:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, January 16, 2010

Akhirnya Ianya Terbongkar...

Ohhh!! baru sorang dah tau.. boleh ke aku simpan lagi brite nih? aisy.. rase dah tak tertanggung jerk.. lalalalalala.. itu pun sebab kakak aku bergurau tadi.. takkan aku nak cakap, TAK.. itu tolak rezeki namanya.. tapi aku rase kadang2 perlu jugak dihebohkan dalam blog ni supaya doa dari semua readers itu dimakbulkan ALLAH.. mesti doa yang baik2 bukan?

Kalu cegitu, korang doa yang baik2 je untuk aku ek.. ke nak tau jugak ape ke bendanya? yang paling penting, hadiah besday utk abang tahun ni adalah hadiah dari ALLAH jugak.. itu yang paling istimewa sebenarnya walaupun hadiah aku untuk dia beratus2, tapi hadiah ALLAH itu free.. ^_~


p/s: kalu entri ni memeningkan kepala anda, tak payah ulang baca.. tutup je terus page blog nih.. haha..


Hepi Besday Sayang!!

Sebenarnya, banyak mende yang aku nak gelak jahat kat abang.. ngeh3.. first2, memandangkan 16.01.10 besday abang, 'anak2 angkat' kami yang tidak sah yakni kucing telah menghadiahkan 'sesuatu' yang istimewa untuk abang.. kami baru balik dari Trg n bawak sekali ayahanda dan bonda jalan2 ke kuantan.. al-kisahnya, lebih kurang pukul 11.10pm kitaorang keluar jap gi UIA untuk kutip duit kereta sewa..



Abang bukak pintu rumah then abang cakap apa bau masyam2 ni.. dek kerana abang memang kurang peka terhadap persekitaran, aku gak yang nampak 'sesuatu' istimewa dari kucing untuk abang.. yang bes nye, abang dah terpijak..yerk!!!! aku gelak jahat gile kat abang.. aku cakap, kucing bagi hadiah, abang kene terima ^_~ muka abang yang sangat bengang akhirnya mampu ditenangkan oleh isteri tersayang =P



2nd plak, abang demand hadiah yang mampu-mengurangkan-berat-badan dia.. sebenarnya, aku dah bagi hadiah besday dia.. kasut jogging wehh.. before sale RM 5++.. after sale bulih la lebih kurang RM170.. lepas tu, mengada2 cakap aku dah janji nak bagi dia dumbell.. isy, geram aku.. pastu, bagi mengelakkan duit aku melabur ke arah yg bukan2, aku buat syarat.. abang nak dumbell boleh, tapi kene turun dalam masa 5 kg.. dengan nada megah, dia cakap, senang je..



Aku sengaja bagi syarat camtu sebabnya seminggu kitaorang pulang bercuti di kampung.. dah tau, kat kampung abang memang takkan boleh dietnya.. lebih2 lagi bile balik rumah mak dia, demand nak makan macam2 sebab aku malas nak buat, dia demand dengan mak dia.. ngeh3...lagipun selalu puji masakan mak dia sedap.. macam lah masakan mak aku tak sedap.. aku heran gak, masakan aku tak pernah pulak dia puji sedap.. apa ke halnya? hahaha..



Dan yang last, paling aku tak leh blah.. disebabkan dah jadi laki bini, aku tak sempat nak beli kad besday dia secara haram sebab selalu gi mana2 dengan dia... pastu, terpaksa la taip mesej walaupun tuan punye badan ada kat sebelah.. bile bunyi mesej, dia pun baca.. first2 ayat yang dia cakap,

"eh, abang dah 23 ke?"



Gelak aku sebab ayat dia tu.. aku cakap, habes tu abang nak umur 18 tahun ke? aling tukar mesej eh.. hahaha.. boleh tak sedar dia dah TUA.. kuikuikui.. then, aku cakap kt abang.. bes la abang, tahun ni dapat hadiah besday yang paling istimewa.. ngeh3..



Dan yang terakhir, untuk abang..

HEPI BESDAY SAYANG SWEET 23.. Semoga ALLAH panjangkan umur abang.. Semoga abang dimurahkan rezeki.. dan yang paling penting, semoga ibadah abang semakin bertambah seiring dengan pertambahan usia abang.. thanks sayang atas segala2nya..



Thursday, January 7, 2010

HAJI

Kalu aku tulis entri pasal HAJI ni, mesti aku dikira orang cam terlepas flight je kan.. orang gi haji pun dah lama balik, takkan aku baru nak bercerita pasal haji plak.. huhuhu.. tapi yg pasti, ketidakmunculan aku di blog dalam tempoh yang lama tu bukan bermaksud aku gi menunaikan ibadah haji ye..



Baru2 ni, aku dan abang gi Tabung Haji.. nak daftar nama untuk ke Mekah menunaikan haji.. memang niat dah lama nak pergi TH, tapi abang asek balik lambat je dari Hospital, aku maleh nak berkejar2 plak.. lagipun, baru sekarang aku duk dengan abang.. dulu aku asek berulang je kan TM-Kuantan, mane sempat nak gi TH sama2..



So, semangat yang amat aku gi TH.. memang dah tau dah, minimum duit dalam simpanan bank TH mesti RM1300.. aku layak, abang tak.. hahaha.. so, akak tu pun daftarkan dulu nama aku sementara abang gi bank islam wat kuar duit [JPA dah masuk kan, so beliau sedang kaya sekarang].. aku pun tunggu abang kat TH je..



Tengah2 aman aku tunggu laki aku, tetiba ade sorang pakcik ni yang kurang betul agaknya, masuk dalam bank dan selambe badak hisap rokok.. sakit hati sungguh.. lemas aku duk dalam bank tu.. dalam aircond nak hisap rokok.. ikut hati rase nak tarik rokok tu, cucuk dalam lubang hidung dia.. [ohoho, kejamnya aku..]



Bile abang dah sampai, kitaorang terus ke kaunter yg sama sebab akak tu cakap dah tak payah amik nombor giliran lagi.. kuar je penyata, aku terkejut gak sikit sebab tahun aku dan abang akan menunaikan haji adalah pada
2029 M..waaa.. maksudnya umur aku dan abang waktu lebih kurang 42 tahun.. aku pun cakap kat abang, anak sulung kite mesti umur 19 kan.. [kalu anak umur 19tahun, maknanya aku akan beranak tahun ni gak la kan? haha.. semoga dipermudahkan oleh-NYA]..



Dan aku terkejut gak, selang masa pendaftaran haji antara aku dengan abang hanya 17 minit sahaja, tapi beza nombor pendaftaran haji kami lebih kurang 1500 orang.. dalam tempoh mase sekejap, rupenye berduyun-duyun hamba ALLAH yang telah mendaftar nama untuk menunaikan haji.. Allahuakbar!



Sebab aku rase tak puas hati, aku pun cakap kat akak tu..


"akak, nanti buku haji saye nak kuning dah nak tunggu gi haji.. memang tak leh dipercepatkan ke?"



Akak tu senyum kat aku..


"Sebenarnya camni, tahun yg ditetapkan tu adalah mengikut sistem je.. kekosongan yang ada.. sebab ade yg mak ayah dah daftar untuk anak dia kan, sebab tu jadi ramai.. yang sebenarnya, TH akan panggil jemaah haji selepas mereka mendaftar lebih dari 5 tahun dan kurang dari 10 tahun.. kalu kire pertengahan, lebih kurang 8 tahun lagi la awak akan dipanggil.."



Aku balas..


"ooo.. camtu.. kalu tahun 2029M baru dipanggil menunaikan haji, saye gi mintak balik buku haji dengan TH sebab buku saye dah kuning dah waktu tu.. hihi.."



Alhamdulillah.. semoga ALLAH mempermudahkan jalan aku dan suami untuk ke Mekah.. aku dan abang akan dapat menunaikan haji paling cepat 5 tahun dan paling lambat 10 tahun kalu kira start dari sekarang, insya ALLAH..




Aku mengaku gambar tak jelas, tapi nak tepek gak kat blog.. kat atas penyata tu ade tertera tahun kami akan menunaikan haji.. 2029 M..



Bila aku nak baca buku nih?? hihi.. asek ngadap blog je.. tapi baca sekarang pun belum tentu akan melekat dalam otak aku ni untuk jangka masa panjang.. aku kan suke study last minutes.. ngeh3..



Wednesday, January 6, 2010

Takder Kerja Ke?

Semalam aku tak leh tido.. puas golek kanan, golek kiri, mata tak leh pejam macam aku sendal kayu mancis kat kelopak mata.. i know what's the reason.. kaki lenguh la, perut tak selesa la, sesak nafas la.. macam2 piil aku atas katil..

Aku masuk tido awal dari abang sebab abang tak nak sembang dengan aku.. hahaha.. see, penangan exam.. itu yang aku tak suke bile abang exam tu.. ke'tension'an dia selalu terserlah dan akhirnya meragut aku sekali untuk tensen bersama2 dengan dia.. =D .. balik exam hari Isnin dia ceria.. balik exam hari Selasa muka masam.. adeh.. sebab abang dapat patient yang tak leh bagi kerjasama.. ni antara dialog yg aku reka, tapi ade iras2 la dengan question yang abang tanye pada patient mase amik history..

"makcik masuk hospital ni sebab apa ye?"
"ntah la..makcik lupe.. makcik dah tua.. umur pun dah 76.. "
"sebelum2 ni Doktor ada gitau tak makcik sakit ape?
"makcik tak tau la.. "
"makcik duk sorang ke kat hospital ni?"
"a'ah.. anak2 makcik semua....bla...bla.. bla..[menceritakan kisah anaknya]

Dan sebab lain mungkin exam hari selasa tak dapat doa dari isteri kot.. haha.. aku bantai tido bangun kul 10 am.. hari isnin tu, aku tak ngantuk sangat sebab jiwa aku segar seolah2 macam aku yang nak gi exam.. dan pagi isnin tu jugak aku bacakan Yassin 3x untuk abang.. huhu.. [isteri2 di luar sana, doa anda sangat diperlukan oleh sang suami oke..].. tapi hari Selasa tu, memang tubuh lesu gile.. mule2 niat nak bangun wat sarapan ke abang, tapi abang cakap tak nak makan berat2, aku lagi suke.. senang laki aku neh ^_~


Pastu, aku tanye nak makan roti ke? aling sapu jem ek.. abang jawab oke.. last2 aku tertido atas katil sekejap.. bangun2 aku cakap kat abang, abang sapu sendiri je la jem kat roti ek.. hikhikhik.. isk3x.. bini sapo la ni.. abang pun angguk kepala macam tak ikhlas je.. =P bile dia da nak gi exam, dia kejutkan aku.. aku pun bangun tanye dah makan roti? abang cakap makan kurma je.. tak pe bang, kurma adalah vitamin yang terbaik! ngeh3..

Berbalik pada kes yang aku tak leh nak tido ni.. bile abang tengok aku gelisah atas katil, golek kanan, golek kiri, abang pun tanye aku mcam dia tanye patient2 kat hospital nun.. aku pendekkan cerita, abang urut kaki aku, sapu bam kat dada sebab aku tak selesa nak bernafas and at last aku cakap kat abang, aling lapar la.. hahahaha.. terkejut sih abang dengar pengakuan berani mati aku tuh.. mujur tak der nasi, kalu tak memang aku bantai makan nasi dah pukul 3 am.. =P

Dengan perasaan sedikit malu pada abang, aku suh abang temankan aku duk kat luar.. aku makan roti, abang tido.. aku siap makan, aku tak ngantuk, aku bukak laptop n aku bukak blog.. haha.. sah, aku rase kalu la streamyx ni rosak, abang memang takkan baiki dah kot.. memang bini dia nih gile blog.. ^_^ u see la.. pagi2 buta camni orang tido aku masih tekun depan laptop..


Aku lawat blog2 yang memang dah lama aku tak lawat.. agak mengusik jiwa dan kalbu tatkala membaca blog2 kawan yang masih perlu ke kelas, membuat asemen, menghadapi test etc.. kenapa? sebab aku rase sekarang aku dah bebas.. no attend to the class, no assignment, no mid term test, no examination.. waaaaa... LEGA yang amat..

Tapi aku PASTI, aku akan merindui saat berkejar2 ke dewan kuliah dek kerana lambat bangun.. aku akan merindui saat aku bersengkang mata, stay up menyiapkan asemen.. aku akan merindui saat aku memang tensen gile nak mid term test.. dan yang paling aku akan merindui saat 2 3 hari nak exam, baru tekun yang amat nak ngadap buku.. pecah rahsia.. haha.. dan yang paling penting, aku belum lagi merindui saat untuk menyiapkan lesson plan untuk mengajar 1 february neh..

Wadduuhhh... bile lesson plan nak gerak2 nih? sejak hari tu lagi subtopik 2.1.. aku malas la nak baca balik buku teks fizik tuh.. terasa aku macam budak SPM je nak re-exam.. hahahaha..kan tak pasal2 aku tensen macam abang gara2 baca buku teks fizik form 4 dan buku sains form 1 n 2.. conclusionnya untuk keseluruhan isi entri nih, "aku tak der kerja ke?"


Tuesday, January 5, 2010

Yeah!!

Alhamdulillah.. streamyx dah siap pasang.. so, dah boleh surf internet kat rumah.. tak perlu susah payah nak gi CC lagi oke.. yeah!! cuma yang agak tak besh nya, banyak plak rules abang buat bile internet dah available kat rumah.. rules abang:
  1. jangan solat lambat
  2. kalu bukak laptop, TV kene off..
  3. 1 jam, RM 1 termasuk bayaran eletrik yang dikenakan..
Rule ke3 yang wat aku gelak gile dengan abang.. ade ke patut? abang cakap, duit tu masuk tabung untuk bayar steamyx setiap bulan.. haha.. so, aku cakap kat abang,

"kalu gitu aling nak bayar cash RM 40.. untuk 40 jam unlimited.. sila jangan ganggu masa aling berblogging.. haha...."




Sunday, January 3, 2010

Untuk Abang Sorang..

Opppsss!! rase kejam plak title "untuk abang sorang".. untuk semua kawan2 abang la 11th colony, wishing U da best of luck yea.. buat yang terbaik..

Untuk My Sayang,
Buat yang terbaik ye.. semoga abang dipermudahkan menjawab soalan exam esok.. dan untuk lusa (hari selasa), smoga ALLAH bagi pada abang patient yang boleh bagi kerjasama, Dr yang amat murah dalam pemarkahan dan diberi kelancaran me'muntah'kan segala ilmu di depan Dr.. huhu.. ayat mengarut mengaban.. tahap bosan gile duk kat CC nie..

*&^%$#

Nikmat Yang Tak Disyukuri

Malam2 sebelum ini..

"Abang, aling nak gi CC la.."
"Oke.. boleh je.. abang bagi mase sejam ek.."
"Mane cukup satu jam"

************************************************************************************
Malam ni (Ahad : 3/1/10)

"Malam ni abang nak gi rumah lama tau.. nak discuss dengan kawan2.."
"Aling tak nak tinggal sorang2.. takut la (alasan lapuk!).."
"Abang tinggal aling kat CC eh.. nanti abang amik.."
"Abang datang amik kul 11.30 pm la.. CC tutup kul 12 am.. nanti aling tinggal sorang2 lak.."
"kul 11.30 pm tu belum tentu abang dah habes discuss ke belum.."

"Abis tu abang nak amik aling kul berapa?"
"Ye.. abang datang la amik aling nanti kul 11.30pm nanti.."


Selama ni, bile abang tetapkan mase untuk aku berblogging, aku rasa macam sekejap je.. paling lama abang bagi mase lebih kurang 2 jam.. tapi bile malam ni, abang bagi mase lama, aku pulak yang tak bersyukur.. start duk kat CC ni sejak kul 9 pm lagi until now aku dah rase bosan.. aku benci duk dalam CC nih sebab budak2 yang tak sedar diri ramai main game.. kalu main game mulut diam tak pe.. ni mulut bising gile.. kalu bising saje dengan perkataan enak2 tak pe gak, ni dengan mencarutnya.. aduh.. tulun.. macam mana nak pekak kan telinga eh??


TM.. please la.. tolong la datang pasang streamyx cepat2.. aku tak saunggup dah..


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online