ish, susulan dari entri marah betul ni, ramai pulak bagi komen.. thanks.. anda yang bukan cikgu pun tau kan betapa besarnya cabaran cikgu hari ni.. sekarang susah, tangan cikgu naik muka budak kang, terus kene saman.. apatah lagi kalau cikgu sepak terajang kt budak.. hoho.. ganas nih kalau ade cikgu gini.. hehe.. aku tak der la sepak terajang budak.. meh sini meh aku share satu kekdah..
mase aku marah betul kat 3 Kamil, memang aku dah pikir dah kalau camni la hari2 gayanya, tak dan 30 tahun aku dah high blood pressure.. tamau.. tamau.. oke, selepas dari kejadian, aku bawak rotan masuk 4 Kamil.. rotan sesat ade dalam meja aku.. kihkihkih.. saiz rotan adalah kecik dan panjang.. kalau kene bidas sekali, mau tinggal kesan merah seminggu.. berani ohhh cikgu ni nak rotan budak.. bukan itu kekdahnya..
rotan berfungsi sebagai bahan untuk menggetarkan jiwa budak sahaja.. haha.. sebelum aku masuk 4 kamil, dorang dah intai aku turun tangga sambil jerit 'cikgu bawak rotan..' tak nak bagi dorang lari, aku amik short cut naik tangga tengah2.. rupenye terlepas jugak 5 budak.. takpe.. takpe.. masih ada cara lain.. aku pun masuk kelas dengan muke ketat, tamau senyum langsung..
rupenye, dengan melihat rotan pun budak2 ni takut2 ayam jugak la.. sekali aku bagi arahan suh keluarkan buku, terus pegang buku maths.. untuk bagi dorang kecut lagi, aku amik kamera dalam handbag n pasang video.. aku cakap sekarang cikgu dah ada bukti samada pelajar 4 kamil ni belajar ke atau main2.. kamera tu tepat2 pada pintu masuk kelas.. aku tambah lagi cakap video ni bukti pelajar masuk kelas math lambat..
terus dorang takut.. wawawawa.. aku bagi satu soklan untuk buat histogram n poligon.. soklan tu dorang perlu lengkapkan dengan kira upper boundary, lower boundary, midpoint.. sebelum2 ni aku yg bagi soklan, aku yang jawab... tetibe bile dah ade kamera video bagai, boleh pulak dorang buat sendiri.. sekali ulang ajar pun dah boleh faham.. megik ni megik.. kuakuakua..
jadi, hari tersebut aku mengajar dengan senang hati, tak perlu nak menjerit2 macam orang gile dalam kelas dan tak tension.. yang lucunya tentang 4 Kamil ni, aku bagi lagi soalan lain pada pukul 12.45pm, dorang still buat.. selama ni jangan harap.. kul 12.30pm pun dah galas beg nak balik.. kihkihkih..
Hari Jumaat aku masuk 3 Kamil.. buat kekdah yang sama.. n yes.. kerana penangan kene baling buku n kene baling kertas, semua siap homework.. megik ni megik.. rase nak lompat2 katak tanda puas hati dan berbaloi apa yang aku ajar selama ni.. pasang video n bawak rotan jugak mampu buat mereka bagi tumpuan mase aku ngaja.. so, alternatif aku ni menjadi la.. kite tengok minggu depan budak patuh lagi ke tak, kalau tak, kene cari alternatif lain lagi la.. ayoooo...
0 Comments:
Post a Comment