:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Monday, February 9, 2009

Kerana Sebuah Persahabatan..

Hari ini ada dua insan yang menggembirakan hati anim.. sungguh anim tak sangka.. kerana persahabatan itu, mereka utuh untuk berdiri bersama-sama dengan anim, bergelak ketawa dan bergurau senda.. siapakah mereka??

***************************************************************************************
Pukul 5.00 petang, handset anim berbunyi.. mase tu tengah tido.. dah alarm untuk bangun 5.30 petang.. tubuh tak de la letih sangat, tapi memang dah habit untuk tido waktu petang.. tapi ade setengah orang cakap tido petang melembabkan otak!! betul ke?? hehe.. lembab sekejap je kot.. bile dh goyang2 cikit otak, aktif laa dia.. ngeh3..

Tengok kat skrin handset, no tak tertera hanya menulis 'Calling' sahaja.. pelik jugak.. bese2nye kalau nombor yang tak der dalam list akan tertera nombor tuh.. tapi ni tak.. then anim angkat laa.. tak berapa cam sebab mamai lagi tido.. suara perempuan.. dia pun tanya anim, kenal tak sape ni?? masya ALLAH.. aja rupenye..

Aja merupakan kawan anim mase sekolah menengah.. tapi hanya 3 tahun bersama dia sebab naik tingkatan 4 dia bertukar sekolah.. hubungan kami tak der laa rapat sangat mase tingkatan 1 -3.. tapi bile naik tingkatan 4, kami jadi makin rapat.. sentiasa sembang bersama.. tapi sebab permintaan mak dan arwah ayahnya supaya berpindah sekolah lain, dia pun pindah laa.. sedih jugak laa.. sehingga kan dia tak bagitau anim dia nak pindah.. tapi akhirnya memang anim tau.. hehe.. dan yg mengingatkan janjinya pada anim, "aku akan mari sokmo sini lawat mung.."

Sehingga la dari saat tuh, setiap kali pulang dari asrama, anim akan bergayut dengannya di tepon.. hehe.. kalu budak2 sekolah zaman sekarang sebuk bergayut dengan pakwe2, zaman anim sekolah dulu anim bergayut dengan sahabat sama jantina je.. seronok sembang sebab anim ni bile dah mula bersembang, tak akan ade titik berhentinya.. bak kata dalam hidup anim, tak der 'lampu merah' dalam bersembang..ngeh3..

Sekarang Aja blaja kat Birmigham, UK.. maknanya anim mendapat panggilan dari UK tadi.. sepanjang Aja duk sane, ini kali kedua Aja tepon anim.. first dia tepon, amat jakun laa anim sebab bile kite sembang dalam tepon pada jarak yang amat jauh, suara kite akan lambat didengar oleh sorang lagi.. so, bile bercakap akan bertindih2 laaa..

Aja tepon anim bertanya kan sesuatu... sesuatu itu yang membuatkan kami bergayut selama 45 minit.. adus.. dari UK-Malaysia, tak tau berapa Aja habiskan kredit.. bile anim cakap tak pe ke ni, dia cakap, tak kesah pun.. kerana sebuah persahabatan, kite akan sanggup buat apa saja.. thanks Aja.. hehe..

Itu kisah Aja..

*************************************************************************************

Dalam kul 6.30 petang, T-hah hantar mesej ke anim.. dia cakap rindu.. kerana sebuah persahabatan, jasad tidak bersua tapi hati tetap bersama.. T-hah ni pun same dengan cite Aja.. kami rapat mase tingkatan 4.. tak sangka T-hah bertukar sekolah sebab dia n anim berjanji nak stay sekolah tu sampai tingkatan 5..

Anim ingat lagi, mase tingkatan 3, T-hah datang mintak maaf nge anim.. rupenya dia 'lubang'kan baju sekolah putih anim nge seterika.. hehe.. takut2 dia.. sebenarnya anim n dia pengawas.. ada kala kami berpakaian baju sekolah putih.. ye laa, kadang2 rase nak pakai same dengan kawan2 jugak kan.. asik baju biru macam polis je.. ngeh3..

Bila dia tengok anim langsung tak marah dan tak nampak air muka ingin marah, dia jadi serba salah.. bagi anim, mende dah berlaku.. nak marah bukan baju tu akan hilang pun lubangnya.. hehe.. sejak itu laa kami rapat.. lagi satu, kami ade sifat yang same.. hehe.. gelak kuat2.. bukan laa sengaja dikuatkan, tapi dah memang natural.. hehe..

Kami tidak bulih bersua sebab kami akan gelak kuat2 bile ade cite2 lucu.. untuk berjumpe perlu ke tempat sorok2 sikit, baru puas nak ketawa.. nasib baik pompuan2.. tak der la menimbulkan fitnah kalau duk tempat sorok2 sikit.. ngeh3.. sememangnya Aja memahami kami sebab bese kalu jumpe akan bertiga... anim, tihah dan aja..

Dan mesej petang tadi, t-hah cakap nak jumpe anim sebelum anim kawen.. kerana sebuah persahabatan, dia mungkin rase 'kehilangan' bile anim kawen nanti.. maklum laa, pergerakan mungkin sedikit terbatas sebab dah bersuami.. untuk menghargai mase2 yang ada, anim plan untuk berjumpe dan anim akan turun KL stay kat UKM dan berjalan2.. semoga tihah akan berpuas hati nanti dan menghargai detik2 bersama anim.. :-)

*************************************************************************************
Ada gambar untuk diuploadkan.. nanti la yea.. internet slow ni.. semoga persahabatan ini akn kekal selamanya walaupun status anim akn bertukar nanti :-)

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online