:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Tuesday, February 17, 2009

Sedikit Stabil..


Program fizik berakhir pada 15hb Febuari, hari Ahad.. sungguh meletihkan, tetapi ada satu pengalaman baru terbina di situ.. sekolah menengah teknik teluk intan atau lebih dikenali dengan SEMAIAN.. pelajar2 tingkatan 5 yg terlibat dalam program yg kami anjurkan ini.. sungguh mereka berminat dan memerlukan bantuan dari kami :-)

Kami bukanlah seorang guru yang sudah diiktiraf profesionnya, tetapi kami membimbing adik2 SEMAIAN untuk menuju ke medan perjuangan terutamanya dalam subjek fizik kerana itu major kami di universiti.. menjadi fasilitator dalam klinik fizik sungguh bermakna dalam hidup anim sebab first time mengajar fizik kepada budak sekolah.. menengah pulak tuh.. sungguh tercabar dan kadang2 rasa dicabar..

Memandangkan kami (pelajar sem 6) tak perlu buat ROS 2, so program ini sebagai medan sementara untuk kami membiasakan diri di sekolah menengah... tapi program ini bukanlah berlangsung pada hari sekolah, so tak dapat nak merasa suasana persekolahan yang sebenarnya dan tak dapat laa nak tengok adik2 memakai baju sekolah putih :-) .. maklum laa, dah lame tinggal kasut sekolah, baju n tudung putih.. kui3..

Tercabar kerana konsep fizik sukar untuk diterjemahkan melalui kapur dan papan hitam mahupun melalui percakapan.. kerana fizik sesuatu yang abstrak dan konsepnya banyak menggunakan logik akal, maka rasa tercabar untuk menerangkan kepada pelajar.. ngeh3.. sebab apa? ade setengahnya yang memang minat untuk belajar, tetapi mereka rasa susah untuk catch up dan faham konsep..

Bile program dan berakhir, sedikit stabil laa hidup anim.. dah kurang sikit terbeban.. sekarang kene fokus pada proposal, macroteaching dan assignment lain pulak.. nak wat camne kan, dah name student, tak kan kije masuk U duk rilek je.. hehe.. cerita tentang adik2 kumpulan anim, anim akan tulis dala entri lain.. ok?

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online