 19, 2008

15 Tahun Yang Lepas..

Semalam aku duk termenung..Teringat zaman sekolah dulu..Kawan-kawan dan guru-guru yang pernah mengajar aku.. Jika dihitung, dah berpuluh2 guru yang telah menyumbangkan bakti kepada insan ini.. Tidak kira guru secara formal atau tidak.. Mengimbas kembali guru2 yang mengajar aku ketika di PASTI.. Namun, imbasan itu tidak berjaya untuk aku menyebut nama guru2 tersebut.. Maafkan ku Cikgu..

Seingat aku hanya 3 orang sahaja cikgu yang mengajar aku ketika di PASTI itu.. Semuanya aku panggil ustazah.. Mungkin aku lupe nama mereka disebabkan aku hanya bersama mereka selama setahun sahaja.. Aku dihantar ke PASTI ketika umurku 6 tahun.. Bukan ibu bapaku tidak mahu menghantar aku seawal 5 tahun, namun aku yang TIDAK mahu ke sekolah.. Aku masih ingat lagi, semasa aku 5 tahun, ibuku ke PASTI untuk mendaftarkan namaku.. Aku hanya ke sekolah selama 3 hari sahaja.. 3 hari itu pun aku sudah mengamuk2 di sekolah kerana mahu pulang.. Malu jika diimbas kembali.. Lucu pun ada.. Hehehe.. Amukan aku mengalahkan budak 2 tahun.. Tudung yang ku pakai sudah ku tanggalkan.. Tangan dan kaki ku sudah 'melibas-libas' orang yang berada disekiling.. Mujurlah cikgu2 ku tak mengikat tangan dan kaki ku macam orang tak siuman.. Hehehe.. Sehingga lah ibu ku datang jemput dan aku pun bersuara, "mak, adik tak nak ke sekolah lagi"...

Esoknya, aku tidak lagi ke sekolah seperti kawan2 ku yang lain..Hatiku riang..Hehehe..Mak aku tak habis2 membebel.. Mane dia tak geram.. Yuran dah bayar, tapi tak nak gi sekolah.. Puas seorang ibu memujuk anaknya, namun tak berhasil..Hehehe..Akhirnya, kakak2 ku yang menjadi 'guru peribadi' untukku di rumah.. Kakak sulung ku selalu membandingkan aku dengan adik kawan2 dia.. Katanya, "adik kawan kak umur 5 tahun dah pandai baca. ni adik. sekolah pun tak nak pegi".. Dalam hati aku peduli ape janji aku bahagia duk rumah lagi, boleh main2..

Masuk 6 tahun, aku dah tak payah disuruh untuk ke sekolah.. Malah aku yang tak sabar untuk ke sekolah.. Pakai jubah hijau tua, tudung hijau muda.. Naik kete Sue.. Sue bukan makcik aku, tapi jiran aku..Dia amik upah hantar budak2 ke sekolah.. Sehingga lah selama setahun aku bersekolah di PASTI.. Namun aku berjaya buktikan wlaupun aku hanya bersekolah selama setahun, namun aku berjaya mendapat nombor 1 keseluruhannya mengalahkan budak yang bersekolah 2 tahun.. Mak pun cakap, "hebatnya anak mak"..

Bukanlah berbangga, tetapi jika difikirkan balik, jangan lah terlampau menekankan pelajaran anak2 sehingga anak2 menjadi tensen.. Isu sekarang, budak darjah 1 dah dihantar tuisyen.. Hebat.. Contoh terdekat anak buah aku je.. Kadang2 kesian aku tengok zaman budak2 nye.. Ditelan dengan buku2.. Bukanlah tidak bagus.. Tapi psikologi kanak2 menekankan penting zaman kanak2 itu diisi dengan pelbagai permainan.. Mean permainan yang bermanfaat lahh.. Malah kartun di TV pon banyak moral value nye.. Cuma setengah ibu bapa sahaja yang fikir, kartun tu boleh rosak pemikiran budak2..tetapi kartun tu tak termasuklah kartun Sin Chan yang aku kategorikan 'kartun sewel'..

Apa yang pasti, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya.. Aku tidak boleh bercakap banyak kat sini sebab aku belum ada anak.. Setiap anak itu dicorak oleh ibu bapanya.. Namun, apa yang pasti biarlah kite menjadi ibu bapa yang cemerlang.. Dapat mendidik anak bukan sahaja mendalami ilmu dunia malah juga ilmu akhirat.. Walaupun anak itu tidak dapat cemerlang di mata masyarakat, tapi biarlah dia cemerlang di mata kite sebagai IBU BAPANYA..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online