Berhabuk!!! dah dah, jangan pura pura buat bersin pulak ye makcik2.. keke.. senanya, bukan sengaja tak nak hapdet, tapi internet connection yang prob, so terpaksa pasrah pujuk hati yang bergelora nak hapdet belog ni.. sebelum tu, takziah pada orang2 di Jepun yang ditimpa tsunami..
dulu, aku ade cakap nak cite pasal perjalanan menyusukan hadeef secara eksklusif ni.. tetibe macam dah hilang la skill nak menulis.. hoho.. aku nyer prob memang cegini, lebih seminggu tak hapdet konpem hilang ingatan terus skill nak merapu merapan kat belog..
macam orang lain jugak, bukan happy je sokmo sepanjang penyusuan hadeef ni.. BANYAK cabarannya, yang penting setiap CABARAN tu pandai kite atasi dan bukan berhenti separuh jalan.. bermula dengan hadeef admit NICU due to meconium aspiration syndrome (tertelan najis), mase tu dah luluh hati sebab tak dapat nak nyusukan dia dalam masa kurang sejam lepas lahir.. nak wat camne, ade hikmah yang tersembunyi kan, kite tak tau..
pastu, aku fikir lagi, mesti nurse kat NICU dah bagi hadeef formula milk sebab aku tak supply susu pun untuk hadeef sebab tak der ransangan, camne susu nak kuar.. buat kaedah marmet pun tak jadi.. tapi, bile aku pegi jenguk hadeef esoknya tu, Dr Nazhan bagitau yang hadeef tak diberi susu pun lagi sebab dia kan kene intubated 5 jam, pulak tu lung belum stabil n doc hanya cucuk jarum masukkan air sahaja.. en zubir bersungguh2 suh aku pam susu supaya hadeef cepat stabil.. sampai sekarang aku masih terbayang2 first time aku tengok hadeef, dia buat mulut seperti nak suck susu.. sangat touching sampai aku bergenang air mata..
hari ketiga aku dah boleh balik umah, tapi hadeef masih di NICU.. so, aku mula kan sesi pam.. mase mula2 kolustrum kuar, warna memang kuning betul.. waaa.. minum sikit hadeef dah boleh kenyang ni.. mase tu, kalau tak silap boleh dapat dalam 2 oz je untuk satu sesi pam.. lepas siap, terus ajak en zubir pi hospital hantar susu.. mase tu, aku just letak dalam botol bumble bee je.. then, ade nurse gitau senang letak dalam bekas dadih sebab lepas gune boleh terus buang.. hadeef pun diberi minum susu melalui tube je..
hari keempat tu, aku hantar lagi susu.. mase tu aku bawak lebih kurang 6 bekas dadih yang pendek tu.. satu tu letak lebih kurang 10 ml je.. mase ni sangat gigih pam... bile en zubir cakap susu paling banyak waktu kul 1-2, aku rela bangun untuk pam.. memang dapat banyak pun.. sebelah boleh dapat 2 oz.. normal la mase mula2 bersalin, susu tak banyak lagi kan.. ALLAH dah bagi rezeki sesuai untuk umur anak..
hari kelima, aku dah boleh admit SCN untuk senang breastfeed kat wad.. mase first time menyusu, memang kekok sangat dan tak reti.. nurse yang tolong ajarkan.. sangat touching jugak untuk pertama kalinya bagi hadeef direct feeding.. mase aku admit wad tu, bekal susu hadeef yang aku bekalkan kat hospital masih ada lagi dalam freezer.. dan mase tu, aku hanya selesa menyusu sebelah kiri sahaja, sebelah kanan bengkak sampai terpaksa buat kaedah marmet, tapi tak tadah letak dalam botol pun, aku just lap dengan kain lampin hadeef je.. membazir kan..
bile hadeef pun dah balik umah, bermula la segala cabaran menyusukan hadeef.. dari segi sokongan suami, aku tak der masalah sebab en zubir memang menyokong sepenuhnya breastfeeding.. mak ayah aku pun tak der masalah sebab mak aku menyusukan aku 2 tahun, so dia dah tau kebaikan susu ibu ni.. cuma, hadeef menyusu sejam sekali.. dan bile sekali menyusu tu, susah betul nak lepas.. sakit pinggang tak usah nak cakap sampai aku fed up.. pernah jugak aku punye perangai sewel nak bagi hadeef formula milk sebab tak larat bangun malam.. so, kalau bagi FM en zubir boleh tolongkan.. tapi alhamdulillah, sedar sebelum terlambat..
pernah jugak suh en zubir belikan hadeef pacifier sebab hadeef menyonyot sampai melecet dan memang pedih la.. tapi bile bagi pacifier, hadeef reject 100%.. oh hadeef.. terpaksa aku kuatkan hati supaya bagi hadeef yang terbaik dan jangan 'tipu2' dia lagi.. bile hadeef nak masuk 2 bulan, tetibe milk production merudum.. nampak sangat tak cukup susu.. memang sedih la.. aku siap survey lagi susu brand apa nak beli, tapi tak beli pun.. rupe2nye, bile diselidik, kawan-baik-bendera-merah datang.. oh, patut la susu jadi merudum..
aku pun start minum air banyak, makan banyak, stat buat air barli, dan alhamdulillah, susu cukup untuk hadeef.. lagi kritikal waktu tu sebab aku nak tinggalkan hadeef untuk kursus di temerloh.. memang gigih buat stok.. sejam sekali aku pam.. walaupun sekali pam tak dapat banyak sebab hadeef pun menyusu, period lagi, tapi tak pe, janji ada.. benarlah prinsip breastfeeding, makin kerap kite kosongkan breast, makin banyak susu yang terhasil..
ish.. penat la pulak nak sambung cite.. bersambung
*****************************************
2 Comments:
Anem skt pnggang sbb susukan hadeef duduk yer?...kalu baring lagi selesa, just kite mengiring n anak pun mengiring sikit...
aniem sekarang baru pandai nyusu kan sambil baring.. dulu tak reti pun.. sejak hadeef dah pandai meniarap awal 4 bulan hari tu, baru stat menyusukan dia sambil baring..
Post a Comment