Hari ni anim ke kampus.. untuk siapkan asemen KPT.. hari ni jugak Perak off day sebab Jubli Perak.. janji dengan syikin kul 8.30 pagi.. siap2 untuk ke kampus, anim menuju ke pintu pagar kecil.. tengok2 pintu pagar tuh ditutup.. ya ALLAH, lupe plak.. cuti umum memang tutup.. tahniah untuk diri sendiri kerana telah memenatkan diri berjalan ke pintu pagar tu.. hehe..
Anim pun berpatah ke pintu pagar utama.. sungguh tak suka.. untuk ke library, perjalanan nya sedikit jauh dan perlu melalui kawasan pembinaan.. melalui kawasan itu membuatkan sedikit takut dan gerun.. bukan ape, sebab anim ni perempuan dan sebahagian daripada pekerja di tapak pembinaan itu adalah Indon dan Bangla.. huhu..
Laju2 anim berjalan.. maklum la sorang2 pulak tu.. macam dikejar hantu pun ade.. ngeh3.. hantu Indon n Bangla.. pembinaan tuh dah lame dah.. belum siap2 lagi.. sejak anim di semester 2 dan sampai ke semester 6, masih belum siap.. tapi tinggal lagi 30% kot untuk siap sepenuhnya.. diharap dapat lah siap cepat2.. pembangunan tuh menyebabkan laluan untuk ke dewan kuliah, audi menjadi jauh..
Dengan keselamatan tahap kurang memuaskan menyebabkan ramai pelajar UPSI mengeluh dek kerana pembinaan tu.. lebih2 lagi kalau yang ada kelas malam.. sungguh tidak suka.. alhamdulillah, semester ni anim ade 1 kelas je untuk sesi malam.. diharap pihak UPSI dapat mempercepatkan tempoh siap pembinaan tuh..
************************************************************************************
Tambahan:
Minta pihak UPSI menyediakan tandas diluar library untuk kemudahan pelajar.. jika pelajar berada di bilik 24 jam dan pada waktu itu library ditutup, agak menyusahkan pelajar untuk ke tandas..
Anim yg sakit perut terpaksa berjalan ke tandas yang hampir 5 minit dari library.. disebabkan itu, anim agak lame di tandas [al-maklum, lame dah tahan nak buang hajat..].. lepas kuar dari tandas, anim diperli oleh cleaner.. "ai, mandi ke dik??"..
Sakit hati jugak.. dalam hati menjawab, "ai, makcik ke bayar bil air UPSI?".. tapi kalo jawab cegitu, kurang ajar pulak namanya.. mungkin makcik tuh geram sebab dia dah bersihkan tandas.. kalu tak nak orang guna tandas yg dah dicuci, resign je jadi cleaner.. boleh makcik???
Geram sungguh!!
0 Comments:
Post a Comment