:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, March 17, 2011

Exclusive Breastfeeding 2..

oke sambungan eh..

paling mencabar dalam penyusuan eksklusif ni bile kite tidak bersama dengan baby.. maksudnya, ke tempat kerja, atau ke kursus.. kalau ke tempat kerja, mampu la kan untuk kite kumpulkan stok lebih kurang 6 botol 3 oz ke, tapi kalau ke kursus? pengalaman aku kursus di Temerloh.. mase tu mang tak sangka yang aku boleh bawak pam n gigih pam di hotel.. ramai kawan2 yang cam pelik n first time tengok breastpump.. mujur lah hotel yang aku menginap tu ade freezer kecik, kalau tak terpaksa tebal muka tumpangkan freezer kat lobi hotel..


pernah satu mase aku memang give up.. mase mula2 masuk sekolah.. penat nya tak usah cakap.. mase tu, bagi guru kelas kene setelkan SMM untuk dihantar ke KPM.. of coz kene usung laptop hari2 ke sekolah.. jadi beg aku adelah beg laptop, beg pam, beg buku n handbag.. ohh nak patah rase bahu.. kadang2 malu jugak dengan budak2 sekolah n cikgu2 sekolah tu, tapi ade aku kesah? asalkan putera tersayang dapat yang terbaik..


mase tu, aku cadangkan kat en zubir nak tinggalkan spectra 3 kat sekolah aja n nak beli pam baru.. sah2 kene tentang habis2.. bukan en zubir tak sokong penyusuan susu ibu, tapi tau2 la breastpump bukan murah dan kewangan kami belum pun stabil sebab baru sorang bekerja.. en zubir suh aku pikir yang terbaik je n dia pesan, fikirkan keperluan bukan kehendak.. breastpump dah ade, kenapa nak membazir beli 2.. korbankan sikit aja tenaga bawak ke hulur ke hilir.. kalau abang kaya, abang tak kesah [ ayat macam selalu ].. alih2, untuk tak nak bagi aku kecewa, en zubir belikan pam manual Pureen, tapi hampeh sampai sekarang tak gune.. wakakaka.. nasib dia tak claim duit dia.. hoho..


apa lagi eh.. ohh mase aku sakit awal bulan 1.. mencabar yang amat.. nak makan ubat, takut hadeef kene side efek.. bile tubuh kurang sihat, paham2 la susu pun kurang.. hadeef macam tak puas menyusu.. mase tu kerja aku counting days je bile la hadeef nak cukup 6 bulan ni.. takkan nak kene supply FM pulak untuk hadeef.. tapi alhamdulillah, hadeef tak der la mengamuk lapar n dia paham maminya sakit.. bile dia tak mengamuk lapar, aku andaikan dia kenyang la tu..


macam sekarang, aku cirit.. ohhh, seksa.. ekat 30 kali masuk keluar jamban.. betul aku memang kire berapa kali aku dah masuk jamban sejak 2 pagi semalam.. tubuh letih yang amat.. lembik macam sotong dah.. bile tubuh dah tak bermaya, susu memang kurang.. hadeef pulak bukan jenis baby yang suke makan.. jenuh suap bubur, dia tak suke.. hadeef memang betul2 mengharapkan susu dari mami je.. minum ikut botol pun reject.. tapi bile kat nurseri, dia makan bubur dengan selera.. aku pun tak paham peel hadeef ni..


tu je kot cabaran.. orang lain mungkin lagi hebat cabaran dia.. aku ni tak der la teruk sangat pun dugaan.. tapi aku puas hati.. bile aku sebuk usung pam ke hulur ke hilir, aku dah ramai tarik perhatian ibu2 bahawa nak menyusukan anak selama 2 tahun ade jalannya.. sampaikan akak tu terus order spectra 3, sedangkan anak dia dah start FM dah.. dan ade jugak 2 3 orang kawan yang mintak nasihat aku camne nak eksklusif BF.. ilmu yang ada, perlu dikongsi.. ilmu milik ALLAH, kan?


setakat ni jugak aku tak pernah makan pil2 suppliment pun.. belum dapat approval dari en zubir.. dia kate, kalau nak susu terhasil, biarlah secara natural, bukan gune milk booster.. ohhh aku tak kondem mane2 suppliment eh, tu kate laki aku je... memang kalau period susu merudum, tapi aku gune kaedah 'semakin kerap kosongkan breast, semakin banyak susu terhasil..' dan gune kan 'pam' yang terbaik dunia iaitu anak comel kite untuk kosongkan breast.. tu je kot..


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online