:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Thursday, February 26, 2009

Cerita Dulu dan Sekarang..

Alhamdulillah, hari ni anim berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis bacaan yassin utk kali kedua.. sebenarnya yang 2 minggu lepas anim tak dapat nak hadirkan diri sebab ade meeting utk program fizik tuh.. rase bersalah jugak sebab sebagai Exco Kerohanian, anim gagal hadirkan diri.. tapi disebabkan program itu terlalu berat komitmennya kerana melibatkan carry mark utk subjek, anim terpaksa akur..

Sedar akan 'carry mark' Allah lebih besar nilainya, tapi mungkin ianya boleh di 'top up' kan untuk mende yg lain.. Allah itu Maha Pemurah.. So, tadi pegi ke Taman Universiti Baru, rumah no 8.. terima kasih pada tuan rumah kerana sanggup menumpangkan rumahnya kepada penghuni2 taman untuk bacaan yassin ni.. but, sebelum pegi tuh, hujan turun renyai2.. bukan senang rahmat hujan ni kita dapat apatah lagi pada malam jumaat..

Terima kasih kepad sahabat anim, Fana sebab menumpangkan keretanya untuk ke rumah tuh.. semoga setiap titisan minyak kereta yg terluak itu Allah gantikan dengan berpuluh2 ganda pahala untuk Fana.. Amin.. sebenarnya, teramat lah rindu akan suasana sebegitu.. smaaza laa sekolah yg banyak mentarbiyyah kan diri anim sendiri.. Alhamdulillah, anim dihantar ke sekolah itu walaupun pada mulanya mengamuk jugak tak nak =]

Maklum la, lebih interest untuk ke sekolah sains sebab peluang itu ada.. tapi bile ayah dah nasihat cakap sekolah ni the best, anim pegi jugak.. dan ternyata ianya memang the best.. the best utk semua perkara.. kat sini anim tau masuk usrah, tazkirah, taalim, sembahyang berjemaah dan bacaan tahlil.. ya Tuhan, rindu nya saya akan suasana itu..

*************************************************************************************
Cerita dulu di sekolah ada .............

Usrah..
Setiap tahun akan diperbaharui sape naqibahnya.. seminggu mesti ada sekali usrah.. kadang2 2 kali.. dulu tingkatan 1, 2 n 3 hanya jadi ahli usrah.. tapi bile naik tingkatan 4 n 5, pernah terpilih jadi naqibah.. huhuu.. rindunya.. dan bila akhir tahun akan diadakan jamuan antara naqibah dan anak2 usrahnya..

Tazkirah..
Tazkirah pendek je.. lepas maghrib sementara Isyak.. perisian rohani sentiasa ada.. anim pernah ingat pesan Ustaz, hati kita lebih dari 3 hari tak dengar tazkirah atau tak ade pengisian rohani, akan ade satu titik hitam dalam hati.. sebab itu kadang2 kita terlalu menjadi hati batu, degil n ego.. lebih memalukan, ego pada yang Esa..

Taalim..
Tak silap anim hari selasa malam taalim.. disampaikan oleh Ustaz Syed.. walaupun kadang2 mata terpejam waktu taalim ni, tapi suara2 pentaalim tuh still masuk dalam lubang telinga.. oho.. Ustaz Syed ni pun kire bes jugak bagi taalim.. kadang2 satu malam hanya sesi bersoal jawab laa.. taalim tak pernah campur dgn ikhwan (saudara2 lelaki), hanya sekitar akhawat (saudara2 perempuan) sahaja.. so, kami tak malu laa nak bertanya soalan yang lebih peribadi kepada Ustaz terutama dalam konteks permasalahan wanita..

Sembahyang berjemaah..
Sungguh saya rindu untuk berjemaah.. walaupun dulu banyak kali ponteng sembahyang berjemaah (waktu tingkatan 4 n 5 laa.. naik 'lemak' sikit ngeh3), tapi feeling utk berjemaah masih ada sampai sekarang.. niat sentiasa ada, tapi untuk laksanakan, ya Allah, sungguh susah.. syaitan sentiasa menghalang.. lemahnya saya..

Bacaan Yassin n Tahlil..
Khamis malam jumaat memang akan diadakan tahlil.. setiap minggu akan bergilir2 untuk conduct sesi tahlil ni.. bile tamat je tahlil, kami akan nyanyi kan lagu2 nasyid .. berebut laa pilih nak nyanyi nasyid apa pada malam tuh.. dan salah satu nasyid yg sentiasa jadi pilihan, adalah lagu di blog anim ni.. sungguh saya rindu..

*************************************************************************************

Sekarang...
Dah jarang anim lakukan atau involve semua2 tuh.. cuma cuba untuk hadirkan diri disetiap kuliah atau ceramah agama agar hati ini sentiasa ada 'makanan' untuknya.. dan bacaan yassin tadi betul2 mengingatkan anim kenangan sekolah dulu dan juga kenangan2 lain..ngeh3..

p/s : entri ini agak panjang..tetibe penulis dihimpit perasaan rindu pada zaman dolu2...

3 Comments:

Raihah Rosli said...

Alhamdulillah...

Aniem beruntung... at least masa sekolah dlu aniem da pernah rasa suasana mcm tu...

Org sekolah harian biasa... mmg x de benda2 cm tu...

Dan sampai sekarang org rasa... indhnya kalau aku dlm suasana sebegitu...

'Sesungguhnya aku manusia pengembara' :p

Mami Hadeef said...

em,, yela.. betul tuh.. sekarang baru rase beruntungnya disekolahkan di sekolah agama..

takpe eah.. eah bulih je involve skarang..tak dapat involve dlm community, wat secara individu dah cukup..

Kadang2 orang yg tak pernah dapat itu lebih menghargai dari orang yg pernah dapat..

Anonymous said...

anem!!!!
aku windu nak usrah ngan akak2 smaasza dulu!

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online