:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Wednesday, February 18, 2009

Disebalik Tugas Guru..

Artikel ni dikutip dari blog seorang kenalan siber yg merupakan seorang guru.. tertarik dengan ayat yang mengungkapkan disebalik tugas seorang guru dan anim pernah merasainya keadaan seperti itu walaupun just untuk 2 bulan je sebagai cikgu ganti.. ini lah disebalik tugas seorang guru..



Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1petang dah boleh pulang
kalau masuk kelas,bebel-bebel sikit,lepas tu
keluar.........

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak
kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang dibilik guru dari buat kerja.....

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...

TETAPI

Orang tak tahu.....

Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti ko-kurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.

Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk kena buat persediaan mengajar..
kena marah dek cikgu, murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka mereka....

Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks...
habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeraniaan, isi data budak, tulis surat,
hantar budak ke klinik, hantar budak pertandingan, tanda buku latihan,
buat soalan ujian, peperiksaan hantar data, menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....

Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti, cikgu kekadang kena ke sekolah juga sebab nak siapkan kerja...

Ramai orang tak tahu
cikgu ni moto dia ada satu saja
'saya yang menurut perintah'

Setelah difikirkan, yes.. anim bersetuju dengan kata2nya... yang pentingkan ikhlas diri, ilmu yang dicurahkan akan sentiasa kekal dalam diri mereka dan bertambah meningkat pahala kita andai kata ilmu yang diajarkan itu digunakan pada jalan yang di redhai-NYA..


Tambahan : Menjadi kebanggaan kami andai dikau berjaya dengan cemerlang.. andai dikau terbabas di pertengahan jalan, kami akan mendoakan dikau supaya kecemerlangan akan tiba untuk dirimu biar pun hingga ke hujung jalannya..

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online