:: Setia Bersama Selamanya ::

Daisypath Anniversary tickers

Konsep Blog

Blog ini hanya memaparkan kisah hidup dua insan yang menyulam cinta dalam keredhaan-NYA.. kurang dari sudut agama, fakta sains atau politik mahupun lucah.. blog direka hanya untuk menyimpan kemas segala kenangan kehidupan seharian yang semakin hari semakin hilang dari ingatan.. mengambil kata2 dari seorang pendakwah, "tulislah pengalaman itu, demi anak2 mu.."

Saturday, January 16, 2010

Hepi Besday Sayang!!

Sebenarnya, banyak mende yang aku nak gelak jahat kat abang.. ngeh3.. first2, memandangkan 16.01.10 besday abang, 'anak2 angkat' kami yang tidak sah yakni kucing telah menghadiahkan 'sesuatu' yang istimewa untuk abang.. kami baru balik dari Trg n bawak sekali ayahanda dan bonda jalan2 ke kuantan.. al-kisahnya, lebih kurang pukul 11.10pm kitaorang keluar jap gi UIA untuk kutip duit kereta sewa..



Abang bukak pintu rumah then abang cakap apa bau masyam2 ni.. dek kerana abang memang kurang peka terhadap persekitaran, aku gak yang nampak 'sesuatu' istimewa dari kucing untuk abang.. yang bes nye, abang dah terpijak..yerk!!!! aku gelak jahat gile kat abang.. aku cakap, kucing bagi hadiah, abang kene terima ^_~ muka abang yang sangat bengang akhirnya mampu ditenangkan oleh isteri tersayang =P



2nd plak, abang demand hadiah yang mampu-mengurangkan-berat-badan dia.. sebenarnya, aku dah bagi hadiah besday dia.. kasut jogging wehh.. before sale RM 5++.. after sale bulih la lebih kurang RM170.. lepas tu, mengada2 cakap aku dah janji nak bagi dia dumbell.. isy, geram aku.. pastu, bagi mengelakkan duit aku melabur ke arah yg bukan2, aku buat syarat.. abang nak dumbell boleh, tapi kene turun dalam masa 5 kg.. dengan nada megah, dia cakap, senang je..



Aku sengaja bagi syarat camtu sebabnya seminggu kitaorang pulang bercuti di kampung.. dah tau, kat kampung abang memang takkan boleh dietnya.. lebih2 lagi bile balik rumah mak dia, demand nak makan macam2 sebab aku malas nak buat, dia demand dengan mak dia.. ngeh3...lagipun selalu puji masakan mak dia sedap.. macam lah masakan mak aku tak sedap.. aku heran gak, masakan aku tak pernah pulak dia puji sedap.. apa ke halnya? hahaha..



Dan yang last, paling aku tak leh blah.. disebabkan dah jadi laki bini, aku tak sempat nak beli kad besday dia secara haram sebab selalu gi mana2 dengan dia... pastu, terpaksa la taip mesej walaupun tuan punye badan ada kat sebelah.. bile bunyi mesej, dia pun baca.. first2 ayat yang dia cakap,

"eh, abang dah 23 ke?"



Gelak aku sebab ayat dia tu.. aku cakap, habes tu abang nak umur 18 tahun ke? aling tukar mesej eh.. hahaha.. boleh tak sedar dia dah TUA.. kuikuikui.. then, aku cakap kt abang.. bes la abang, tahun ni dapat hadiah besday yang paling istimewa.. ngeh3..



Dan yang terakhir, untuk abang..

HEPI BESDAY SAYANG SWEET 23.. Semoga ALLAH panjangkan umur abang.. Semoga abang dimurahkan rezeki.. dan yang paling penting, semoga ibadah abang semakin bertambah seiring dengan pertambahan usia abang.. thanks sayang atas segala2nya..



3 Comments:

::cik kikiLaLa:: said...

semoga bahagia bersama yg tersayang~=)

Mami Hadeef said...

aniem to cik kikilala:

mekasih cik kikilala.. =)

whitish pink said...

happy 23rd zubir! ak still 22~

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online