:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Friday, March 18, 2011

Saya Yang Menurut Perintah..


SEORANG GURU BIASA
[lebih kepada tugas sebagai guru kelas sebenarnya]

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia [seorang guru mungkin ada 2 panitia] - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Kemerdekaan, Bulan Bahasa, Hari Anugerah, Sekolah Selamat, Minggu Sains & Teknologi dsb..

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid /Buku catatan relief guru /Buku tugasan mingguan /Laporan mingguan /Laporan keceriaan /Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan/ Buku Kokurikulum murid /Borang permarkahan kokurikulum

8. Menghantar murid ke Klinik

9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

12. Mengisi data murid SMM

13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

14. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

15. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

16. Menulis surat amaran jika pelajar tidak hadir ke sekolah lebih 10 hari secara berturut2 atau tidak.. surat amaran ada 3 kali.. amaran pertama, kedua dan ketiga..

17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

19. Menyiapkan program Head Counting

20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

21. Menyiapkan file bupamko, persatuan, kelab dan sebagainya

22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

23. Mengendali masalah / kebajikan murid

24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

27. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

31. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 x 45 = 90 x 5 = 450 kertas

32. Mengendalikan perhimpunan murid

34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..



1 Comment:

lynntaib said...

salam hanim.. ni saje nak kasi berita gembira sikit..

b4 tu nak perkenalkan diri sy cikgu jugak, suka baca blog ni. panggil lynn je

ha, beritanya, tahu tak, kerajaan sekarang dah agihkan 2 orang kerani untuk membantu tugas guru di sekolah. kerani tu khas untuk bantu tugas cikgu je.. diorang baru sampai 2 minggu before cuti baru ni.

tapinya, ini baru tempoh percubaan so ada 50 buah sekolah je yg terima kerani ni. luckily sekolah sy dapat! kalau respond +ve nanti, so semua sekolah akan diagihkan kerani untuk bantu guru secara berperingkat lah

nak tahu apa yang kita suruh diorang buat? we can even ask them help us to combine n staple the exam papers! hoho best best.. pastu kalau tak silap, tiap kali meeting diorang yg akan salin minit mesyuarat dan mcm2 lg..

=D

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online